Pages

8 October 2007

Biskut badam rangup

Bahan-Bahan:
150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

Untuk Hiasan:
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

cara:
  • pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla
  • terus memukul hingga gebu
  • sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan
  • jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit
  • ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat
  • bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit
  • sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

source: mat gebu

7 comments:

Mat Gebu said...

sedap biskut...apsal org lain buat aku nampak mcm sedapppp banget!!!...air tangan masing2 lain kan.

zaliana said...

cantiiiiiiiknyer biskut u...selamat hari raya Noreen ..semoga berbahagia di perantauan :D

noreen said...

mat mane buleh lawan ngan cara u buat rasenya you lagi meletup. tu pun buat last minute mlm tadi ahak dpt gak sebalang cukup ler utk den balun sorang2.

noreen said...

za ... selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada u & family maaf zahir & batin

Rozie said...

cantiknya sekut!!!!

Noreen...slmt Hari Raya, maaf Zahir & batin.

Hari apa nk datang Sheffield?

noreen said...

rozie .. tak dpt jemputan camne nak mai sane malu lah kang den raso cam rusa masuk london lak ahak. Kami berdua pun ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITIR kepada Rozie sekeluarga MAAF ZAHIR & BATIN

Mat Gebu said...

ahakss!!!..rusa masuk London..hahahaha...geli tapak kaki pakcik....rusa mana sesuai, kalau Koala Besar balik Alor Gajah baru sesuai..hahaha...eh aku lom minta ampoon ek dgn ko noreen?

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin