Pages

27 October 2007

Laksa sarawak

Bahan-bahan:
3 camb minyak
2 liter air rebusan ayam & udang
3 camb pes rempah sarawak - ada dijual di pasaraya atau ikut saja resepi dibawah
1 camb stok kiub ayam
400ml santan - dari 1 biji kelapa
garam, gula secukupnya

Pes rempah sarawak (dikisar halus menjadi pes):
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
18-20 tangkai cili kering - dibuang biji & direndam lembut
2 cm lengkuas
4 batang serai
1 1/2 cm kiub belacan - guna belacan biasa pun boleh
1/2 cawan kacang tanah - digoreng tanpa minyak
1/2 cawan bijan - digoreng tanpa minyak

Bahan2 sampingan:
3 keping dada ayam - direbus & disiat
400gm udang - dicelur & kupas kulitnya
100gm taugeh - dicelur
1 biji timun - dihiris memanjang
6-7 biji limau kasturi - boleh jugak guna lemon pada yg tinggal diperantauan
5 biji telur - digoreng dadar & dihiris memanjang
1 paket bihun - dicelur
sambal belacan

Bahan2 kisar:
40gm bawang putih
20gm lengkuas
20gm halia
2 batang serai
1 biji bawang besar

Sambal belacan:
10-15 biji cili padi - bergantung pada kepedasan masing2
1" belacan
sedikit perahan air limau / lemon
garam, gula secukup rasa

cara:
  • rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak dan empuk
  • angkat dan dicarik2
  • dalam air rebusan yg sama masukkan udang dan rebus sekejap jgn lama
  • angkat dan toskan
  • panaskan minyak, tumis bahan2 kisar hingga wangi
  • masukkan air rebusan, pes rempah laksa, stok ayam, santan, garam serta gula
  • kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api dan renihkan hingga terbit minyak
  • sajikan dengan bahan2 sampingan
  • sambal belacan: tumbuk semua bahan2 dan gaul sebati

source: puan norzailina nordin

11 comments:

SHERRY HANI said...

Noreen, mana dapat resipi laksa swk ni.. akak org pure swkpun tak tau camana nk buat pes dia.. siap yg bg kat noreen? Saja je nk tanya..hehehehehe

SHERRY HANI said...

opssss..sorry, typing error.. siapa yg bg resipi buat pes tu kat noreen?

noreen said...

k.pah noreen cari kat tenet2 tu yg buat. lepas je makan kat umah k.pah terus buat tapi tak ada pes yg dah siap kan tu yg buat sendiri. ingat tadi nak text kat k.pah kasi taw noreen berjaya buat laksa sarawak. jgn jeles noreen sorang makan 2 pinggan hah amik ko ahak

umi_e said...

noreen... kak e puas tanya orang camna nak buat paste dia salak sarawak ni tau... macam sherry kata tu, orang Sarwak sendiri pun tak tau... thanks noreen... but resipi yang noreen dah try tu, rasanya camna? Jadi cam yang ready-made paste ke? Nak jugalah sebab noreen dah rasa both version kan :)

noreen said...

umi noreen rasa sama je rasenya kalau tak takan sampai 2 pinggan noreen dok balun laksa sarawak. tapi ntahlah noreen ari tu pes taim makan laksa sarawak kat umah k.pah. cubalah umi beli yg paste ready-made ngan try resepi nie sekali tengok sama ke tidak.

SHERRY HANI said...

Noreen.. takde daun cekur ke dlm pes tu..coz akak dh tanya org kat sana.. dia org kata ada masukkan daun cekur dlm tu..sbb tu le ada rasa rempah org bersalin dlm tu... takpe nti akak tanya lagi pada pakar buat pes tu.. nak tanya lagi camana buat yg sebenarnya...sabar yea....

Mat Gebu said...

kak pah kalau dpt mat pun nak jugak resipi rempah laksa sarawak yg tulen .....noren lepas nie resipi buat "BOM" pulak yeaa..ko kan pakar cari-mencari dan try-menerai niee!!!!

noreen said...

k.pah noreen dpt resepi pes laksa nie dari pakar memasak jadi ikut je lah apa yg dia tulis. den tak roti nak ubah suai resepi dio kang silap2 hb kono gi majistrate lak ahak. mat bom tatak susah gi je pakistan tu hah ramai ler yg nak ajo kang

SHERRY HANI said...

Mat.. klu noreen buat bom.. org pertama dia akan bom.. sudah semesstnya Mat le..hahahahaha.. kan Noreen? takde le mat akak gurau je..nti takde org kita nk buat rujukan lak...

Mat Gebu said...

Terbekenan pulak kat mangkuk yg noreen isi sambal tu. lawa lahh, seakan2 bentuk bunga....heheh..sat lagi ada aku kena flying kick ala2 alor gajah..yelah org susah2 buat laksa, aku puji mngkuk pulak...amponn.

noreen said...

mat mmg pattern bunga ala murah je dlm £1.50 noreen beli 2

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin