Pages

6 June 2008

Roti nasi


Bahan-bahan (1 loaf):
80gm nasi putih
100ml air suam
250gm tepung roti
60ml susu segar
4gm (1 1/4 camt) yis
2 camb gula pasir
20gm butter atau marjerin
1 camt garam

cara:

1. blendkan dulu nasi bersama2 dengan air dan susu sehingga nasi betul2 hancur. setelah itu masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekan setting doh. tunggu sehingga siap selama 1 1/2 jam
2. selepas itu keluarkan doh tadi dan tumbuk2kan untuk mengelurkan angin
3. taburkan sedikit tepung ke atas pencanai dan canaikan doh tadi menjadi bentuk rectangular. lipatkan tiga doh tadi dan letakkan ke dalam loaf pan yang telah digris terlebih dahulu
4. tutupkan loaf pan dengan cling film dan biarkan roti naik sekali lagi selama 45min - 1 jam. pada yang tinggal di negara sejuk bolehlah di letakkan loaf pan ke atas baking tray dan masukkan ke dalam oven. tidak perlu di ON kan oven. letakkan dua cawan air panas di kiri kanan loaf pan dan tutupkan oven. biarkan doh naik 2 kali ganda
5. pada yang tinggal di negara bukan 4 musim cukup sekadar ditutupkan dengan cling film dan biarkan pada suhu bilik supaya doh naik dua kali ganda
6. kemudian bolehlah dibakar pada suhu 190C selama 25 min atau sehingga keperangan. boleh ditambahkan masa jika roti tidak begitu perang
7. setelah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan butter supaya roti cantik berkilat
8. pada yang tiada bread machine bolehlah diuli dengan menggunakan mixer. pukul dengan menggunakan dough hook sehingga semua bahan sebati
9. kemudian keluarkan doh tadi dan bentukkan bulat. masukkan ke dalam mangkuk yang telah digriskan terlebih dahulu dan tutup dengan menggunakan tuala lembab atau cling film
10. kemudian ikut proses no. 2 hingga 6

note: untuk menguji samada roti sudah masak bolehlah diketuk2kan belakang roti. kalau ada bunyi tu tandanya roti mmg sudah siap dan bolehlah dipotong. roti nie mmg begitu lembut dan gebu tanpa menggunakan bread improver atau bread softener

source: onigiri, myr - cara telah diubah suai untuk senang difahami pada yang berminat untuk mencuba
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin