425gm tepung roti
60gm gula pasir
2/3 camt garam
3 camt yis
55gm (1 biji saiz sederhana) telur
128ml susu segar
125gm water roux starter - lihat resepi disini
33gm mentega
sedikit olive oil atau mentega - untuk sapuan atas roti
inti tuna/sardin secukupnya - inti ikut selera masing2
cara:
- satukan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
- tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM
- setelah siap keluarkan doh dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
- tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
- kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan setiap satu seberat 55/60gm (saiz bergantung pada kesukaan masing2)
- ambil satu doh tadi dan bentukkan menjadi doh yang bulat
- lakukan sehingga habis dan kemudian rehatkan selama 10 min
- ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tangan
- letakkan 1 camt inti dan tutupkan semula doh tadi supaya menjadi bulat semula
- susunkan di dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
- lakukan sehingga habis
- kemudian biarkan ianya naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
- pada yang tinggal di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven dan letakkan dua cawan air panas
- selepas itu bakar pada suhu 180C selama 15-18 min atau sehingga masak dan keperangan
- setelah masak bolehlah dikeluarkan loyang tadi dan sapukan permukaan roti tadi dengan sedikit olive oli/mentega supaya permukaannya sentiasa kekal lembut
note: roti ini sentiasa lembut selepas 3 hari dan lihatlah texture roti dengan menggunakan water roux starter tanpa menggunakan bread improver
1 comments:
Hi tthanks for posting this
Post a Comment