Pages

15 July 2007

Rendang tok resepi I


resepi dari k.nis

selama 3 tahun menetap di UK nie ... inilah 1st time buat rendang yg lengkap sbb ada daun kunyit yg diimport dari KL ... tima kacih kak g-hah n k.yati yg sanggup bersusah payah terbangkan daun kunyit tu ke sini ... jasa kalian akan ku kenang

Bahan-bahan:
1 kg daging batang pinang (topside meat) atau daging kari*
2 paket besar santan pekat, boleh dibeli di pasaraya
2 keping asam gelugur
7/8 lembah daun limau purut, 3 lembah dirampai halus
2 helai daun kunyit, dikerat2
2 senduk minyak untuk menumis
1 cawan kerisik
1 sudu besar gula melaka + gula biasa & garam

*daging kari mengandungi banyak urat & lemak, jika menggunakan, jangan bubuh minyak yang terlalu banyak bila menumis kelak*

Bahan kisar (blend halus-halus):
20 biji bawang merah
6/7 biji bawang putih
2 batang serai, dimayang dahulu
3 cm halia
3 cm lengkuas (terlalu banyak akan jadi pahit)
7/8 batang lada kering, dibuang biji & direndam dulu*
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan halus
sedikit lada hitam tumbuk, jika mahu
*boleh diubah jika mahu lebih pedas atau sebaliknya*

cara:

  • potong daging ikat rasa & cuci lalu toskan
  • panaskan periuk berserta minyak & tumis bahan kisar hingga garing & wangi
  • masukkan daging & gaul rata-rata. Masak selama 5 min
  • masukkan santan paket & sedikit air lalu kacau hingga semua sebati
  • masukkan daun lumau purut (bukan yg dimayang) & daun kunyit
  • renihkan rendang ini hingga pekat & terbit minyak. Kacau sekali2 supaya tidak hangit di bahagian bawahnya
  • perasakan dengan gula melaka, gula biasa & garam
  • apabila kelihatan kering sedikit, masukkan kerisik & asam keping & gaul lagi hingga sebati
  • perhatikan daging tadi supaya benar2 empuk, jika tidak tuang sedikit air & tunggu hingga daging empuk & kuah agak kering sedikit

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin