Pages

31 July 2007

Apam cantik manis


Bahan-bahan (satu family):
3 biji telur
150-180g gula kaster
250g tepung gandum
325-350ml aiskrim soda/7-Up
1 camt vanila
sedikit pewarna merah
kelapa parut putih (campur garam) utk hidangan

cara:
- lengserkan acuan apam dengan minyak atau pun kalau guna muffin cup cases letakkan di dalam acuan kuih apam
- pukul telur dengan gula hingga kembang atau hingga putih dan pekat
- masukkan vanila, kacau rata
- ayak separuh tepung ke dalam adunan tadi
- tuangkan separuh aiskrim soda
- kacau perlahan hingga sebati
- ayakkan baki tepung dan masukkan baki aiskrim soda
- kepekatannya adalah seperti membuat dadar
- asingkan sedikit adunan, masukkan pewarna merah
- bubuh adunan biasa ke dalam acuan, bubu 1 camt adunan merah diatasnya
- biar seketika hingga adunan memenuhi acuan kemudian kukus hingga masak selama 12-15 min

note: dlm gambar saya guna 7-Up sbb di UK tak jumpa aiskrim soda tapi apam akan lagi bertambah gebu kalau sekiranya mengguna aiskrim soda

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin