Pages

31 December 2007

Asam pedas ikan siakap masak peranakan

Bahan-bahan:
2 ekor ikan siakap - sederhana besar
10 keping kepah - dibiarkan kulitnya
1 cawan cili kisar
2 kuntum bunga kantan - dibelah 2
1 tin kecil nenas - yg telah dipotong kecil2
1 camb asam jawa - dibancuh dengan 1 cawan air
1/2 cawan air
gula, garam dan serbuk perasa secukupnya
1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan2 tumbuk:
3 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1/2 cm halia
1 keping hirisan lengkuas
3 biji buah keras
belacan sebesar ibu jari
1/2 inci kunyit hidup

cara:
  • lumurkan ikan siakap yg telah dibersihkan terlebih dahulu dengan garam dan tepung jagung. goreng sehingga garing. ketepikan
  • panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi. masukkan cili kisar dan terus menumis sehingga terbit minyak
  • masukkan nenas bersama2 dengan sedikit air nenas (kalau guna nenas dlm tin) dan kacau sehingga sebati. tuangkan 1/2 cawan air dan masukkan jugak kepah. biarkan mendidih
  • setelah itu masukkan bunga kantan dan air asam jawa dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa
  • bolehlah dituangkan kuah ke atas ikan siakap tadi dan hidangkan dengan nasi panas

note: rasa kuah masam2 manis dengan campuran sedikit air nenas. boleh jugak digantikan nenas dengan bendi pada sapa2 yang tidak makan/suka nenas

source: mat gebu (diubah sedikit)

30 December 2007

Chocolate chips muffin

Bahan-bahan (12):
250gm tepung
2 camt baking powder
1/2 camt soda bikarbonat
2 camb serbuk koko
175gm gula kastor
200gm chocolate chips
250ml susu
90ml minyak sayur
1 biji telur - saiz besar
1 camt esen vanila

cara:

1. panaskan oven pada suhu 200C dan letakkan paper cases ke dalam muffin tray sebanyak 12 keping. ketepikan

2. ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam mixing bowl dan masukkan gula dan 150gm chocolate chips

3. sementara itu satukan susu, minyak, telur dan esen vanila ke dalam jug dan whiskkan sedikit. tuangkan ke dalam adunan tepung dan gaulkan sebati

4. setelah itu penuhkan 3/4 adunan ke dalam muffin cases tadi dan taburkan lebihan chocolate chips ke atasnya sebelum dibakar selama 20 min atau sehingga masak

29 December 2007

Nasi pilaf

Bahan-bahan:
2 kg beras basmati - dicuci bersih & direndam selama 1/2 jam kemudian toskan airnya
375gm mentega
2 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
6 biji bunga cengkih
4 helai daun padan - disiat2kan & disimpul
3 biji bawang besar - dicincang halus
kismis & bawang goreng - utk ditaburkan di atas nasi
daun ketumbar & daun pudina - utk ditaburkan di atas nasi kalau tak ada pun tak ape
garam secukup rasa
air secukupnya

cara:

  • panaskan periuk non-stick dengan mentega
  • tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan daun pandan. gaul rata
  • setelah itu masukkan bawang besar yang telah dicincang tadi dan gaul lagi sehingga wangi
  • masukkan beras dan gaul dengan menggunakan sudip kayu tapi kacau dengan perlahan2 supaya beras tidak patah
  • goreng sebentar beras tadi supaya ianya sebati dengan bahan2 tumisan. kacau dengan teknik pusingan jam supaya nasi akan menjadi berderai sebiji2 dan tidak melekat diantara satu dengan lain
  • setelah itu bolehlah dimasukkan air separas beras dan agak2lah macam masak nasi biasa
  • jangan lupa taburkan sedikit garam dan biarkan nasi sehingga benar2 masak
  • boleh jugak diubahkan ke dalam rice cooker
  • taburkan kisimis, daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng ke atas nasi dan hidangkan bersama2 lauk seperti ayam masak bali (lihat resepi disini)

source: k.nis

28 December 2007

Mayo tuna buns

Bahan-bahan (20 biji):
Doh:

300ml air sejuk
60gm mentega
10gm (1 1/2 camt) garam
1 biji telur
480gm tepung roti
120gm tepung gandum (all purpose flour)
20gm tepung susu
110gm gula
4 camt yis

Inti:
400gm flaked tuna/salmon/sardine/inti karipap/sambal ikan bilis
100gm (1/2 biji) bawang besar - cincang kalau nak lebihkan pun boleh
120gm (1/2 cawan) mayonis
1 camt jus lemon
secubit garam
secubit white/black pepper
1 biji telur - utk disapukan ke atas roti sebelum dibakar











cara:

  • untuk membuat inti: satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. simpan di dalam fridge terlebih dahulu sebelum hendak digunakan nanti
  • untuk membuat roti: masukkan ke semua bahan ke dalam bread machine dan tekan dough setting. biarkan ianya di dalam BM selama 25 min sahaja bukan 1 1/2jam
  • setelah itu keluarkan doh dan letakkan di dalam mangkuk yang besar dan tutup. biarkan selama 50-60min sehingga doh naik dua kali ganda. letakkan mangkuk tadi di dalam oven dan setelah itu letakkan juga 2 cawan air panas di sebelah mangkuk tadi dan tutupkan oven. tidak perlu on kan oven
  • selepas itu keluarkan doh dan tumbukkannya untuk keluarkan angin. ulikan lagi doh dengan menggunakan tangan selama 1 min
  • bahagi2kan doh seberat 60gm bentukkan bulat atau triangle. biarkan doh rehat selama 10 min lagi
  • setelah itu bolehlah dicanaikan doh, isikan inti tuna tadi, tutupkan semula dan bentukkan menjadi bola
  • aturkan roti di atas baking tray yg telah digriskan dengan sedikit mentega dan tutupkan. biarkan roti tadi naik sekali lagi di dalam oven selama 45 min (ulangi kaedah meletakkan 2 cawan air panas)
  • sebelum dibakar bolehlah disapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit dan bakar pada suhu 190C selama 10-12 min atau sehingga keperangan
  • bolehlah dihidangkan untuk sarapan pagi & petang

note: waktu untuk membuat roti nie memang mengambil masa yang lama sekurang2nya 2 jam. roti memang lembut. jika hendak membuat hanya 1/2 adunan bolehlah gunakan telur yang bersaiz kecil

26 December 2007

Light chocolate mousse

Bahan-bahan (6):
1/2 cawan boiling water
2 camt gelatin
2 camb serbuk koko - kalau boleh ayakkan
4 biji telur - asingkan putih & kuning
1/3 cawan (75gm) gula kaster

cara:
  • satukan gelatin dan air panas ke dalam jug. kacau dengan menggunakan garpu supaya gelating benar2 larut
  • masukkan pula 1 1/2 camb serbuk koko dan kacau sebati dan ketepikan. biarkan sejuk pada suhu bilik dalam 10 min
  • sementara itu dengan menggunakan electric mixer pukul putih telur sehingga gebu cam terbentuknya tanduk
  • masukkan gula sedikit demi sedikit (1 camb) dan pukul lagi sehingga jadi macam krim/mayonis
  • setelah itu masukkan pula kuning telur satu persatu dan pukul lagi dengan kelajuan yang paling maximum
  • perlahan2 tuangkan gelatin tadi ke dalam adunan (pastikan ianya berada pada suhu bilik) dan pukul lagi sehingga ianya sebati
  • bolehlah dituangkan ke dalam remekin/cawan/gelas dan letakkan di dalam fridge sekurang2nya 4 jam sebelum dihidangkan. kalau nak cepat masukkan dalam freezer
  • taburkan lebihan serbuk koko di atas mousse atau boleh jugak diletakkan cream dan hidangkan

note: semasa memukul putih telur letakkan secubit cream of tartar supaya mousse akan jadi lebih gebu dan lembut. chocolate mousse nie senang dan very simple. rasa tidak terlalu manis sangat just nice dan sesuai untuk dihidangkan sebagai dessert

Sambal tumis sotong kering

Bahan-bahan:
6 keping sotong kering (bergantung pada size) - direndam dengan air abu (abuchang) sekurang2nya 4 jam atau semalaman
1 labu bawang besar - dihiris bulat2
1 mangkuk kecil air asam jawa - nie bergantung pada berapa keping sotong digunakan
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
3 biji bawang merah
20-30 tangkai cili kering - bergantung pada kepedasan masing2

cara:
  • sotong kering yang telah direndam tadi bolehlah di rebus sekejap dengan api perlahan supaya sotong tidak kenyal dan keras. untuk pastikan sotong tidak keras boleh dikoyakkan dengan menggunakan garpu. setelah itu bolehlah dipotong kecil/sederhana besar
  • sementara itu panaskan kuali dengan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau
  • masukkan sotong kering tadi dan kacau sehingga sebati dengan bahan2 kisar
  • setelah itu masukkan air asam jawa dan garam gula secukup rasa
  • masak sehingga sambal sedikit kering dan akhir sekali masukkan pula sedikit gula
  • bolehlah dihidangkan bersama2 dengan nasi panas atau nasi lemak

note: boleh juga cuba resepi ini: cili kering di kisar sehingga halus, tumiskan dan masukkan sotong kering dan sedikit air. setelah itu masukkan sedikit sos tiram, kicap manis, sos cili lingam dan perasakan dengan gula. tidak perlu letak garam

25 December 2007

Lemonade scones

preparation time: 10 mins
cooking time: 20 mins

Bahan-bahan (16 biji):
450gm (3 cawan) tepung naik sendiri - ayak
80gm mentega
310ml (1 1/4 cawan) lemonade - guna diet lemonade pun boleh
1/2 cawan whipped cream
strawberry jam
thickened/whipped cream

cara:
  • panaskan oven pada suhu 220C. griskan baking tray dan ketepikan
  • campurkan tepung dan mentega ke dalam food processor dan biarkan adunan menjadi sebati
  • setelah itu keluarkan adunan dan masukkan ke dalam mixing bowl
  • tuangkan sedikit demi sedikit lemonade dan whipped cream ke dalam adunan. kacau rata
  • keluarkan adunan tadi dan letakkan ke atas papan canai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • gaulkan adunan tadi sehingga terbentuknya doh yang lembut
  • setelah itu bolehlah di canaikan setebal 3cm. potong doh dengan menggunakan 5cm diameter scone cutter atau cutter bulat
  • susunkan scones ke atas baking tray dan bakar selama 15-20 min atau sehingga keperangan
  • setelah masak keluarkan dari baking tray dan transferkan ke atas wire rack
  • biarkan sejuk sebelum di hidangkan bersama2 dengan strawberry jam dan cream

note: jangan canaikan doh terlalu lama nanti scones akan menjadi keras. kalau boleh jangan tuangkan ke semua lemonade dan whipped cream sekali. agak2kan supaya doh tidak terlalu lembik. kalau tak ada food processor boleh jugak gunakan electric mixer dengan menggunakan doh blead

The best hot chocolate

Bahan-bahan (2 org):
1 pint susu segar
2 camb the best hot chocolate powder - boleh jugak digantikan dengan cappuccino
mashmallows secukupnya

cara:
  • tuangkan susu ke dalam mangkuk tahan panas
  • kacau susu sehingga naik wap jangan sampai mendidih
  • sementara itu masukkan chocolate powder ke dalam mugs dan tuangkan susu panas tadi ke dalamnya
  • kacau sehingga chocolate powder tadi larut dan sebati
  • setelah itu masukkan beberapa mashmallows ke dalam mugs tadi
  • apabila ke semua bahan telah sebati tuangkan ke dalam jug atau tupperware yang ada penutup dan goncangkan selama 1 min
  • setelah itu bolehlah dituangkan ke dalam mugs dan taburkan sedikit chocolate powder ke atasnya
  • hidangkan panas-panas

24 December 2007

Coffee cream & nut roll

Bahan-bahan:
100gm tepung naik sendiri - ayak
4 biji telur
100gm gula kaster
3 camb air
2 camt ovalette
1 camt esen vanila
50gm mentega cair

Butter cream icing:
125gm mentega
110gm gula aising
1 camb susu cair
2 camt instant coffee
2 camt air
badam secukupnya - dicincang

cara:

  • panaskan oven pada suhu 200C
  • lapiskan dulang pembakar yg berbentuk rectangular dengan kertas minyakpukul tepung, telur, gula, air, ovalette dan esen vanila di dalam mangkuk sehingga tepung menjadi kembang
  • masukkan mentega cair yg telah disejukkan ke dalam adunan tepung dan kaupbalikkan dengan menggunakan spatula sehingga sama rata
  • tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar selama 7-10 min
  • selepas bakar biarkan kek span sejuk
  • dengan perlahan terbalikkan kek span di atas kertas minyak yang bersih. tanggalkan kertas pelapik yg asal dan terbalikkan sekali lagi dan letakkan atas kertas minyak yg lain
  • dengan menggunakan pisau palet sapukan kek dengan butter cream dan taburkan dengan almond yg telah dicincang tadi
  • gulungkan kek perlahan2 bersama2 dengan kertas minyak dan simpan di dalam fridge selama 2 jam atau di dalam freezer selama 1 jam sebelum di potong
  • cara untuk menyediakan butter cream: pukul mentega, gula aising an susu cair sehingga kembang. larutkan instant coffee dengan air dan tuangkan ke dalam adunan. pukul lagi sehingga sebati

