Pages

5 April 2010

Pau gebu

Bahan-bahan (16 biji):
306gm tepung gandum
100gm air suam
73gm gula pasir
11gm yis
60gm air suam
1/2 camt soda bikarbonat
1/2 camt bread softener - optional
1/2 camt minyak masak
20gm shortening

inti kacang merah/ayam/kelapa/kaya secukupnya
daun pisang/kertas secukupnya - griskan dengan sedikit minyak

cara:
  • campurkan 100gm air suam, gula dan yis ke dalam bekas
  • kemudian kacaukan rata dan biarkan selama 5 min
  • masukkan 60gm air suam ke dalam breadmaker diikuti dengan campuran air yis tadi, tepung gandum, soda bikarbonat, bread softener dan minyak
  • tekankan untuk setting dough
  • apabila doh sudah sebati lebih kurang 5 min bolehlah dimasukkan shortening
  • biarkan sehingga BM siap lebih kurang 1 1/2 jam
  • selepas itu keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bahagikan doh kepada 16 bahagian dengan setiap satu seberat 30gm
  • bentukkan setiap satu menjadi bulat dan rehatkan selama 10 min
  • ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan
  • letakkan 1 sudu kecil inti dan tutupkan semula
  • lakukan sehingga habis dan letakkan setiap satu doh tadi ke atas potongan daun pisang/kertas
  • biarkan doh tadi naik sekali lagi lebih kurang 15 min
  • kemudian kukuskan selama 10 min
  • angkat dan hidangkan

note: warna pau tidak putih sebab menggunakan vege shortening perasa mentega

source: ian_eiza, myr

2 comments:

MamaFaMi said...

Mama dah buat dah pau ni dulu. Dapat kat blog Hazila. Memang sedap...

noreen said...

mmg gebu kan mamafami ... asben makan sampai 10 ketul dia sorang je makan hehehe

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin