Pages

28 July 2007

Lapis pandan

Bahan-bahan A (satu loyang sederhana):
11/2 cawan (170gm) tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan (170gm) gula
3 cawan santan
1 sudu kecil garam

Bahan2 tambahan:
1/2 cawan jus pandan
pewarna hijau
1/2 cawan air

cara:
  1. gaulkan semua bahan A dan tapiskan
  2. bahagikan aduanan pada 2 bahagian
  3. masukkan pewarna hijau dan jus pandan dlm 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal dalam 1 bahagian lagi
  4. tambahkan 1/2 cawan air ke dalam adunan asal supaya kecairannya sama dengan warna hijau
  5. panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang
  6. masukkan 1 senduk adunan hijau dan kukus selama 5 min
  7. lapiskan 1 senduk adunan asal dan kukus semula selama 5 min
  8. buat sehingga kedua2 adunan habis
  9. sejukkan dan potong utk dihidangkan

source: noormasri

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin