![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCZDRalnI1oois_IgQGSaAVkOA4_Bsd_BzkL3ovm_TTl9pfJM023WpxlGn_Zp_TtUJKhSN54zaZfdoLWKaQVZiJ8W5LstOWId9AyxNvRXXqLhTgOGRVdEvO6Ym0MQN1nEEarxWnQ1UfmM/s400/IMG_1858.jpg)
resepi dari D
Bahan-bahan (4 orang):
1 ekor ayam, dipotong ikut suka
1 liter santan
3 biji tomato, dibelah dua
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat empat
garam secukup rasa
minyak secukupnya
Bahan untuk dikisar:
10 batang cili padi merah
10 batang cili padi hijau
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
cara:
- ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan
- panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak
- masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati
- masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya
- bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk
- setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.
note: sekiranya anda tidak tahan pedas boleh kurangkan kuantiti cili padi merah dan hijau dalam masakan ini
0 comments:
Post a Comment