Pages

14 May 2007

Bistik daging


Bahan-bahan:
500 gm daging batang pinang - potong kiub 2cm (daging biasa pun boleh)
400 gm ubi kentang - potong kiub 2cm (kalau sukalah)
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan marjerin
3 sudu makan minyak masak
1 suduh teh serbuk lada hitam
4cm kulit kayu manis
Garam, gula & perasa kalau suka secukupnya

Bahan kuah:
150-200 ml air
120 ml tomato sos
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan tomato puri
1 kuib stok daging - kalau suka

Bahan (A) dikisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawnag putih
1 biji bawang besar

cara:
  • keringkan daging dgn tuala bersih or kitchen towel pun boleh. Salut dgn tepung, serbuk lada hitam dan garam. Perapkan selama 30 minit
  • panaskan marjerin dan minyak. Goreng daging hingga keperangan. Angkat. Kemudian bubuh kulit kayu manis dan bahan (A). Kacau hingga sebati
  • masukkan kentang, gaul hingga separuh masak. Campurkan pula daging goreng dan bahan kuah, tutup sebentar supaya kentang empuk (tambah sedikit air jika terlalu kering)
  • bila kentang empuk, bubuh garam, gula dan serbuk perasa. Kacau selama 2-3 min lagi sebelum diangkat atau sehingga daging empuk. Boleh tambahkan air kalau daging belum empuk

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin