Bahan-bahan (1 family):
400gm tepung roti
7gm (2 sudu kecil) yis
1 sudu kecil garam - paras rata
50gm mentega - dicairkan
60gm gula
1 biji telur
100ml susu segar suam
110ml air suam
sedikit gula - untuk taburan
1 sudu besar susu segar - untuks sapuan
cara:
1. masukkan semua bahan kecuali gula untuk taburan dan susu untuk sapuan ke dalam bread maker. tekan untuk doh setting dan tunggu sehingga siap
2. untuk kaedah lain - campurkan tepung, yis, garam dan gula ke dalam mangkuk besar. buat lubang ditengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur. gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yang lembut. uli selama 15 min sehingg doh menjadi licin tidak melekat di tangan dan elastic. walaupun doh nie agak melekit pada mulanya, jangan tambah sebarang tepung. bulatkan doh kemudian letakkan ke dalam mangkuk yang telah dilengser dengan sedikit minyak dan tutup dengan cling film. letak ditempat yang suam selama 1 1/2 - 2 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda
3. setelah siap keluarkan doh dan tumbuk2kan untuk keluarkan angin (kaedah nie diguna samada menggunakan bread maker atau uli tangan)
4. kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian A dan B
5. ambil bahagian A bahagi 3 dan gentelkan setiap satu memanjang menjadi saiz bentuk sosej sepanjang 6-8 inci kemudian jalinkan ketiga2nya seperti jalin rambut
6. ulangi untuk bahagian B pula. kemudian masukkan ke dalam loyang yang berlapik dengan kertas minyak atau disapu dengan marjerin/butter
7. kemudian tutup loyang tersebut dengan cling film selama 40 min - 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula
8. panaskan oven pada suhu 190-200C. sapukan doh tadi dengan sedikit susu kemudian taburkan gula ke atasnya dan bakar selama 15 min atau sehingga keperangan. bolehlah ditambahkan lagi masa sekiranya roti tidak begitu perang
9. setelah masak sejukkan di atas wire rack dan tutup dengan kain bersih untuk mendapatkan soft crust
note: sesuai dihidangkan untuk minum petang
0 comments:
Post a Comment