Bahan-bahan (12 biji):
1 1/2 cawan (280gm) gula pasir
1 1/2 cawan (210gm) tepung gandum
1 camt soda bikarbonat
1/4 camt garam
1/4 cawan (25gm) serbuk koko
1/2 camb chocolate emulco
1 cawan air
1/2 cawan minyak sayur - boleh digantikan dengan mentega cair
1/2 camt esen vanila
cara:
- susunkan papercup muffin ke dalam muffin pan dan ketepikan
- ayakkan tepung, soda bikarbonat, garam dan serbuk koko ke dalam mangkuk adunan
- kemudian masukkan gula dan gaulkan rata
- satukan pula air, minyak, esen vanila, chocolate emulco dan kacaukan sebati
- tuangkan ke dalam adunan tepung tadi dan kacaukan rata
- kemudian tuangkan ke dalam papercup muffin yang telah disediakan tadi
- bakar pada suhu 175C selama 20 min atau sehingga masak
- keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
- hidangkan sebagai minuman petang
note: sukatan di dalam gram mengikut sukatan cawan yang saya gunakan
source: D (cara telah diubah sedikit)
2 comments:
There is something about chocolate cakes ni kan.. asal tengok gambar orang je, rasa macam nak buat je. Just for the fun of baking and not eating. I am not so chocoholic, tapi more to allergic bila tengok gambar kek coklat! Cemana tuh!
ala kalau dah suka baking kasi je lah org lain makan ahak ... noreen pun same jugak kadang2 tu buat bukannya habis makan pun kadang2 berhari2 baru habis tu pun paksa diri
Post a Comment