1/2 ekor ayam - dipotong kecil atau boleh juga digunakan chicken leg
Bahan2 kisar:
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah/putih
2 sudu makan madu
2 sudu makan gula perang
1 sudu makan minyak masak
garam secukupnya
cara:
- kisarkan dulu ketumbar, jintan putih dan jintan manis dengan menggunakan coffee grinder (boleh juga ditumbuk halus dahulu)
- kemudian barulah disatukan dengan bahan2 yang lain dan kisar (tak perlu letak air) lagi sehingga halus (saya menggunakan kenwood electric chopper, kalau tiada boleh ditambah sedikit air)
- perapkan ayam dengan bahan2 kisar tadi selama beberapa jam atau semalaman
- bakar pada suhu 1800-200C (bergantung pada jenis oven masing2) selama 30-45min atau sehingga masak
- sapukan rempah yang berlebihan ke atas ayam setiap 20 min
- sedia dihidangkan dengan kuah kacang atau boleh diratah begitu saja
source: hana
6 comments:
owhh noreen, look so yummm!
Wahhh..Sedappp..Look yummy
So tempting la... :)
frida - thanks
sue - mmg sodap pun tak rugi mencuba
blogresepi - mmg pun
Post a Comment