Lapisan gula merah:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu makan tepung pulut
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
3 cawan air
2 camt air kapur makan
Lapisan pandan:
7 helai daun pandan
150ml air
3/4 cawan gula pasir
400ml air
sedikit pewarna hijau - optional
150gm tepung beras
70gm tepung ubi
1 camt air kapur makan
kepala parut putih
sedikit garam
cara:
- untuk lapisan gula merah: kisar semua bahan sehingga sebati dan tapiskan
- ketepikan
- untuk lapisan pandan: kisar daun pandan dengan 150ml air dan tapiskan
- kemudian campurkan dengan semua bahan2 yang lain dan kisarkan
- tapis dan ketepikan
- lapikkan loyang ukuran 11 inci dengan plastik dan griskan dengan sedikit minyak supaya senang untuk keluarkan kuih
- panaskan kukusan
- sukatkan 1 1/2 cawan adunan gula merah dan tuangkan ke dalam loyang
- kukuskan selama 10 min atau sehingga adunan keras sedikit
- kemudian sukatkan lagi 1 1/2 cawan adunan lapisan pandan dan tuangkan ke atas lapisan gula merah yang telah dikukuskan tadi
- lapiskan satu persatu sehingga habis kedua2 adunan digunakan
- setelah masak keluarkan loyang dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong
- sebelum dihidangkan gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam
source: k.rinnchan