1 ekor ayam - dibelah 4 atau ikut suka
2 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 batang serai - dititik
3 keping asam keping
garam secukup rasa
Bahan2 kisar:
1 sudu besar lada hitam
5 tangkai cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5cm halia
2cm lengkuas
2cm kunyit hidup
3 batang serai
cara:
- masukkan kesemua bahan2 ke dalam kuali dan biarkan sehingga kuahnya mendidih
- setelah itu keluarkan ayam dan letakkan ke atas dulang pembakar
- bakar pada suhu 200C selama 20-30 min
- selepas 10 min terbalikkan ayam supaya kedua2 bahagian garing sekata
- masaklah kuah sehingga pekat
- setelah ayam masak bolehlah dituangkan kuah ke atasnya
- hidangkan bersama2 nasi
source: k.hanieliza
2 comments:
Huuwaaaa.... percik klate...
Biasa kak tie buat percik merah tu, macam ganu punya. Mentua suka buat percik putih ni, sedap jugak...
ye ke sure sedapkan mentua kalau masak
Post a Comment