Pages

7 October 2007

Biskut bangkit sagu

Bahan-bahan:
500gm tepung sagu/ubi
250gm gula
2 biji kelapa - dlm 600ml santan
4 biji telur
sedikit esen rose

cara:
  • terlebih dahulu goreng dulu tepung tanpa minyak hingga ringan. sejukkan dan tapiskan dan ketepikan
  • kelapa diperah tanpa dicampurkan dengan air dan diambil santannya
  • masukkan santan dlm periuk dan masak sampai pekat
  • kemudian masukkan gula dan masak sehingga jadi likat. angkat dan sejukkan
  • sementara tu telur dipukul sehingga kembang dan tuangkan ke dlm santan dan kacau sebati
  • masukkan sedikit esen rose
  • ambil tepung yg telah digoreng tadi dan tuangkan sedikit demi sedikit santan dan uli sehingga menjadi doh
  • tutup doh dengan kain dan simpan semalaman
  • balance santan bolehlah disimpan untuk digunakan lagi kalau doh agak keras selepas di simpan semalaman
  • esoknya bolehlah diadun doh mengikut bentuk yg disukai dan boleh diketip utk dptkan bentuk bunga
  • bakar pada suhu 175C selama 20-25 min atau hingga masak
note: untuk mendapatkan bangkit yg cantik dan gebu santan tu hendaklah di masak betul2

2 comments:

Mat Gebu said...

Al-fatihah juga untuk arwah emak u noreen..., kalau mat kat tempat noreen pun mesti rasa hiba bila teringat...aduhh sedih pakcik dgr....hmmmmm..Selamat Hari Raya!!

noreen said...

mat mmg sedih tiap kali menjelang hari lebaran. setiap kali teringat biskut bangkit mesti teringat kat arwah masa buat nie pun noreen masih laei teringat2 camna nak buat sbb selalu tolong. tima kacih mat dan mat tu selalulah jaga mak dan cuba menggembirakan dia sbb tu yg paling penting di kala meniti hari tua. selamat hari raya maaf zahir & batin pada mat sekeluarga. kirim salam pada bonda mat ckp kat dia org jauh kirim salam.

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin