Pages

10 June 2008

Daging masam manis

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
1kg daging - cuci bersih dan dipotong ikut style masing2
100gm gula melaka - dihiris
50gm asam jawa - diramas dengan semangkuk air dan tapiskan
1 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
20-25 helai lada kering
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1/2 ibu jari kunyit hidup
2 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar

cara:

1. gaul rata rempah kisar dengan semua bahan2 A kecuali minyak. perap selama 15 hingga 30 min
2. panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap berserta rempahnya
3. masak sehingga dagingnya lembut dan kuahnya pekat

note: daging boleh juga direbus terlebih dahulu. selepas itu dihiris dan diperapkan bersama bahan2 kisar

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin