Bahan-bahan:
Bahan2 A:
60gm (4 camb / 0.26 cawan) mentega - dicairkan
80gm (2/3 cawan) tepung gandum
80ml susu segar
1 biji telur + 5 biji telur kuning
Bahan2 B:
5 biji telur putih
120gm (1/2 cawan) gula pasir
secubit garam
Butter cream:
80gm gula pasir
25gm air
60gm telur putih
220gm mentega
40gm shortening
2 camt instant coffee - bancuhkan dengan sedikit air panas untuk jadikan paste
cara:
- untuk membuat buttercream: masakkan gula dengan air di dalam periuk tahan panas sehingga pekat dan larut
- padamkan api
- pukulkan putih telur sehingga berbuih
- kemudian tuangkan air gula tadi sambil dipukul lagi sehingga sebati
- masukkan mentega, shortening, coffee paste dan pukul lagi sehingga gebu dan sebati
- selepas itu simpankan di dalam fridge sementara hendak digunakan
- cara membuat kek: griskan tin kek empat segi berukuruan 8" dan ketepikan
- pukul 1 biji telur dan 5 biji telur kuning sehingga gebu dan kembang
- masukkan tepung berselang-seli dengan susu sebanyak 3 kali sambil dipukul rata
- kemudian masukkan mentega cair dan pukul rata
- ketepikan
- di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur, secubit garam dan gula sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh)
- kaupbalikkan adunan telur putih tadi ke dalam adunan kuning telur sehingga sebati
- tuangkan adunan ke dalam tin kek dan bakar pada suhu 170C selama 25 min atau sehingga masak
- setelah masak keluarkan tin kek dari oven dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan
- potong kek kepada beberapa bahagian dan sapukan dengan buttercream atau boleh jugak dipotong tanpa buttercream
source: baking mum
3 comments:
Lembut sungguh kelihatannya kek ni...
ermmm mcm dpt rase sedapnta cake akak ni :)
sukerrr la..
to mamafami - mmg lembut sesgt kalau penah buat cotton cheesecake hah lebih kurang same lah tu cume tak guna cheese
to mummyseri - mmg sodap bangat dah banyak kali buat cepat je ngap masuk mulut lagi pun tak susah nak buat
Post a Comment