Bahan-bahan:
Bahan2 untuk base:
85ml mentega cair
140gm biskut digestive - blend
1 camb gula
Bahan2 untuk cheese cake filling:
3 x 300gm philadelphia cream cheese
250gm gula kastor
3 camb tepung
1 camt esen vanila
1 biji lemon - parut ambil yang kuning sahaja dalam 2 camt
2 camb jus lemon
3 biji telur + 1 biji kuning telur
284ml soured cream
secubit garam
Bahan2 untuk soured cream topping:
142ml soured cream
1 camb gula kastor
2 camt jus lemon
cara:
1. panaskan oven pada suhu 160C. letakkan parchment paper ke dalam 23cm springform cake tin dan ketepikan
2. untuk base: campurkan mentega cair, gula dan biskut dan gaulkan rata. tekankan adunan tadi ke dalam springform cake tin dan bakar selama 10 min. letakkan tin in the middle shelf of the oven. setelah itu biarkan ianya sejuk dan ketepikan
3. sementara itu naikkan suhu oven pada 200C. pukul cream cheese pada suhu yang rendah hingga creamy selama 2 min. masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul. kemudian masukkan pula tepung dan secubit garam
4. setelah itu masukkan esen vanila, parutan dan jus lemon, pukul lagi. masukkan telur dan telur kuning satu persatu sambil dipukul lagi
5. dengan menggunakan whisk pukul 284ml soured cream dan tuangkan cuma 200ml soured cream tadi ke dalam adunan. pukul lagi tapi jangan over-beat. the batter should be smooth, light and somewhat airy
6. sapukan mentega cair pada tepi tin kek dan lekatkan dengan baking sheet. tuangkan adunan ke atas base yang telah dibakar terlebih dahulu dan bakar selama 10 min. setelah itu turunkan suhu oven pada 110C dan bakar lagi selama 25 min
7. setelah itu turn off the oven dan biarkan pintu oven terbuka sedikit. biarkan cake sejuk di dalam oven sekurang2nya 2 jam
8. sementara itu campurkan lebihan soured cream yang digunakan untuk cheese cake filling tadi dengan 142ml soured cream dengan jus lemon dan gula. pukul sedikit sehingga sebati dan tuangkan ke atas cheese cake. ratakan soured cream topping dan tutup tin kek dengan foil . simpan di dalam fridge sekurang2nya 8 jam atau semalaman
9. pastikan pisau yang digunakan untuk memotong kek sentiasa direndam ke dalam air panas dan lapkan dengan kitchen towel. lakukan untuk setiap potongan kek dan hidangkan
5 comments:
cantinya gambar hang ni noreen.. keknya pun kemasss je... apa beza ekk rasanya dari cheese kek lain???
mai visit kakak nih...dah sehat ker? tapi resepi tetap mentennnn..:))..
siti new york ciskek nie topping dia yg buat lain dr yg lain tak mcm ciskek yg lain plus this time punya kek tak payah bake cara water bath tu yg sedap ... lepas tu cara ptg pisau mestilah sentiasa direndam ke dalam air panas supaya ptgan kek nampak kemas dan cantik
ala cik wan k.reen still laei tak sihat betul tapi mane leh amik cuti sakit lame2 masak tetap kene masak sbb nak makan kalau cik wan nak mai sini tulun masak ape salahnya kasi bebudak k.reen jaga ahak
mane nak carik ek soured cream uh??
Post a Comment