Mee goreng mamak resepi III

Bahan-bahan:
200gm mee kuning
sedikit taugeh & sawi
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
1 keping tauhu goreng - dipotong dadu
1 biji telur
2 sudu besar kuah kacang
1 biji buah tomato - dibelah 6
1 biji cili merah - dihiris
garam secukup rasa

cara:
  • panaskan sedikit minyak masak dlm kuali
  • tumiskan bawang putih hingga naik bau
  • masukkan cili kisar dan masak hingga garing
  • kemudian masukkan sawi dan taugeh
  • seterusnya pecahkan telur, masukkan kicap, sos tomato dan garam. kacaukan hingga sebati
  • akhir sekali masukkan kuah kacang, tauhu goreng, mee dan goreng dengan api yang kuat
  • apabila menghidang, bubuhkan tomato, , cili merah, limau nipis dan timun di atasnya

23 December 2007

Raspberry & blueberry muffin

preparation time: 15 mins
cooking time: 25 mins

Bahan-bahan (10 biji jumbo size):
300gm (2 cawan) tepung naik sendiri
155gm (3/4 cawan) gula perang
150gm frozen blueberries
150gm frozen raspberries
250ml (1 cawan) buttermilk
60ml (1/4 cawan) minyak sayur
1 biji telur - whisked

cara:

1. panaskan oven pada suhu 190C dan aturkan 10 cawan muffin cup ke dalam muffin pan. ketepikan

2. satukan tepung dan gula di dalam mangkuk besar

3. masukkan blueberries dan raspberries dan kacau sebati supaya ianya bersalut dengan adunan tepung

4. campurkan buttermilk, minyak dan telur, kacau dengan spatula sehingga sebati tetapi jangan overmix nanti adunan jadi keras

5. letakkan adunan ke dalam acuan muffin dan bakar selama 25 min atau sehingga masak

6. alihkan muffin dari acuan pembakar dan biarkan sejuk pada suhu bilik. hidangkan

7. boleh disimpan di dalam bekas kedap udara dan tahan selama 1 hari

note: kalau tak ada raspberry bolehlah letakkan sukatan 300gm frozen blueberries

22 December 2007

Rendang daging Negeri Sembilan

Bahan-bahan:
1kg daging - dipotong dadu
2cm halia - ditumbuk
2cm lengkuas - ditumbuk
3 keping asam keping
1/2 biji kelapa - perah untuk santan
2-3 camb kerisik
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
cili kering - bergantung pada kepedasan masing2
3 batang serai

cara:
  • panaskan minyak didalam kuali kemudian masukkan kesemua bahan2 kisar dan bahan2 tumbuk bersama daging. kacau sebati
  • biarkan sehingga air daging itu kering
  • kemudian masukkan santan dan serbuk kunyit. apabila santan agak kering baru masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa
  • dan akhir sekali apabila daging dah hampir2 empuk masukkan kerisik
  • kacau rata, angkat dan sedia dihidangkan

Kerutub ayam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
2 camb rempah kari
2 camb rempah kurma
2 cawan santan
1 camb gula merah
1 camb kerisik
3 camb minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
100gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

cara:

1. tumiskan bahan2 kisar sehingga garing

2. sementara itu satukan kedua2 rempah dan dibancuh dengan sedikit air dijadikan pes

3. masukkan rempah ke dalam tumisan tadi kacau sehingga sebati

4. masukkan ayam, kerisik, garam, gula dan santan. biarkan sehingga mendidih

5. masakkan sehingga pekat dan ayam lembut

6. pastikan kacau sekali sekala

7. setelah masak bolehlah dihidangkan dengan nasi ataupun roti

source: k.hanieliza

18 December 2007

Banana cake


Bahan-bahan:
125gm mentega - suhu bilik
3/4 cawan (170gm) gula kaster
1 camt esen vanila
2 biji telur - suhu bilik
3/4 cawan sour cream
1 cawan pisang yang telah dilecekkan - dlm 2 biji size besar dan gunakan pisang yg betul2 dah masak
2 1/4 cawan (250gm) tepung naik sendiri
1/4 camt soda bikarbonat

cara:

  • panaskan oven pada suhu 180C. griskan tin kek bentuk 4 segi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung supaya kek tidak melekat atau letakkan baking paper dan griskannya. ketepikan
  • dengan mengguna electric mixer, pukul mentega, gula dan esen vanila sehingga gebu dan kembang selama lebih kurang 3 min
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul
  • setelah itu bolehlah dimasukkan sour cream dan jugak pisang sambil dikaupbalikkan adunan sehingga sebati
  • ayakkan tepung bersama2 soda bikarbonat ke dalam adunan dan kacau perlahan2 sehingga sebati. jangan terlalu over mixing nanti kek akan menjadi keras
  • tuangkan adunan ke dalam tin yang telah digris tadi dan hentakkan beberapa kali tin supaya angin yang terkumpul keluar
  • bakar selama 50-60 min atau sehingga masak. setelah itu disejukkan dahulu sebelum dipotong
  • sedia untuk dihidangkan dan boleh disimpan di dalam bekas kedap udara untuk jangka masa seminggu

note: texture kek nie memang lembut dan sedap

17 December 2007

Vanilla cream cakes

Bahan-bahan (10-12 biji bergantung pada size muffin pan):
125gm mentega - pada suhu bilik
2/4 cawan (170gm) gula kaster
2 camt esen vanila
2 biji telur
1 1/2 cawan (170gm) tepung naik sendiri - diayak
1/2 cawan susu
1 cawan thickened cream
2 camb gula aising

cara:
  • panaskan oven pada suhu 190C. griskan muffin pan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung supaya tidak melekat dan ketepikan
  • pukul mentega, gula dan 1 camt esen vanila sehingga gebu dan kembang sekurang2nya 3 min
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
  • setelah itu masukkan tepung ke dalam adunan sambil dikacau dengan menggunakan spatula sehingga sebati
  • tuangkan susu dan kacau lagi sehingga adunan benar2 sebati
  • penuhkan 1/3 setiap muffin pan dengan adunan tadi dan bakar selama 15 min atau sehingga masak
  • untuk membuat cream: satukan cream, 1 1/2 camb gula aising dan 1 camt esen vanila ke dalam mangkuk dan kacau sehingga adunan sebati
  • potong bahagian atas cake dan sapukan cream di atasnya sambil ditutupi dengan bahagian yg telah dipotong tadi seperti di dalam gambar
  • taburkan 1/2 camb gula aising tadi dan bolehlah dihidangkan

16 December 2007

Quick sausage rolls

Bahan-bahan (12):
2-3 keping frozen puff pastry atau roti canai segera - biarkan pada suhu bilik
3/4 cawan parutan cheddar cheese
12 ketul sausage
1 biji telur - dipukul sedikit
1 camb bijan

cara:
  • panaskan oven pada suhu 220C. Letakkan baking paper ke atas baking tray dan ketepikan
  • potong pastry sheets kepada dua dan canaikan supaya menjadi 4 segi
  • taburkan cheese ke atas pastry sheet dan letakkan sausage ke atasnya
  • sapukan telur dibahagian hujung pastry sheet dan gulungkannya supaya ianya melekat
  • belah2kan atas sausage roll dan sapukan telur di bahagian atasnya
  • setelah itu bolehlah ditaburkan bijan dan bakar selama 18-20 min atau sehingga keperangan
  • bolehlah dihidangkan bersama2 dengan cili sos

15 December 2007

Sup ekor resepi II

Bahan-bahan:
1kg ekor lembu - dipotong bulat
1 liter air
1 bunjut sup tulang
1 kiub tulang rusuk
daun bawang & daun sup - dihiris halus
1 batang karot - dipotong bulat
1 biji limau nipis
sedikit cili padi - diketuk
garam secukup rasa

Bahan2 penumis:
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2cm kulit kayu manis

Bahan2 dikisar/dimayang:
100gm bawang merah
40gm bawang putih
2cm halia
1 batang serai

cara:
  • rebus ekor lembu hingga lembut dalam 1 jam 45min - 2 jam dan ketepikan
  • di dalam mangkuk yang lain, panaskan minyak, tumiskan bahan2 penumis dan bahan2 kisar hingga naik bau
  • masukkan air rebusan ekor tadi, bunjut sup tulang dan kiub tulang rusuk
  • apabila mendidih, masukkan garam, ekor lembu, karot, daun sup, cili padi dan daun bawang
  • biarkan hingga mendidih dan ekor sebati dengan semua bahan2
  • perahkan air limau nipis dan taburkan sedikit bawang goreng
  • sedia untuk dihidangkan

Talam keladi resepi II



adapted from mak daro

Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
300ml santan - dari 150gm kelapa parut
garam secukup rasa
65gm tepung beras
1 camt tepung gandum
100gm keladi - dipotong dadu & dikukus separuh masak dengan 1 helai simpulan daun pandan & dilenyek2kan sedikit
55gm gula pasir

Lapisan atas:
100ml santan - dari 100gm kelapa parut
garam secukup rasa
80gm gula pasir
2 camb tepung beras
20gm tepung jagung
1 biji telur - dipukul sedikit
sedikit pewarna unggu or violet

cara:
  • utk lapisan bawah: campurkan kesemua bahan2 dan kacau sehingga sebati
  • sementara itu panaskan kukusan pada api sederhana hingga air mendidih lalu letakkan loyang berukuran 8" bulat bergriskan sedikit minyak
  • tuangkan adunan lapisan atas tadp pada loyang dan kukus selama 10-15 min
  • untuk lapisan atas: di dalam mangkuk lain, campurkan santan, garam dan gula hingga sebati
  • masukkan tepung beras dan bahan2 yg lain. gaul lagi hingg sebati dan tidak berbentil2. tapiskan
  • tuangkan adunan lapisan atas ke tas lapisan bawah yg telah dikukus tadi
  • kukus lagi selama 10-15 min atau hingga masak
  • setelah sejuk bolehlah dipotong

note: untuk mendapatkan lapisan talam yg cantik penutup kukus hendaklah ditutup dengan kain untuk mengelakkan air kukusan jatuh pada adunan

12 December 2007

Chocolate ganache

Bahan-bahan:
250gm cooking chocolate - chopped
1/3 cawan cream

cara:
  • satukan chocolate dan cream di dalam mangkuk dan masak secara kaedah double-boiler
  • kacau sehingga chocolate cair dan sebati. tutupkan api
  • setelah choc ganache berada pada suhu bilik bolehlah dikacau lagi sehingga pekat dan sapukan pada kek

11 December 2007

Blueberry muffin resepi II

preparation time: 10 min
cooking time: 25 min

Bahan-bahan (6 jumbo size):
1 3/4 (180gm) cawan tepung - ayak
6 camb (70gm) gula
2 1/2 camt (12ml) baking powder - ayak
3/4 camt (4ml) garam
1 biji telur - dipukul sedikit
3/4 cawan (180ml) susu
1/3 cawan (80ml) minyak masak
3/4 cawan (120gm) fresh or frozen blueberries
1 camt (5ml) parutan lemon - ambil yg kuning sahaja (optional)

cara:

1. panaskan oven pada suhu 200C dan susunkan muffin cases ke dalam muffin pan. ketepikan

2. satukan tepung, garam dan baking powder yg telah diayak bersama2 dengan gula dan gaul rata. buatkan lubang ditengah2 dan ketepikan

3. di dalam jug atau mangkuk lain, satukan telur, susu, minyak dan whiskkan sekejap sehingga sebati

4. tuangkan adunan telur tadi ke dalam adunan tepung dan kacau sebati. jangan kacau terlalu lama cukup sekadar adunan sebati. adunan memang akan berketul2 sedikit kerana jika kacau adunan terlalu lama muffin akan jadi keras

5. masukkan blueberry dan parutan lemon ke dalam adunan dan kacau perlahan2 jangan overmixing

6. setelah itu bolehlah diisikan 2/3 adunan ke dalam muffin cases dan bakar selama 20 - 25 min atau sehingga bertukar jadi keperangan/masak

7. setelah masak bolehlah di keluarkan dari muffin pan dan sajikan dengan butter

note: the less you stir once you've combined the two mixtures, the better your muffins will be. (to a point overmixing is much more common than undermixing)

10 December 2007

Pizza supreme

Bahan-bahan:
Doh pizza - lihat resepi dan cara2 disini
sos pizza - resepi

Topping:
green capsicum - dipotong dadu
dada ayam - dipotong kecil dan digoreng sekejap
chicken salami - dihiris panjang/dadu
4 button mushrooms - dihiris bulat
1/4 tin nenas - dipotong dadu dan ditapis airnya
2 camb black pitted olives - dihiris bulat
1 cawan parutan mozzarella cheese

9 December 2007

Chocolate fudge cake nigella

Bahan-bahan:
400gm tepung
250gm gula kaster
100gm gula perang
50gm serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bikarbonat
1/2 camt garam
3 biji telur
142ml sour cream
1 camb esen vanila
175gm mentega tanpa garam - dicairkan
125ml minyak jagung
300ml air

Bahan2 untuk fudge icing:
175gm dark chocolate - minimum 70% cocoa solid
250gm mentega tanpa garam - biarkan lembut atau pada suhu bilik
275gm gula aising - diayak
1 camb esen vanila

cara:
  • panaskan oven pada suhu 180C. griskan 2 tin size 8" dan ketepikan
  • di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam. campurkan kedua2 gula dan gaulkan sebati. ketepikan
  • di dalam mangkuk atau jug yang lain whiskkan telur, sour cream dan esen vanila sehingga sebati. ketepikan
  • sementara itu dengan mengguna electric mixer pukul mentega yg telah dicairkan bersama2 dengan minyak jagung sehingga sebati. setelah itu tuangkan air ke dalam adunan pukul lagi
  • tuangkan adunan tepung dan pukul lagi dengan slow speed
  • masukkan pula campuran telur dan pukul lagi sehingga adunan benar2 sebati dan tuangkan ke dalam 2 tin kek
  • bakar kedua2 kek selama 45 - 50 min atau sehingga masak dengan mencucukkan tengah2 kek dengan cake tester
  • setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan sejuk selama 15 min sebelum dikeluarkan dari tin
  • untuk membuat fudge icing: cairkan chocolate dengan menggunakan kaedah double boiler atau masukkan ke dalam microwave selama 2-3 min pada suhu sederhana. biarkan sejuk dan ketepikan
  • sementara itu pukul mentega sehingga soft and creamy macam mayonis dan selepas itu tuangkan gula aising ke dalam adunan dan pukul lagi sehingga light and fluffy (bila di angkat adunan tidak jatuh)
  • akhir sekali masukkan esen vanila dan chocolate yg telah dicairkan tadi dan kacau sehingga sebati
  • sapukan fudge icing sebanyak 1/4 ke atas kek yg pertama dan letakkan kek yg kedua di atasnya
  • setelah itu bolehlah disapukan fudge icing ke seluruhan kek
  • bolehlah dipotong dan dihidangkan. boleh jugak disimpan sekejap didalam fridge untuk mengeraskan sikit fudge icing yg telah disapukan keseluruhan kek

note: highly recommended 5 star

8 December 2007

Soto ayam resepi II

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 8
air secukupnya untuk merebus ayam dan buat sup
nasi impit - dipotong dadu atau ikut suka
taugeh - dicelur sedikit
daun bawang dan daun sup - diracik halus
bawang goreng
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 tumis:
4 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Bahan2 kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm lengkuas
3 batang serai
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar lada hitam
5 biji buah keras

Bahan2 utk kicap (kisar halus):
8-10 biji cili api - bergantung pada kepedasan masing2
1/2 cawan kicap manis/pekat
2 ulas bawang putih
5 biji jus limau kasturi
garam secukup rasa

lihat resepi pegedil daging disini

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 tumis dan bahan kisar sehingga wangi
  • masukkan ayam, garam dan air secukupnya. Biarkan mereneh sehingga ayam masak
  • setelah ayam masak, keluar dan sejukkan. siat2kan isi ayam dan ketepikan
  • tulang2 bolehlah dimasukkan semula ke dalam kuah sup kepada yg suka
  • cara menghidang: masukkan nasi impit dan ayam serta bahan2 lain dan sendukkan sup/kuah tadi
  • untuk memberikan perisa tambahkan kicap pedas dan pegedil

7 December 2007

Banana blueberry cake


Bahan-bahan:
1 cawan pisang yg telah dilecekkan - dlm 3-4 biji pisang size besar
1/2 cawan mentega tanpa garam - pada suhu bilik
1 camt esen vanila
1 cawan gula
2 biji telur - dipukul sedikit
3/4 cawan fresh atau frozen blueberries - tak payah lembutkan kalau guna frozen
1/3 cawan sour cream atau plain yogurt
2 cawan tepung naik sendiri - diayak
sedikit confectioners sugar utk ditaburkan

cara:
  • panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180C
  • griskan 8-9 inci (22cm) tin kek yg bulat atau loaf pan dengan mentega dan sedikit tepung. ketepikan
  • di dalam mixing bowl, satukan mentega, esen vanila dan gula. pukul sehingga gebu dan kembang
  • masukkan telur satu persatu dan pukul sebati
  • setelah itu masukkan tepung, sour cream, pisang dan akhir sekali blueberries
  • kacau adunan sehingga betul2 sebati dan tuangkan ke dlm tin kek
  • bakar selama 1 jam 10 min atau sehingga masak
  • biarkan kek sejuk di dalam tin kek dan barulah dikeluarkan
  • taburkan sedikit confectioners sugar ke atas kek dan bolehlah dipotong

6 December 2007

Kerabu mangga muda

Bahan-bahan:
3 biji mangga muda - dimayang memanjang
5 ulas bawang merah - dihiris nipis
6 biji cili padi - dihiris nipis
ikan bilis - digoreng
kacang tanah - digoreng dan dibuang kulit
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
3 biji limau nipis - ambil jus
garam secukup rasa

cara:
  • gaulkan hirisan mangga, bawang, cili padi, gula, sos ikan, garam dan jus limau
  • masukkan kacang tanah dan ikan bilis
  • kacau kesemua bahan sehingga sebati
  • bolehlah dihidangkan segera atau disekukkan dahulu di dalam fridge selama 1/2 jam
note: jangan campurkan semua bahan terlalu awal kerana ikan bilis dan kacang tanah akan menjadi liat dan lemau. gaulkan ke semua bahan +-10 min sebelum dihidangkan supaya ia rasa segar

5 December 2007

Banana walnut cake

Bahan-bahan:
125gm mentega
250gm gula
2 biji telur bersaiz besar - dipukul sedikit
200gm tepung kek
1 camt baking soda
1 camt esen pisang
100gm krim masam (sour cream)
3/4 cawan walnut/hazelnut/almond - dicincang
250gm pisang yg telah dilecek

cara:
  • panaskan oven pada suhu 180C dan griskan loan pan dengan mentega dan sedikit tepung
  • pukul mentega sehingga gebu dan kembang
  • masukkan telur dan krim masam bersama2 dengan pisang yg telah dilecek ke dalam adunan mentega
  • setelah itu masukkan pula tepung, baking soda dan esen pisang
  • masukkan walnut dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
  • tuangkan adunan ke dlm loaf pan dan bakar selama 40-45min atau sehingga masak
  • biarkan kek sejuk di dlm loan pan sebelum dikeluarkan

note: kalau tak ada tepung cake boleh disubstitutekan dengan tepung gandum. setiap sukatan 1 cawan tepung kek letakkan 2 camb tepung jagung di paras bawah cawan dan penuhi cawan dengan tepung gandum

4 December 2007

Udang lemak nenas

Bahan-bahan:
200gm udang besar
8 keping nenas - dipotong kiub

Bahan2 A:
130ml santan
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 rempah:
30gm lengkuas
20gm cili kering
10gm kunyit hidup
4 batang serai
1 sudu belacan

cara:
  • tumis bahan2 rempah yg telah dikisar hingga berbau harum
  • kemudian masukkan bahan2 A dan masak dengan api yg perlahan
  • apabila sudah mendidih, masukkan udang dan nenas
  • masak selama 2 min dan sedia utk dihidangkan

3 December 2007

Strawberry cheesecake muffin

Bahan-bahan (12 biji jumbo size):
125gm mentega tanpa garam - pada suhu bilik
250gm cream cheese - pada suhu bilik
1 1/2 cawan (330gm) gula kaster
4 biji telur
1 camt esen vanila
2 cawan (300gm) tepung naik sendiri - diayak dan lebihkan untuk salutan
300gm strawberries - dihiris atau dipotong kecil2 dan lebihkan utk diletakkan di atas muffin
gula aising - utk taburkan atas muffin

