Pages

11 April 2010

Rendang sotong sumbat telur

Bahan-bahan:
10 ekor sotong saiz sederhana
1/2 cawan santan pekat
kerisik secukupnya
secubit asam jawa - dibancuh dengan sedikit air
garam dan gula secukup rasa
daun limau purut
daun kunyit

bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
cili kering secukupnya - kepedasan bergantung pada selera masing2

inti sumbat:
2 biji telur
sedikit bawang besar - dicincang
1/2 camt serbuk lada sulah
garam secukup rasa

cara:
  • untuk membuat inti sumbat: pukul telur bersama2 dengan garam, lada sulah dan bawang besar
  • kemudian masak secara scrambled eggs tetapi jangan sampai hancur. biarkan ianya berketul supaya mudah disumbatkan ke dalam perut sotong
  • angkat dan ketepikan
  • bersihkan sotong dan keluarkan semua isi perutnya
  • rebuskan sekejap cukup sekadar untuk mengentalkan kulitnya
  • angkat dan biarkan sejuk sekejap
  • kemudian sumbatkan dengan inti telur tadi dan tutupkan dengan kepala sotong
  • cucukkan dengan lidi cocktail untuk menyematkan kepala sotong supaya isinya tidak keluar apabila dimasak nanti
  • ketepikan
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan naik minyak
  • masukkan gula dan tumiskan lagi sehingga tumisan menjadi pekat dan berkilat
  • kemudian masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa
  • kacaukan rata
  • setelah itu masukkan santan pekat dan kacaukan lagi supaya sebati
  • pastikan tumisan dikacau sekali sekala supaya ianya tidak hangus
  • apabila tumisan hampir menjadi kering bolehlah dimasukkan kerisik dan kacaukan seketika
  • masukkan sotong dan kacaukan perlahan2 supaya ianya sebati dengan kuah
  • akhir sekali taburkan dengan daun kunyit dan daun limau purut yang telah disiat2kan
  • kacaukan seketika dan padamkan api
  • angkat dan hidangkan

source: k.rinnchan

4 comments:

fuzidss said...

best la ni ...

noreen said...

salam fuzidss ... mmg sedap tak rugi buat

Pedro Echeveerriav said...

This was a lovely bllog post

Nur haura afeeya said...

*Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
Hubungi utk order & pertnyaan:
*En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin