Pages

2 January 2010

Japanese style sweet dough


Bahan-bahan (16 biji):
375gm tepung roti
100gm tepung gandum
35gm susu tepung
75gm gula kastor
¾ camt garam
2 ½ camt yis
1 biji telur
150ml air
40gm mentega
100gm water roux starter - lihat resepi disini

sedikit olive oil/mentega - untuk sapuan atas roti jika tidak taburkan bijan di atas roti
sedikit bijan - untuk taburan atas roti
sosej atau apa2 inti - ikut selera masing2 jika suka atau boleh biarkan kosong

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM
  • selepas siap keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh tadi menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 10 min
  • selepas itu bahagikan doh kepada 16 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm (jika mau kan banyak bolehlah dikurangkan berat doh tadi)
  • kemudian bentukkan setiap satu menjadi bulat yang kecil dan susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • jika suka bolehlah diletakkan sosej atau apa2 inti yang disukai
  • selepas itu biarkan doh naik semula dua kali ganda selama 45 min ke 1 jam
  • jika tinggal di negara 4 musim bolehlah disimpankan loyang tadi di dalam oven dan letakkan juga 2 cawan air panas supaya proses penaikan doh akan menjadi cepat
  • kemudian sapu/spraykan permukaan doh tadi dengan air dan taburkan dengan bijan/bijan hitam
  • bakar pada suhu 180C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
  • setelah masak keluarkan loyang tadi dari oven dan biarkan sejuk
  • jika sebelum bakar tidak di taburkan dengan bijan bolehlah disapukan permukaan roti tadi dengan sedikit olive oil atau mentega

4 comments:

MamaFaMi said...

Cantik gebus roti nya... Masih lom sempat nak try resepi baru sebab masa tak mengizinkan. Selamat Tahun Baru 2010 buat Noreen sekeluarga.

indahhouse said...

Salam kak Noreen. lewat wish ni. baru lapang ni. gebush sungguh roti tu. suka tengok tapi malas nak uli. hihi

noreen said...

salam mamafami - amboi tu mesti busy sesgt sampai lum ada mase nak cube resepi2 baru tapi roti nie mmg lembut betul taw berhari2 pun still laei lembut

noreen said...

salam indahhouse - ala bukan uli tangan tu BM yg buat keje tak susah pun

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin