700gm tulang rusuk
400gm ubi kentang - dipotong dadu
1 batang karot - dipotong dadu/bulat
2 batang celery - dipotong pendek
5 biji buah tomato - dipotong dadu
10 biji cendawan butang - dibelah 4
1 bungkus/bunjut rempah sup tulang
1 labu bawang besar - dihiris bulat
3cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu besar lada hitam
garam secukupnya
air secukupnya
daun sup - diracik
cara:
- masukkan semua bahan ke dalam slow-cooker (kalau ada) dan setkan pada setting low
- pada yang tiada slow cooker bolehlah dimasukkan semua bahan ke dalam periuk dan rebuskan tulang sehingga lembut lebih kurang 3-4 jam lamanya dengan api yang sederhana panas
- apabila tulang sudah lembut keluarkan separuh ubi kentang yang direbus bersama2 dengan tulang dan lecekkan
- kemudian masukkan semula ke dalam periuk supaya kuah menjadi agak pekat sedikit
- setelah masak tutupkan api
- masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan dengan sedikit daun sup
- hidangkan bersama2 dengan sambal belacan, nasi putih, roti arab dan sebagainya
note: senang dan sedap
source: k.hanieliza (cara diubah sedikit)
4 comments:
salam..
patutlah ayat2 dalam resepi ni macam kakliza kenal jer...rupanya resepi sendiri..
terimakasih kerana sudi mencuba resepi kak liza..
gembira hati bukan kepalang...
salam k.liza
noreen mmg pengikut setia k.liza dan selalu suke cuba kesemua resepi k.liza sbb semua bahan senang dpt kat UK nie ... lagipun semuanya sedap2 belaka
salam..
terimakasih kerana menjadi pengikut kakliza..
pssstt...
pasni bolehlah beli buku masakan akak bila dah ada dalam pasaran nanti...
nanti kasi taw ye bila dah dijual lepas tu buleh suruh kakak tulun belikan then pos kan kat sini
Post a Comment