Pages

7 October 2007

Rempeyek resepi I

Bahan-bahan:
650ml santan - dari 1 1/2 biji kelapa
170gm tepung beras
1 camt garam
3 camb jintan putih ) digoreng kering &
3 camb ketumbar ) ditumbuk halus
minyak untuk menggoreng terendam
300gm kacang tanah - dibersihkan & disejat

cara:
  • satukan 5 bahan pertama hingga adunan tidak bergentel
  • celupkan acuan rempeyek di dalam minyak panas. angkat acuan dari minyak panas tadi
  • taburkan sedikit kacang tanah di dalam bancuhan, gunakan senduk kecil untuk menuangkan bancuhan ke dalam acuan
  • celupkan kembali acuan ke dalam minyak dan goyangkan sedikit supaya kuih tertanggal
  • terbalikkan dan biar kuih masak
  • api jangan terlalu kuat kerana kacangnya nanti sukar untuk rangup
  • bila keemasan, angkat dan sejatkan minyaknya sebelum disimpan
note: jika tiada acuan, gunakan kuali leper dan kuali biasa. panaskan sedikit minyak di dalam kuali leper. ambil bancuhan berkacang, tuangkan ke dalam kuali leper. goreng atas api perlahan. bila separuh masak, angkat dan terbalikkan ke dalam kuali biasa (yg dipenuhi minyak). goreng hingga keemasan

source: puan norzailina nordin

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin