1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir - boleh tambahkan jika suka lebih manis
3 cawan santan - tambah jika perlu
1 camt garam
sedikit pewarna merah
1/2 camt esen rose - optional
cara:
- panaskan kukusan
- sapukan loyang 8 inci/20cm dengan sedikit minyak supaya kuih tidak melekat
- masukkan loyang di dalam kukusan tadi
- kemudian campurkan kesemua bahan kecuali pewarna merah dan esen rose
- gaulkan sehingga sebati dan tepung tidak berbentil
- tapiskan adunan dan bahagikan kepada dua bahagian
- satu bahagian di masukkan dengan pewarna merah dan gaulkan rata
- satu bahagian lagi di masukkan dengan esen rose dan gaulkan rata
- setelah itu tuangkan satu senduk lapisan asal ke dalam loyang dan kukuskan selama 6-8 min atau sehingga masak
- kemudian masukkan pula satu senduk lapisan warna merah dan kukuskan lagi selama 6-8 min atau sehingga masak
- ulangi sehingga kedua2 adunan habis digunakan dan untuk lapisan terakhir kukuskan selama 10 min
source: k.rinnchan
1 comments:
macam senang je. maybe boleh try during sch holidays pat sini. Thanks! KUih lapis is my son's fav.
Post a Comment