Cheesecake cream:
150gm cream cheese - pada suhu bilik
1/3 cawan (50gm) gula aising - diayak
1/2 cawan (125ml) thickened cream
1/2 camt esen vanila

cara:
  • panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180C dan aturkan 12 jumbo size muffin cases ke dlm muffin pan
  • cara utk membuat cheesecake cream: satukan kesemua bahan ke dalam mixing bowl dan pukul sehingga sebati dan thick. simpan di dlm fridge terlebih dahulu dan keluarkan bila hendak digunakan nanti
  • satukan mentega, cream cheese dan gula kaster ke dlm mixing bowl dan pukul sehingga gebu dan kembang
  • masukkan telur satu persatu sehingga habis dan pukul sehingga rata
  • masukkan esen vanila, tepung dan secubit garam ke dalam adunan
  • golekkan hirisan strawberry ke dlm tepung dan masukkan ke dalam adunan dan kacau hingga sebati
  • tuangkan adunan 3/4 ke dlm muffin cases dan bakar selama 25-30min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan sejukkan
  • taburkan gula aising ke atas muffin dan sudukan cheesecake cream ke atasnya
  • akhir sekali letakkan strawberry yg telah dipotong dua

note: kalau tak mau letak cheesecake cream pun boleh cuma taburkan gula aising sebelum di hidangkan. boleh jugak digantikan fresh strawberry kepada jam strawberry.

Nasi ayam resepi II

Bahan-bahan:
Bahan2 sampingan:
Timun - potong ikut suka
2 biji tomato - dipotong berbaji
daun salad - dihiris

Bahan utk ayam:
1/2 ekor ayam - dipotong 2
2 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - diketuk
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar soso tiram
sedikit minyak bijan
6 cawan air

cara:

  • ayam dibersihkan kemudian direbus di dalam air bersama halia dan bawang putih selama 15 min
  • angkat ayam, toskan kemudian perap sebentar bersama campuran kicap manis, sos tiram dan beberapa titis minyak bijan
  • air rebusan disimpan untuk masak nasi dan buat sup
  • ayam yg telah diperap tadi digrill dalam oven sehingga agak garing dan berkilat atau boleh jugak digoreng sehingga berkilat
  • bila masak potong ayam kecil2 dan renjiskan sedikit minyak bijan sebelum dihidangkan

Bahan2 utk nasi:
2 cawan nasi
3 cawan air rebusan ayam - sukatan air sup bergantung pada jenis beras
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak
setitik pewarna kuning

cara:

  • beras dibersihkan kemudian ditoskan
  • panaskan marjerin + minyak, masukkan bahan2 tumbuk kemudian digoreng sehingga wangi
  • masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam, pewarna kuning dan garam
  • tanak hingga masak

Bahan2 untuk kuah sup:
1 ulas bawang putih - dimayang
1cm halia - dimayang
2 ulas bawang merah - dimayang
daun sup - dihiris
3 cawan air rebusan ayam

cara:

  • panaskan sedikit minyak, masukkan bahan2 yg telah dimayang dan goreng sehingga kuning
  • masukkan air rebusan ayam
  • masukkan garam secukup rasa
  • angkat dan taburkan daun sup

Bahan2 untuk sos cili:
4 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar minyak rebusan ayam
garam & gula secukup rasa

cara:

  • blend kesemua bahan2 sehingga halus

Bahan2 untuk sos kicap:
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar air rebusan ayam

cara:

  • campurkan kesemua bahan2 dan kacau sebati

2 December 2007

Jam doughnut muffin

preparation time: 15 mins
cooking time: 20 mins

Bahan-bahan (8 biji size besar):
300gm (2 cawan) tepung naik sendiri
2/3 cawan gula kaster dan 1/2 cawan lagi untuk salut
80ml (1/3 cawan) minyak sayur
secubit garam
1 biji telur size besar
175ml buttermilk
1 camt esen vanila
4 camt strawberry jam - nak lebihkan pun boleh
100gm mentega tanpa garam
1 camt serbuk kulit kayu manis

cara:

  • panaskan oven pada suhu 180C
  • ayakkan tepung ke dalam mixing bowl dan campurkan garam dan gula kaster. kacau sebati
  • satukan minyak, telur, buttermilk dan esen vanila di dalam jug dan tuangkan ke dalam adunan tepung. kacau adunan sehingga betul2 sebati
  • sudukan 1 camt adunan ke dlm muffin mould/pan yg telah siap digris, sudukan 1/2 camt strawberry jam dan sudukan lagi dengan adunan. ulangi proses ini sehingga habis
  • setelah itu bakar selama 20 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan sejukkan
  • sementara itu cairkan mentega dan biarkan sejuk
  • campurkan gula kaster dan serbuk kulit kayu manis di dalam mangkuk dan kacau sebati
  • keluarkan muffin dari muffin mould/pan dan sapukan dengan mentega yg telah dicairkan tadi. selepas itu bolehlah digolekkan di dalam campuran gula dan serbuk kulit kayu manis
  • sedia untuk dihidangkan

1 December 2007

Gado-gado

Bahan-bahan sampingan:
Nasi impit
Kacang panjang - dipotong 2cm dan dicelur
Telur - direbus
Ubi kentang - dibuang kulit & direbus
Timun - dipotong ikut suka
Tauhu - digoreng & dipotong ikut suka
Tempe - digoreng & dipotong ikut suka
Keropok - digoreng
Bawang goreng

Bahan2 utk kuah:
Bahan kisar:
6 biji cili kering - buang biji & direndam (kalau nak pedas boleh tambah)
7 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1cm lengkuas
1 batang serai

300gm kacang tanah - disangar, kupas kulit & ditumbuk or blend kasar
2 camb kicap masin
4 camb air asam jawa yg telah diramas dengan 1 cawan air - lebihkan pun tak apa
4 camb gula melaka
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

cara:

  • panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga garing dan naik minyak
  • masukkan gula dan garam serta sedikit air dan biarkan sehingga mendidih dibahagian tepi periuk atau kuali
  • masukkan kacang tanah dan gaul rata
  • masukkan pula air asa dan kicap masin. tambah air jika kuah terlalu pekat
  • perasakan dengan garam dan gula setelah itu bolehlah dihidangkan bersama2 dengan bahan2 sampingan yang lain


source: k.nis

30 November 2007

Birthday cupcakes with cream cheese frosting

cooking time: 20 mins

Bahan-bahan (24 biji):
250gm mentega tanpa garam
1 1/2 cawan (330gm) gula kaster
2 camt esen vanila
4 biji telur
3 cawan (450gm) tepung naik sendiri - diayak
1 cawan susu segar
1/4 camt garam
gula2 smarties utk hiasan

Frosting:
125gm mentega tanpa garam
250gm cream cheese - pada suhu bilik
1 camt esen vanila
2 1/2 - 3 cawan gula aising - diayak (sukatan gula bolehlah dikurangkan kalau rase terlalu manis)

cara:

  • panaskan oven pada suhu 180C
  • dengan mengguna electric mixer, pukul butter, gula, garam dan esen vanila sehingga gebu dan kembang
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata
  • tuangkan 1/2 tepung dan 1/2 susu ke dalam adunan dan dikacau sebati, ulangi sehingga habis
  • sudukan 2 camb adunan ke dlm paper cases dan bakar selama 20 min atau sehingga masak
  • biarkan cupcakes sejuk didlm tin
  • untuk frosting: pukul mentega, cream cheese dan esen vanila dengan menggunakan electric mixer selama 3 mins atau sehingga gebu dan kembang
  • masukkan sedikit demi sedikit gula aising sambil di pukul supaya adunan sebati
  • simpan didlm fridge selama 1 jam sebelum digunakan
  • dengan menggunakan nozzle atau palette knife, sapukan frosting ke atas cupcakes dan hiaskan dengan gula2
  • setelah itu bolehlah dihidangkan atau disimpan didlm bekas kedap udara

29 November 2007

Hati lembu hitam manis




simple & easy

Bahan-bahan:
400gm hati lembu
3 sudu makan kicap pekat atau campuran kicap manis + masin
2 sudu makan gula
30ml air asam jawa
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
15 biji cili kering
10 ulas bawang merah
2cm halia
4 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar

cara:
  • rebus hati buat seketika dan kemudian dihiris nipis
  • di dlm kuali, tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau. kacau hingga sebati
  • masukkan sedikit air rebusan hati tadi dan kicap. masukkan juga hati yg telah dihiris
  • biarkan beberapa minit sehingga kuah menjadi pekat lalu masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa
  • setelah kuah telah cukup pekat bolehlah diangkat dan dihidangkan

28 November 2007

Choc chip banana muffin

Bahan-bahan (12 biji):
60gm mentega - dicairkan
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula kaster
1/2 cawan susu
2 biji telur
2 biji pisang - dilecek
1 cawan dark/plain choc chips

cara:
  • panaskan oven pada suhu 200C dan susunkan tray muffin yg telah diisikan dengan muffin cases
  • ayakkan tepung di dlm mixing bowl. setelah itu masukkan gula dan kacaukan rata
  • dengan mengunakan whisk pukul sedikit susu, telur dan mentega cair didlm jug
  • tuangkan ke dlm adunan tepung bersama2 dengan pisang dan kacaukan adunan supaya sebati dengan menggunakan spatula
  • jgn pukul adunan dengan menggunakan electric mixer nanti muffin akan menjadi keras
  • sudukan adunan ke dlm muffin cases dan bakar selama 20vmin atau sehingga masak
  • biarkan muffin didlm tray sebelum disejukkan ke atas wire rack

27 November 2007

Sweet sour chicken

Bahan-bahan:
500gm ayam - dipotong kecil
1 camt serbuk kunyit
1 camt garam
5 camb sos tomato
3 camb cili sos
1 camt gula
1/2 cawan air
1 biji tomato - dipotong berbaji
minyak

Bahan2 utk dimayang:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
3 biji cili merah
3 biji cili hijau

cara:
  • gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. goreng ayam sehingga masak tetapi jgn terlalu garing sgt nanti ayam akan jadi keras
  • angkat ayam dan ketepikan
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 utk dimayang sehingga wangi
  • masukkan air, sos tomato, cili sos, tomato dan gula. biarkan sehingga mendidih
  • masukkan ayam dan renehkan sebentar
  • angkat dan hidangkan
  • boleh jugak ditaburkan dengan kacang peas, daun sup dan daun bawang

26 November 2007

Triple choc cookies

Bahan-bahan (20biji):
125 gm mentega
2 camt esen vanila
3/4 cawan gula perang
1 biji telur
3/4 cawan tepung
1/2 cawan tepung naik sendiri
2 camb serbuk koko
125gm milk choc chips
125gm dark/plain choc chips

cara:
  • panaskan oven pada suhu 180C dan sediakan baking tray yg telah diletakkan non-stick baking paper
  • satukan mentega, esen vanila dan gula perang di dlm mixing bowl dan pukul sehingga sebati dengan electric beaters. setelah itu masukkan telur dan pukul lagi
  • ayakkan kedua2 tepung bersama2 dengan serbuk koko dan campurkan sedikit demi sedikit ke dlm adunan tadi sambil diselang-selikan dengan choc chips. kacau adunan supaya sebati
  • sudukan adunan ke dlm baking tray dan jarakkan 6cm di antara satu sama lain
  • bakar selama 12-15min atau sehingga masak
  • biarkan cookies di dlm baking tray selama 5 min sebelum dipindahkan ke atas wire rack
  • setelah sejuk bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara dan tahan selama 2 minggu

25 November 2007

Kari ayam kapitan

Bahan-bahan:
2 kg ayam - dipotong sederhana besar
250ml santan
50ml susu cair
25ml air limau
gula dan garam secukup rasa

Bahan2 rempah (ditumbuk atau dikisar halus):
20gm serbuk kunyit
10biji cili merah
10gm lengkuas
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

cara:
  • tumis bahan2 rempah hingga harum baunya
  • kemudian masukkan ayam, gaul rata dan biarkan seketika
  • masukkan santan, susu cair, air limau, gula dan garam seckup rasa. didihkan dengan api yg kecil
  • setelah itu bolehlah dihidangkan dengan nasi panas

Pasembor kodiang

Bahan-bahan:
Bahan2 sampingan:
mee kuning - dicelur (optional kalau tak mau letak mee pun boleh jugak)
1 biji timun - dipotong halus
1 biji sengkuang - dipotong halus
3osen taugeh - dicelur
5 biji telur - direbus dan digoreng
2 keping tauhu - digoreng & dipotong kiub
kuih cucur udang - dipotong kiub

Bahan2 kuah:
2 biji ubi kentang - direbus & dilecek
1 biji keledek - direbus & dilecek
200gm kacang tanah - digoreng & dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
5 biji bawang putih - dikisar
3-4 camb gula merah
2-3 camb cili kisar
60ml air asam jawa pekat
150gm udang - direbus dengan kulit & kepala
1/2 liter air rebusan udang
minyak untuk menumis
garam & gula pasir secukup rasa

cara:


  • panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar hingga wangi
  • masukkan air rebusan udang, ubi keledek, ubi kentang, gula merah, air asam jawa, garam & gula secukup rasa
  • biarkan kuah mendidih perlahan2. renihkan sehingga kuah pekat sedikit
Bahan2 cucur udang:
100gm tepung gandum - diayak
1/2 camt soda bikarbonat
125-130ml air kepala udang yg telah dikisar
garam secukup rasa
minyak untuk mengoreng

cara:

