Pages

11 July 2007

Ayam masak bali resepi I

Bahan2:
1 kilo kepak ayam, cuci bersih & toskan
1 tbsp gula melaka
3 tbsp perahan air lemon
1 biji kelapa parut dijadikan 2 cawan santan
Beberapa helai daun pandan, disimpul
3 urat daun limau purut
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Hirisan buah tomato

Bahan Kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 size ibu jari halia
6 biji lada merah hidup (boleh tambah pada yang suka pedas)
8 biji buah keras
2 tbsp kicap manis

Cara:
  • gaul ayam yang telah dibersihkan, dengan kunyit & garam dan goreng separuh masak.
  • ketepikan.
  • panaskan minyak, masukkan daun pandan dan rempah kisar. Tumis hingga garing dan wangi.
  • masukkan gula, air lemon, garam dan santan.
  • biarkan mendidih, setelah itu masukkan ayam dan renihkan dengan api yang kecil hingga kuahnya agak pekat.
  • taburkan daun limau purut.
  • apabila kuah sudah agak pekat, tutup api dan masukkan hirisan buah tomato.

note: resepi nie lagi bertambah sedap kalau disimpan semalaman sbb rempah2 tu lagi menyerap dan sedap jugak dimakan dengan nasi impit

source: k.nis

2 comments:

MyPeriukBelanga said...

tengok gamba mcm lebih sedap dr aku punya jer! uwaaa...jeles tahap gerutu nii...org dah pndai masak, masak campak2 pong sodap....lawan tokey nmpk!
reen, pics dah cantik tuh, bubuh kat MyR k.

noreen said...

ala malu ler sbb resepi tu k.nis yg punya takan noreen pulak nak tempek. buat malu je walaupun tak ada sapa yg tau kita2 je shuuuuuuhh

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin