Bahan-bahan (16 biji):
Bahan2 doh:
500gm tepung roti
3 camt instant yeast
1/2 camb garam
1 camb gula kastor
375ml susu segar
25gm unsalted butter
Bahan2 topping:
1 biji telur - dipukul sedikit
1 camb susu segar
secubit garam
sesame seeds secukupnya
poppy seeds secukupnya
cara:
- masukkan kesemua bahan2 doh ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
- tunggu sehingga siap dalam 1 1/2 jam
- keluarkan doh dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
- tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
- kemudian bentukkan doh tadi menjadi bulat besar dan rehatkan selama 15 min
- selepas itu bahagi2kan doh kepada beberapa bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
- ambil satu doh dan buatkan bentuk bulat
- susunkan ke dalam tin kek yang telah digris dan jarakkan di antara satu doh dengan yang lain
- lakukan sehingga habis
- kemudian tutupkan tin tadi dengan kain atau cling film dan biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
- jika berada di negara 4 musim bolehlah tin kek tadi disimpan di dalam oven tanpa perlu ON kan
- apitkan kiri kanan tin tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
- sementara menunggu doh naik bolehlah di campurkan telur, susu dan garam
- kacau sehingga sebati
- selepas itu bolehlah disapukan ke atas doh2 tadi dan taburkan dengan sesame seeds dan poppy seeds
- bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak dan keperangan (jika ingin tahu roti tu masak betul ke tidak bolehlah dijentik2kan permukaan bawah roti dan jika ada bunyi bermakna roti sudah masak betul)
- keluarkan dari oven dan biarkan selama 5 min
- kemudian keluarkan dari tin dan biarkan sejuk di atas redai
- roti nie sedap dimakan panas2
note: senang dan sedap
source: nigella lawson (diubah sedikit)