Pages

22 July 2007

Pulut inti


di UK nie kelapa parut tak ada yg fresh cuma ada yg frozen tu yg inti tak berapa cantik. menu nie sesuai dimakan utk minum petang

Bahan-bahan:
500gm beras pulut - rendam selama 6 jam dan toskan
200gm kelapa parut - ambil 400ml santan
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh garam
daun pisang

Bahan inti:

200gm gula melaka - dihiris halus
50gm gula pasir
2 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan air
1 sudu makan tepung gandum
2 helai daun pandan - dilayur dan dipotong

cara:
- campurkan santan, gula dan garam pada pulut. gaul separuh dengan pulut. kukuskan selama 10 min
- kemudian campurkan lebihan santan dengan pulut. kukuskan lagi selama 10 min
- bahan inti: masak kelapa parut, daun pandan, gula pasir, gula melaka dan air hingga sebati dan hampir kering. masukkan tepung gandum dan kacau hingga rata. angkat
- bubuh sedikit pulut pada sekeping daun pisang. letakkan sedikit inti di atasnya. kemudian dibungkus seperti membungkus kuih koci. buat begini hingga habis

3 comments:

Lydia said...

lama tak makan ni

MyPeriukBelanga said...

ambuiii cantik naa penggan....pinjam buleh? :p

noreen said...

k.nis ini hari pulun breakfast makan pulut inti nie kul 3ptg dok menguap je kat office dah penat tu lah melantak lagi makan pulut hehehe. kalau k.nis mai sini buleh kita main shopping kat kilang bone china tu lepas tu buleh main masak2 hehehee

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin