Pages

26 March 2008

Ayam roast berempah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 12 dan digoreng dengan 1 sudu makan minyak zaitun untuk mematikan darahnya. angkat dan ketepikan
1 batang serai - dititik
1 biji bawang besar - dihiris
sedikit hirisan daun pudina/daun ketumbar - untuk ditaburkan atas ayam
sedikit minyak canola untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 kisar:
10 biji lada kering - buang biji dan rendam sehingga kembang
20 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 sudu makan ketumbar biji - disangai dahulu
1 sudu teh jintan halus - disangai dahulu
1/2 sudu teh jintan manis - disangai dahulu
1 batang serai - ambil bahagian putihnya sahaja
1/2 jari lengkuas
5 biji kacang gajus

cara:

1. panaskan minyak di dalam kuali. tumis serai sehingga wangi. masukkan hirisan bawang besar dan tumis lagi sehingga bawangnya lembut dan garing sedikit
2. masukkan semua rempah kisar, garam, gula dan kacau sebati. masak sehingga wangi dan sebelum terbit minyak masukkan ayam
3. balik2kan sebentar sehingga ayam bersalut rata dengan rempah
4. kemudian tuang ke dalam dulang pembakar dan bakarlah dengan kepanasan suhu 180C. masak sehingga ayamnya masak dan rempahnya kering. sentiasa balikkan2 ayam supaya kedua2 permukaan masak sekata
5. semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina dan daun ketumbar. enak disajikan dengan nasi dan sebarang roti

note: enak dimakan setelah disimpan semalaman

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin