Pages

9 March 2008

Cream scones with strawberry jam


Bahan-bahan (8-10 biji):
340gm tepung
1 camb baking powder
75gm gula kastor
1/2 camt garam
125gm mentega tanpa garam - yang sejuk dan dipotong kiub
150ml double cream
50-75ml susu segar
1/2 camt esen vanila
50gm mentega - dicairkan untuk disapukan ke atas scones
gula kastor - untuk ditaburkan ke atas scones

to serve:
250ml clotted cream atau double cream - dipukul menggunakan whisk sehingga pekat/keras
strawberry jam - atau apa2 perasa pun boleh
gula aising - untuk ditaburkan ke atas scones

cara:
  • ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan masukkan ke dalam mixer fitted with paddle attachment bersama2 dengan garam dan gula
  • kemudian masukkan mentega sejuk. mix lagi. selepas itu masukkan cream yang telah dicampurkan dengan susu dan esen vanila
  • mix lagi tetapi jangan over-mix nanti scones akan menjadi keras. cukup sekadar sebati
  • kalau tak ada paddle attachment boleh digaulkan tepung yg telah diayak bersama2 dengan baking power bersama dengan garam dan gula hingga sebati
  • setelah itu masukkan pula mentega sejuk dan gaulkan rata seperti breadcrumb
  • kemudian tuangkan campuran cream, susu dan esen vanila sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga tidak melekat di tangan
  • taburkan papan canai dengan sedikit tepung dan keluarkan adunan tadi dari mixer
  • leperkan doh dengan tangan jadi bentuk empat segi setebal 2cm
  • biarkan doh tadi rehat selama 10 min. selepas itu potong mengguna round cutter 4-5cm dan susunkan ke atas parchment-lined baking sheet. simpankan di dalam fridge selama 10 min
  • sementara itu panaskan oven pada suhu 200C
  • keluarkan scones dari fridge dan sapukan dengan mentega cair dan taburkan sedikit gula kastor
  • bakar selama 12-15 min atau sehingga keperangan
  • scones bolehlah dihidangkan bersama2 dengan cream, strawberry jam dan taburkan sedikit gula aising

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin