Pages

1 October 2007

Ikan siakap masak 3 rasa resepi II

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
1 camb tepung jagung
1 biji telur putih
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dipotong kiub
2 biji cili merah - dihiris halus
1/2 cili benggala - dipotong kiub
3 camb sos tomato
2 camb plum sauce
3 camb sos cili Thai
1-2 camt kicap atau sos ikan
150ml air
1 camt tepung jagung dicampur dengan - bahan pemekat
1 camb air - bahan pemekat
1 camt jus limau nips
hirisan cili padi - jika suka
4 camb minyak
gula & garam secukup rasa
hirisan daun ketumbar

cara:
  • perap ikan dengan tepung jagung, putih telur dan garam selama 30 min
  • goreng ikan dlm minyak panas hingga garing dan masak. kalau boleh dengan minyak terendam
  • panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi
  • masukkan semua bahan lain kecuali bahan pemekat
  • bila kuah mendidih, baru masukkan campuran pemekat
  • kacau rata hingga pekat kemudian tuangkan ke atas ikan
  • hiriskan daun ketumbar dan taburkan atas ikan

6 comments:

zaliana said...

hah..ikan masak 3 rasa..tq2 noreen ada dah idea berbuka hari nih :D

Mat Gebu said...

noreen, kalau kak nis, mesti dia bbuh nama...ikan masak 3 rupa...tepi belah kiri rupa wonder women pakai wiron, belak kiri rupa mak dara tengah menyentil. cuma pandang belah depan nampak seram u, rupa marry poppin arab..sebab dia pakai hijab...ahakss...ampoonn kak nis, bukan ngumpat cuma usik2 sajaa..

noreen said...

camna za dah buat ke ikan 3 rasa? kadang2 mmg blurkan pala otak dah tak taw nak masak ape sbb dah hari2 masak noreen pun sama gak kadang2 buat je list utk masak seminggu tapi selalu last minute tukar fikiran hehehe

noreen said...

mat mak dara kan ala2 perempuan singapore terakhir jln cam org pakai kebaya kain kipas yg jalan dok kepit yo kaki tu lepas tu sebelah pegang payung sebelah laei dok pegang sentil kat mulut. tak leh ku bayangkan mak dara tangkap gambo berdiri sebelah mary poppin mau vogue sedunia ahak ahak ampunnnn mak dara nanti raya kita main salam2 yo

MyPeriukBelanga said...

mengata aku lagiii?? << dgn nada makdara origenel ni sambil cekak pengang tapi tarak sentil sbb poser

...menangis kununnn...pegi kawww menangis di sana buat apa kaww mengumpat di sINIII..

reen ikan tuh kalu knis nak masak 5 perasa boleh tak? nak bubuh 5 jenis cili: cilipadi cilimerah ciliijau cilibenggala & cilisos, aku nak cili si budak kulai ni mengata aku sampai tersungkuh aku kat bawah batu kikir jombatan bosi taww sibaik ken tak koyak sbb makdaro pakai unipom wonder woman, selamatt aku :p

suka_haha said...

sdap2 hehe

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin