Bahan-bahan (5 org):
500gm kuetiau
300gm udang
200gm kerang atau kepah - direbus
150gm taugeh - dibuang ekor
5 ulas bawang putih - dicincang
1 keping fish cake/fish ball - dihiris nipis
3 biji telur
4 sudu makan bawang goreng
garam secukup rasa
100ml minyak masak
Bahan2 sos (disatukan):
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap cair
1-2 sudu makan cili kisar
1 sudu teh kicap pekat
100ml air
cara:
- panaskan minyak dalam kuali. goreng bawang putih hingga kekuningan
- masukkan udang, fish cake dan dikacau rata
- ketepikan
- bubuh kuetiau dan kacau cepat2. masukkan bahan2 sos dan digaul sebati
- kaup bahan gorengan ke tepi
- pecahkan telur ditengahnya
- biar selama 1 min sebelum menggaul semuanya sekali
- bolehlah diletakkan garam sekiranya rasa kurang memuaskan
- akhir sekali, masukkan kerang/kepah, tauge dan taburkan bawang goreng
0 comments:
Post a Comment