  • satukan tepung yg telah diayak sekali dengan soda bikarbonat, garam, udang, air kepala udang yg telah dikisar dan kacau sebati
  • bancuhan harus sederhana cair
  • gorengkan didalam minyak yg panas
  • angkat dan toskan. potong bentuk dadu besar

cara menghidang:

  • letakkan sedikit mee dan taugeh ke dalam pinggan
  • bubuhkan bahan2 sampingan yg lain
  • kemudian tuangkan kuah yg panas ke atasnya

23 November 2007

Super fudge brownies

Bahan-bahan:
1 cawan mentega - dicairkan
170gm chocolate kurang manis - kalau tak ada boleh jugak gunakan chocolate biasa tapi kurangkan sukatan gula
2 cawan gula
1 camb esen vanila
4 biji telur
1/2 cawan tepung - diayak
1/2 cawan chocolate chips atau walnut/almond yg telah dicincang

cara:
  • panaskan oven pada suhu 165C
  • sapukan butter dan taburkan sedikit tepung pada tin bersaiz 8"x8" untuk mengelakkan ianya melekat
  • satukan chocolate dan mentega cair di dlm periuk non-stick dan kacau perlahan2 pada api perlahan sehingga chocolate cair dan sebati. boleh jugak dimasukkan ke dlm cast iron dan tutupkan periuk. setelah betul2 cair bolehlah ditutup api dan biarkan sejuk
  • sementara itu pukul telur sehingga gebu dan kembang selama 5 min
  • setelah itu masukkan esen vanila dan gula sedikit demi sedikit dan pukul sekejap sehingga sebati
  • tuangkan campuran chocolate ke dalam adunan tadi dan kacau rata
  • masukkan pula tepung dan kacau supaya adunan betul2 sebati
  • setelah itu bolehlah dituangkan ke dlm tin dan taburkan chocolate chip di atasnya
  • bakar selama 45-55min atau sehingga masak
  • biarkan sejuk didlm tin sebelum dipotong 4 segi dan bolehlah dihidangkan
  • eloklah disimpan didlm bekas kedap udara utk tahan lebih lama

22 November 2007

Paru goreng berlada

Bahan-bahan:
500gm paru lembu - direbus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
300ml minyak masak
1 sudu teh belacan
4 sudu makan cili kisar
garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 keping asam keping

Bahan2 kisar:
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm halia

cara:


  • paru lembu yg telah direbus hendaklah dihiris nipis
  • kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam
  • goreng sehingga masak dan ketepikan
  • kemudian tumis bahan2 kisar, cili kisar dan belacan sehingga naik minyak
  • setelah itu barulah masukkan garam, gula, bawang besar dan asam keping
  • masak sehingga bawang layu dan kemudian masukkan paru yg telah digoreng tadi
  • gaul rata dan sedia untuk dihidang

21 November 2007

Carrot cake

Bahan-bahan:
1 cawan olive oil
1 cawan gula perang
3 biji telur - dipukul sedikit
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 camt soda bikarbonat
2 camt serbuk kulit kayu manis
2 cawan parutan karot - dlm 3-4 batang karot
1 cawan kacang walnut - dicincang

Bahan2 aising:
250gm cream cheese - suhu bilik
1 cawan gula aising
1 camt esen vanila

cara:
  • panaskan oven pada suhu 180C dan sapukan sedikit mentega pada tin kek. taburkan juga sedikit tepung supaya senang utk mengeluarkan kek
  • satukan minyak, gula dan telur di dalam mixing bowl dan pkul sehingga sebati
  • ayakkan tepung, soda bikarbonat dan serbuk kulit kayu manis ke dalam adunan minyak dan kacau biar sebati
  • masukkan parutan karot dan kacang walnut, gaul perlahan hingga rata
  • tuangkan kedalam tin kek dan bakar selama 45 - 50 min atau sehingga masak
  • sejukkan 10 min sebelum dikeluarkan dari tin
  • untuk membuat aising: satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati
  • bolehlah disapukan ke atas atau keseluruhan kek dan biarkan di dlm fridge sekejap supaya aising keras sedikit sebelum dipotong

20 November 2007

Ayam kicap berempah

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
2 biji ubi kentang - dipotong berbaji atau kiub
1 biji bawang besar - dihiris bulat
3 sudu makan air limau kasturi/lemon/limau nipis
sedikit air
sedikit lada sulah
3 sudu makan kicap masin + 2 sudu makan kicap manis - nak lebihkan pun buleh
1 biji cili hijau - dihiris dan digoreng
rempah penumis - 1 batang kulit kayu manis, 2 biji buah pelaga, 3 kelopak bunga lawang
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1" halia
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar

cara:
  • ayam dibersihkan dan dilumur dengan garam dan kunyit serbuk dan digoreng tapi jgn terlalu garing. nie optional kalau tak mau letak serbuk kunyit goreng gitu pun buleh
  • blend bawang, halia, serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar hingga halus
  • panaskan kuali, tumiskan bahan2 blend hingga wangi dan masukkan ayam dan sedikit serbuk lada sulah
  • gaulkan ayam sehingga sebati dan tuangkan kicap dan sedikit air bergantung pada samada nak kuah pekat atau cair
  • biarkan kuah mendidih dan barulah dimasukkan ubi kentang dan biarkan seketika
  • kemudian masukkan pula air limau, cili hijau dan bawang besar dan gaul seketika dlm 1-2 min. jus limau tu ikut pada selera masing2

note: ayam nie kalau disimpan semalaman lagi bertambah sedap

19 November 2007

Hawaiian pizza

pizza yg telah di sapukan dengan sos dan dihiaskan dengan topping sebelum dibakar
Bahan-bahan:
200gm tepung - diayak
1 camt gula
1 camt yis
1/2 camt garam
1 camt oregano
110ml air
1 camb minyak jagung atau olive oil

Topping:
sos pizza - lihat resepi disini
3 ketul hotdog - dihiris ikut suka dan digoreng sekejap dlm 1-2 min
nenas - dipotong kiub
1 biji bawang besar yg kuning - di potong bulat
1 biji tomato - di potong bulat
1 biji capsicum - dipotong berbaji
mozarella cheese - nie yg paling sedap utk pizza
2 camb garlic oil - goreng bawang putih dengan sedikit minyak

cara:
  • campurkan ke semua bahan ke dalam breadmaker dan tekan utk doh
  • bila dah siap keluarkan dah tumbuk2kan doh untuk keluarkan angin
  • canaikan doh dengan menggunakan tangan kalau boleh biar ditebar macam menebar roti canai supaya kenipisan atau ketabalan doh sekata
  • letakkan doh dlm pizza pan dan cucukkan dengan garpu. rehatkan doh selama 20 min
  • half bake pizza dough selama 10-15 mins dan selepas itu keluarkan dari oven barulah disapukan dengan sos pizza dan topping
  • akhir sekali tuangkan garlic oil dan bakar pada suhu 200C selama 20 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan hidangkan panas2

source: aunty yochana

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin