Pages

4 October 2007

French doughnut

Bahan-bahan:
180gm air
180gm susu segar
100gm butter
1/2 camt garam
240gm tepung gandum
60gm gula
1 camt esen vanilla
4 biji telur

Untuk dusting:
100gm very fine sugar dicampurkan dengan 1 camt cinnamon power (optional kalau suka letak cinnamon)

cara:
  • satukan air, susu, butter, gula dan garam di dlm mangkuk dan masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehingga mendidih
  • tuangkan tepung dan tutupkan api. kacau adunan cepat2 sehingga menjadi doh
  • panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk dan padamkan api
  • tuangkan doh ke dalam mixing bowl dan masukkan telur sebiji2 dan kacau cepat2
  • bila adunan dah jadi sebati masukkan dlm piping bag dengan mengguna nozzle bentuk star











  • doh mmg lembut dan pipekan ke atas greaseproof paper yg telah disapukan dengan shortening supaya senang utk dituangkan ke dlm kuali
  • kalau tidak boleh jugak pipekan terus ke dlm kuali dan masak sehingga keperangan atau masak
  • celupkan donut ke dlm cinnamon sugar

note: kalau tak berapa jelas boleh refer cara disini

8 comments:

jo ayee said...

noreen, rasa macam roti ker macam biskut? nampak sedap tu.

noreen said...

rasa donut tapi very soft sedap sekali gap je i nie tak brp creative tapi kalau u buat mesti cantikkan

noreen said...

jo ... lupa nak ckp cara buat french donut nie sama sikit lebih kurang dgn buat cream puff cam yani buat tu

cik wan said...

kak reen....sedap..sedap..sedap...(^_^)

noreen said...

cik wan mmg sedap tapi mmg mencabar gak tapi kalau dah selalu buat ok

jo ayee said...

ooo..rasa cam kek yer noreenn...memang nampak mencabar..jo ni ader mood utk masak...kadang2 nak yg mencabar..kadang2 goreng telur pun malas..haha.

Mat Gebu said...

kalau buat bentuk lain tak bley ke...nak buat mcm ulaq sawa tiduq laaa...hehe..

noreen said...

mat hang nak buat bentuk org pun buleh taw yg penting sodap bangat ahak. ko ado ko acuan ular sawe mat? bak mai nak nengok kejap

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin