Pages

18 May 2007

Ayam masak merah



Bahan-bahan:
1 ekor ayam
* 1cm kulit kayu manis
* 3 kelopak bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
1 inci halia
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
15 tangkai cili kering - ikut kepedasan masing2
1 batang serai - diketuk
5-6 sudu besar tomato sos
1/2 biji bawang besar - dihiris
Kacang peas
Gula, garam dan serbuk perasa
Minyak dan air

Cara:
- gaulkan ayam dengan kunyit serbuk dan garam. Gorengkan ayam dengan api perlahan supaya ayam tidak keras dan jangan terlalu masak sgt. Ketepikan.
- blendkan halia, bawang besar, bawang putih dan cili kering. Ketepikan.
- masukkan minyak dalam kuali and tumiskan bahan2 penumis (k.k.manis, bunga lawang, bunga cengkih) dan serai sehingga naik bau.
- masukkan bahan2 blend and goreng sehingga naik bau dan masukkan sos tomato, gula, garam dan serbuk perasa. Gaulkan sebati.
- boleh letak air sedikit kalau kuah terlalu pekat.
- bila agak2 kuah dah rasa ok baru masukkan ayam goreng tadi dan gaulkan sehingga sebati dengan kuah.
- akhir sekali bolehlah ditaburkan hirisan bawang besar dan kacang peas utk hiasan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin