Pages

23 May 2009

Apam balik resepi III


Bahan-bahan (8-9 keping):
200gm tepung naik sendiri
20gm gula kastor
2 biji kuning telur
50gm mentega - dicairkan
250ml susu segar
1/4 camt garam
1/2 camt esen vanila
1 biji putih telur - dipukul separuh kental (pukul dengan menggunakan hand whisker)

Bahan2 taburan:
mentega
gula pasir
kacang tumbuk
jagung

sedikit mentega - untuk dilengser

cara:
  • campurkan tepung dan gula ke dalam mangkuk adunan
  • kemudian masukkan pula susu, kuning telur, mentega cair, garam dan esen vanila
  • pukul dengan menggunakan hand whisker sehingga tidak bergentel
  • kemudian kaupbalikkan adunan putih telur tadi dan kacau sehingga sebati
  • pastikan adunan tidak terlalu pekat atau tidak terlalu cair
  • lengserkan kuali non-stick dengan sedikit mentega
  • kemudian ambil satu senduk adunan dan ratakan di atas kuali (tebal atau nipis bergantung pada selera masing2)
  • pastikan api perlahan kerana ia mudah hangus
  • taburkan gula, 1 camt mentega, kacang dan jagung
  • apabila sudah masak bolehlah dilipat dua
  • potong dan hidangkan

note: senang dan sedap

source: puan norzailina nordin

2 comments:

Lee said...

Wow! One of my favorite kuehs.
Must copy your recipie for my wife.
It really looks delicious, boleh dapat the wangi from here too, ha ha.
Best with iced kopi.
I think boleh polish off tiga keping, ha ha.
You keep well and have a nice day, Lee.

noreen said...

thanks uncle lee ... this recipe is not that difficult to make plus the ingredients are easy to find

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin