Pages

21 May 2007

Sotong goreng kentang


resepi asal dari nona

Bahan-bahan:
5 ekor sotong (di potong bulat bulat)
3 biji kentang ( dipotong halus halus)
Sedikit serbuk kunyit
1 biji bawang besar (dimayang halus)
1 inci halia (dimayang halus)
3 biji bawang putih (dimayang halus)
3 biji cili padi (dipotong kecil-kecil)
4 sudu besar osyter sos
1 1/2 sudu besar kicap cair
4 sudu besar air masak
Sedikit garam
Sedikit lada hitam (yang telah dikisar)

cara:

  • Gaulkan sotong dan kentang bersama kunyit dan sedikit garam di dalam bekas yang berasingan
  • Panaskan kuali gorengkan kentang dulu sehingga kekuningan
  • Angkat kemudian masukkan sotong, goreng selama 2-3 minit masukkan bawang putih, cili padi dan halia
  • Kacau sehingga sebati masukkan osyter sos, kicap cair dan air. Kacau lagi.
  • Akhir sekali letak bawang besar secubit garam (jika perlu) dan lada hitam
  • Angkat dan siap untuk di santap

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin