Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong ikut suka
air untuk merebus
1/2 biji bawang besar - blend
5 ulas bawang putih - blend
2" halia - blend
kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
1 kiub chicken stock
Bahan2 perapan ayam:
3 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan madu
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili - kalau nak pedas boleh tambah
Bahan2 untuk nasi:
4 cawan basmathi
4 cawan sup ayam
1 sudu teh serbuk halia
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu besar butter
1 sudu besar minyak masak
serai dan daun pandan - optional
cara:
- untuk sup ayam: tumiskan bahan2 blend dan masukkan bahan2 penumis sehingga naik bau
- masukkan ayam, air dan kiub ayam kacau hingga mendidih dan ayam masak. tutupkan api
- untuk nasi: panaskan periuk dengan butter dan minyak dan masukkan serbuk bawang putih dan halia. kacau hingga sebati
- masukkan beras dan gaulkan sebati
- masukkan beras ke dalam rice cooker dan masukkan sup ayam dan masak nasi seperti biasa
- untuk ayam: keluarkan ayam dari kuah sup dan perapkan dengan bahan2 perapan selama 1 jam dan goreng hingga garing
- untuk sup: masakkan lebihan kuah sup dan tambahkan garam dan buah tomato. masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng
cili merah secukup rasa
cili hijau secukup rasa
bawang putih secukup rasa
3 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar cili sos + tomato sos
kicap manis
kicap masin
cara:
- blend semua bahan2 hingga hancur dan hidangkan bersama2 dengan nasi ayam, sup dan ayam goreng
0 comments:
Post a Comment