Pages

31 May 2009

Why hot bread isn't good for you

Always let your bread cool down properly after you take it out of the oven before you eat it, or it can be indigestible.

When it first comes out of the oven, bread is full of moisture from the steam generated during baking.

The more dense the loaf, the longer it will take to cool down, so if you want bread to eat quickly, choose one with a high ratio of crust to crumb.

In scientific terms, the starch molecules in hot bread are tightly grouped together and difficult for the enzymes in our saliva to break down.

This means that they go into the stomach still clumped together, putting the digestive system under pressure and often causing discomfort, which many people mistake for wheat allergy.

BBQ day


Garlic bread resepi II

Bahan-bahan:
1 long stick of french bread - dipotong ikut suka
4 ulas bawang putih - dicincang halus
daun parsley secukupnya - dicincang halus
200gm mentega
sedikit jus lemon

cara:
  • blend mentega di dalam food processor
  • masukkan bawang putih dan blend lagi
  • kemudian masukkan daun parsley dan beberapa titik jus lemon
  • blend lagi sehingga semua bahan sebati
  • sapukan ke atas roti yang telah dipotong
  • bakar pada suhu 200C selama 5-8 min atau sehingga mentega cair dan roti sedikit garing (ikut selera masing2)

note: senang, sedap dan yang pasti lebih sedap dari beli di tesco atau pizza hut

source: richard bertinet

Buttermilk chicken

Bahan-bahan:
1.5kg ayam - dipotong 8 atau ikut suka
2 cawan buttermilk
1 camb pes biji sawi (mustard paste)
1 camt garam
1 camt serbuk biji sawi (mustard powder)
1 camt cayenne pepper
1 camt serbuk lada hitam kasar
2 cawan tepung gandum
1 camb serbuk penaik (baking powder)
1 camb serbuk bawang putih (garlic powder)
1/2 camt garam
minyak untuk menggoreng

cara:
  • satukan buttermilk, pes biji sawi, serbuk biji sawi, garam, cayenne dan serbuk lada hitam
  • gaul ayam dan tutup bekas
  • simpan di dalam fridge selama 2 jam atau semalaman
  • panaskan oven pada suhu 80C
  • satukan tepung, baking powder, serbuk bawang putih dan garam di dalam mangkuk/loyang
  • masukkan ayam dan salutkan
  • biarkan ayam selama 10 min dan terbalikkan supaya salutannya rata
  • buangkan baki tepung
  • gorengkan ayam terendam (deep fryer) di atas api sederhana hingga masak dan keemasan
  • angkat dan letak di atas baking tray
  • letakkan di dalam oven supaya sentiasa panas

source: puan norzailina nordin

26 May 2009

Soto resepi II

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 4 atau ikut suka
nasi impit/mee kuning/mihun secukupnya
500gm taugeh - dibuang ekor dan dicelur sekejap
3-4 liter air
100ml santan pekat
1 sudu teh serbuk lada putih/sulah
3 batang serai - dititik
2.5cm lengkuas - dititik
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
8 kuntum bunga cengkih
garam secukup rasa
gula atau serbuk perasa - optional
1 labu bawang besar - dihiris bulat
minyak untuk menumis

Bahan2 sampingan:
pegedil secukupnya
isi ayam
bawang goreng
isi ayam - disiat2
sambal kicap cili padi

Bahan2 kisar A (disangai dahulu & dikisar):
3 sudu makan ketumbar biji
3 sudu makan jintan kasar
2 sudu makan jintan halus

Bahan2 kisar B:
3 labu bawang besar
8 ulas bawang putih
5cm halia
3cm kunyit hidup atau 2 sudu makan serbuk kunyit

Bahan2 sambal kicap cili padi:
25 biji cili padi merah
4 ulas bawang putih
125ml atau 1/2 cawan kicap lemak manis
1/2 sudu teh gula - optional
jus limau kasturi atau limau nipis

cara:
  • panaskan minya di dalam periuk
  • tumiskan bawang besar sehingga kekuningan
  • masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, serai dan lengkuas
  • kemudian masukkan bahan kisar B
  • kacau sehingga garing dan naik baunya
  • setelah itu masukkan pula bahan kisar A dan lada putih/sulah
  • kacau rata
  • akhir sekali masukkan ayam, air, santan, gula dan garam secukup rasa
  • kacau sekali sekala dan biarkan sehingga mendidih
  • setelah ayam empuk bolehlah dikeluarkan dan ketepikan
  • cara untuk membuat kicap cili: kisar semua bahan sehingga halus
  • cara menghidang: masukkan nasi impit/mee kuning/mihun ke dalam mangkuk
  • masukkan ayam yang telah disiat2, taugeh, pegedil, kuah dan cili kicap
  • taburkan bawang goreng dan hidangkan
source: bro rozzan

24 May 2009

Potato bread


Bahan-bahan (12 biji):
300gm tepung roti
2 camt instant yeast
1/4 camb susu tepung
1/4 camt garam
70gm gula kastor
60gm kentang lecek (direbus dahulu) - lebih kurang 1 biji ubi kentang size kecil
1/2 biji telur - dipukul sedikit
135ml air sejuk
30gm mentega atau unsalted butter

1/2 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan atas telur

Bahan2 untuk custard cream:
1 camb tepung gandum
1 camb tepung custard atau tepung jagung
4 camb gula kastor atau gula pasir
1 cawan (250ml) susu segar
1 biji telur atau 2 biji kuning telur
secubit garam
1 camb mentega

cara:
  • masukkan semua bahan2 untuk doh ke dalam bread maker dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam
  • setelah itu keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan semula doh tadi menjadi bulat besar dan rehatkan selama 10 min
  • bahagikan doh kepada 12 bahagian dengan setiap satu seberat 50gm
  • bentukkan setiap doh menjadi bulat kecil dan susunkan ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega
  • setelah siap bolehlah dibiarkan doh naik sekali lagi selama 45 min atau 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan/atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • sementara menunggu doh naik bolehlah dibuat custard cream: bancuh tepung, gula dan garam dengan menuangkan susu sedikit demi sedikit
  • teruskan membancuh supaya tidak berketul
  • masukkan telur dan kacaukan sebati
  • masak di atas api sederhana panas sehingga likat
  • pastikan adunan sentiasa dikacau supaya tidak berketul
  • apabila sudah likat angkat dari api dan masukkan mentega
  • kacau rata dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam piping bag
  • apabila doh sudah naik bolehlah disapukan dengan telur dan pipekan dengan custard cream
  • bakar pada suhu 180C selama 20 min atau sehingga masak dan keperangan

note: sedap dimakan panas2 dan texture roti memang lembut

source: onigiri, myr (diubahsuai sedikit)

23 May 2009

Apam balik resepi III


Bahan-bahan (8-9 keping):
200gm tepung naik sendiri
20gm gula kastor
2 biji kuning telur
50gm mentega - dicairkan
250ml susu segar
1/4 camt garam
1/2 camt esen vanila
1 biji putih telur - dipukul separuh kental (pukul dengan menggunakan hand whisker)

Bahan2 taburan:
mentega
gula pasir
kacang tumbuk
jagung

sedikit mentega - untuk dilengser

cara:
  • campurkan tepung dan gula ke dalam mangkuk adunan
  • kemudian masukkan pula susu, kuning telur, mentega cair, garam dan esen vanila
  • pukul dengan menggunakan hand whisker sehingga tidak bergentel
  • kemudian kaupbalikkan adunan putih telur tadi dan kacau sehingga sebati
  • pastikan adunan tidak terlalu pekat atau tidak terlalu cair
  • lengserkan kuali non-stick dengan sedikit mentega
  • kemudian ambil satu senduk adunan dan ratakan di atas kuali (tebal atau nipis bergantung pada selera masing2)
  • pastikan api perlahan kerana ia mudah hangus
  • taburkan gula, 1 camt mentega, kacang dan jagung
  • apabila sudah masak bolehlah dilipat dua
  • potong dan hidangkan

note: senang dan sedap

source: puan norzailina nordin

Ikan sepat masin

Bahan-bahan:
beberapa ekor ikan sepat
garam kasar atau halus - bergantung pada berapa ekor ikan
air secukupnya
balang

cara:
  • jerangkan air sehingga hampir2 mendidih
  • kemudian masukkan garam kasar/halus dan kacaukan rata
  • masak sehingga garam betul2 larut
  • kemudian tutupkan api oven dan biarkan air garam tadi sejuk
  • masukkan ikan sepat ke dalam balang
  • setelah itu tuangkan air garam tadi dan simpan di tempat yang tertutup
  • biarkan lebih kurang 3-4 hari
  • bolehlah digoreng dan hidangkan bersama2 dengan nasi

19 May 2009

Honey lemon chiffon cake


Bahan-bahan:
Bahan2 A:
3 biji telur kuning
50gm madu
1 biji lemon - diparut
2 camt jus lemon
1 camb water
45gm minyak jagung
85gm tepung kek - diayak
secubit garam

Bahan2 B:
4 biji putih telur
1/8 camt cream of tartar
50gm gula pasir/kastor

cara:
  • dengan menggunakan hand whisker pukul kuning telur, madu, parutan lemon, jus lemon, air dan minyak jagung sehingga sebati
  • kemudian masukkan tepung dan gaulkan rata. ketepikan
  • pukul telur putih dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali sambil dipukul sehingga gebu dan adunan menjadi ringan (apabila di angkat dengan spatula adunan tidak jatuh)
  • tuangkan 1/2 adunan Bahan2 B ke dalam adunan A sambil dikaupbalikkan sehingga sebati
    lakukan sehingga habis
  • tuangkan adunan ke dalam acuan chiffon size 16 cm dan hentakkan sikit tin kek supaya keluarkan lebihan angin
  • kemudian bakar pada suhu 180C selama 20-25 min
  • setelah masak tutupkan api oven dan biarkan tin kek di dalamnya selama 5 min
  • kemudian keluarkan dan biarkan sejuk
  • bolehlah dipotong dan hidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: baking friends

Ikan tenggiri masak lemak cili

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tenggiri - potong ikut suka
1/2 biji kelapa parut - diperah dengan 1 cawan air
1 keping asam keping
1 batang serai - dititik
daun limau purut/daun kunyit - dihiris
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
5 batang cili padi hijau - nak pedas boleh tambahkan

cara:
  • ikan diperap dengan serbuk kunyit dan garam
  • gorengkan sekejap dan ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan serai sehingga wangi
  • masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga naik minyak
  • setelah itu perasakan dengan garam
  • masukkan pula santan dan didihkan seketika (santan perlulah dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak)
  • apabila mendidih masukkan asam keping dan ikan tenggiri tadi
  • gaulkan rata
  • akhir sekali masukkan daun limau purut/daun kunyit
  • tutupkan api dan hidangkan dengan nasi

source: k.nis

18 May 2009

Air susu longan

Bahan-bahan (1 orang):
60ml air longan
5 biji isi longan
30ml susu segar
beberapa ketul ais

cara:
  • masukkan jus longan dan isi longan ke dalam gelas
  • tuangkan susu segar
  • kacau sehingga sebati
  • masukkan ketulan ais dan bolehlah diminum

source: majalah saji

17 May 2009

Satay goreng

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu/kambing/ayam - dihiris nipis (gunakan daging batang pinang)

Bahan2 kisar A:
1 inci halia
5 ulas bawang putih
3 batang serai
½ inci lengkuas
½ inci kunyit hidup atau 2 sudu teh kunyit serbuk

Bahan2 kisar B - disangai dahulu:
5 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan halus
1 sudu besar jintan kasar

150g gula pasir
150 gm gula merah
2 sudu teh garam atau secukup rasa

cara:
  • gaulkan semua bahan dan perapkan selama kira2 5 jam atau semalaman
  • panaskan minyak yang banyak (goreng secara terendam) dan gorengkan daging/ayam sehingga masak dan garing
  • atau boleh juga dicucuk dengan lidi satay dan bakar sehingga masak
  • hidangkan dengan nasi impit, bawang, timun dan kuah satay

note: jika suka satay yang agak garing bolehlah digoreng lebih lama sedikit. jika tidak cukup sekadar masak

source: bro rozzan

16 May 2009

Mini pizza


Bahan-bahan (10 biji):
300gm tepung roti
200ml air
14gm gula pasir
3.5gm garam
16gm shortening
3gm (1 camt) instant yeast
6gm susu tepung

1 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan ke atas doh

Topping:
sos pizza
sosej
chicken breast - dipotong dadu dan digoreng sekejap

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap
  • selepas itu keluarkan dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • setelah itu bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 50gm
  • buatkan bentuk bulat dan rehatkan sekejap selama 10 min
  • kemudian ambil sebiji doh dan canaikan menjadi bulat sebesar lebih kurang 10cm
  • lipatkan ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti di dalam gambar
  • susunkan ke atas baking tray dan lakukan sehingga habis
  • biarkan doh naik dua kali selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan/atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • sapukan kesemua roti dengan telur
  • kemudian sapukan sos pizza dan hiaskan dengan topping yang disukai
  • bakar pada suhu 180C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan

source: yani, myr (cara diubah sedikit)

13 May 2009

Pandan kaya roll


Bahan-bahan (12 biji):
350gm tepung roti
50gm gula kaster
30gm mentega atau unsalted butter
1 camb tepung susu
1 camt bread improver - kalau tiada pun roti still juga lembut
1/2 camt garam
1 biji telur
200gm air sejuk
3 camt instant yeast
20gm serbuk kelapa (santan powder)
beberapa titik pandan paste atau pandan emulco

pandan kaya secukupnya
kelapa kering secukupnya
butter atau olive oil - untuk sapuan atas roti

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk buat doh
  • tunggu sehingga doh siap lebih kurang selama 1 1/2 jam (bergantung pada jenis BM)
  • setelah siap bolehlah dikeluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai yang telah di taburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 10 min
  • setelah itu bahagikan doh kepada 12 dengan setiap satu seberat 60gm
  • bentukkan setiap doh menjadi memanjang seperti bentuk sosej atau bentuk bulat
  • susunkan ke dalam loyang yang telah digris terlebih dahulu dengan menjarakkan 1 jari setiap satu
  • setelah siap bolehlah dibiarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan/atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • setelah doh naik bolehlah dispraykan permukaan doh tadi dengan air dan pipekan dengan pandan kaya
  • kemudian bolehlah ditaburkan dengan kelapa kering
  • bakar pada suhu 180C selama 20-25min atau sehingga masak dan keperangan
  • sapukan dengan butter atau olive oil sebaik saja loyang dikeluarkan dari oven

source: k.rinnchan / chef khoo se yew (cara diubah sedikit)

12 May 2009

Kuih seri muka

Bahan-bahan (loyang 22cm):
Bahan2 lapisan bawah:
420gm beras pulut - dicuci dan direndam semalaman
air secukupnya - untuk merendam pulut
375-400ml santan - dari 1/2 biji kelapa
1/2 camt garam
1 camb tepung jagung - dicampur dengan 3 camb air dan kacau rata

Bahan2 lapisan atas:
2 biji kuning telur
100-120gm gula pasir
200ml jus pandan - dari 15 helai daun pandan yang dikisar dengan 200ml air & ditapis
90gm tepung gandum
1 camb tepung jagung
2 camb tepung beras
300ml santan - dari 1 biji kelapa
1/4 camt garam
sedikit pewarna hijau - jika suka

cara:
  • tuskan pulut kemudian ratakan ke dalam loyang 22cm yang telah di lengser dengan sedikit minyak
  • campurkan santan dan garam, kacaukan sebati
  • tuangkan ke atas pulut dan kukus sehingga masak
  • sentiasa pastikan santan dan beras pulut sebati
  • selepas itu tuangkan campuran tepung jagung ke atas pulut dan gaulkan rata
  • kemudian ratakan pulut dengan daun pisang supaya padat
  • untuk membuat lapisan atas: pukul kuning telur dan gula dengan whisker sampai gula hancur dan sebati
  • masukkan air pandan, tepung gandum, tepung jagung, santan, garam dan pewarna hijau
  • gaulkan sebati
  • boleh juga dikisar semua bahan sehingga sebati
  • kemudian tapiskan ke atas pulut tadi dan kukus semula selama 20-25 min atau sehingga masak
  • pastikan bahagian bawah penutup kulus dibalut dengan kain atau dengan cling film dan sentiasa dilap setiap 6-7 min supaya air kukusan tidak akan jatuh ke atas adunan bahagian atas
  • bila sudah masak keluarkan dari kukus
  • biarkan betul2 barulah dipotong dan dihidangkan

note: rasanya inilah resepi serimuka yang telah saya cuba lapisan atasnya tidak lembik dan senang dan cepat keras. untuk pengetahuan semua saya telah mencuba pelbagai resepi serimuka dan rasanya yang ini tidak mengecewakan. satu petua yang saya dapati dari k.lina jika sekiranya lapisan atas tidak keras dan banyak air bolehlah diambil kitchen towel dan di letakkan di atasnya supaya menyerap air yang berlebihan

source: puan norzailina nordin

Beef steak

Bahan-bahan:
Beberapa keping beef steak
4 sudu makan sos blackpepper - kalau di UK beli brand HP steak sauce
sedikit minyak untuk menumis
sedikit mentega untuk menumis

Bahan2 kisar:
6 ulas bawang putih atau 1 sudu kecil crushed garlic
1 inci halia atau 1 sudu kecil crushed ginger
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap
2 sudu makan madu

Bahan2 untuk mushroom sos:
1 cawan cendawan butang - dihiris
1 labu bawang besar - dicincang/dipotong dadu
2 camb tepung gandum
500ml air rebusan ayam atau 1 kiub chicken cube + 500ml air
2-3 camb kicap pekat
1 camb herba italy atau mix herb
sserbuk lada hitam
garam - jika perlu
2 camb minyak
2 camb mentega


cara:
  • jika menggunakan crushed garlic dan crushed ginger cuma masukkan semua bahan2 ke dalam mangkuk besar bersama dengan sos blackpepper dan gaulkan rata
  • atau satukan bahan2 kisar dan sos blackpepper di dalam mangkuk dan gaulkan sebati
  • kemudian masukkan steak ke dalam sos tadi dan gaulkan sebati
  • perapkan sekurang2nya 2 jam
  • panaskan kuali non-stick dan letakkan sedikit minyak dan mentega
  • kemudian gorengkan beef steak tadi selama 12-15 minit
  • angkat dan ketepikan
  • atau boleh jugak dipanggang di dalam oven dan kemudian digoreng kemudian
  • untuk sos: panaskan kuali dengan minyak dan mentega
  • tumiskan bawang besar sehingga wangi
  • kemudian masukkan pula tepung dan kacau sebati
  • setelah itu masukkan bahan2 yang lain dan kacau rata
  • biarkan kuah hingga pekat
  • kemudian hidangkan bersama2 dengan beef steak tadi

note: beef boleh digantikan dengan lamb chop

source: Diana

Ayam masak merah berempah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - di potong kecil
3 labu bawang besar - dipotong bulat
3 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
200gm tomato puree atau tomato sos
4 biji buah tomato - dibelah 6
2 batang serai - dititik
3cm lengkuas - dititik
garam dan gula secukup rasa
sedikit kacang peas dan bawang goreng - untuk taburan
2 tangkai daun ketumbar - dihiris kasar

Bahan2 kisar:
10 tangkai lada kering
4 ulas bawang putih
3cm halia
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis biji

cara:
  • ayam dilumurkan dengan garam dan kunyit serbuk
  • goreng separuh masak dan ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang besar, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, serai, lengkuas dan bahan2 kisar sehingga wangi dan garing
  • masukkan 1 cawan air, tomato puree/tomato sos, garam dan gula
  • gaulkan sebati
  • kemudian masukkan ayam dan gaulkan rata
  • bila kuah sudah pekat dan ayam sudah masak bolehlah dimasukkan buah tomato, kacang peas, bawang goreng dan daun ketumbar
  • gaulkan sebati
  • angkat dan hidangkan bersama2 dengan nasi, roti prata dan sebagainya

note: elok dimasak malam sebelumnya supaya rempah lebih sebati

source: k.rossya (diubah sedikit)

9 May 2009

Polo bun



Bahan-bahan (4 biji):
Bahan2 doh:
150gm tepung roti
1 camb susu tepung
1/4 camt garam
30gm gula pasir
1 camb telur yang telah dipukul
1 camt instant yeast
70gm air
15gm mentega

Bahan2 untuk polo pastry:
50gm tepung gandum
25gm icing sugar atau sugar powder atau gula kaster
secubit garam
1 camb telur yang telah dipukul
30gm mentega
1/2 camt susu tepung

egg wash:
1 biji telur
1 camb air

cara:
  • masukkan semua bahan doh ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap
  • sementara menunggu doh siap bolehlah di sediakan polo pastry
  • pukul mentega dan gula sehingga sebati (cukup sekadar menggunakan whisker)
  • kemudian masukkan gula, garam dan susu tepung
  • kacau lagi sehingga sebati
  • masukkan pula telur dan kacau rata
  • akhir sekalu kaupbalikkan tepung ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati (jangan terlalu overmix)
  • bolehlah disimpan di dalam fridge untuk mengeraskan sedikit polo pastry lebih kurang 30 - 45 min
  • setelah doh siap bolehlah dikeluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • setelah itu bentukkan doh menjadi bentuk bulat dan rehatkan selama 10 min
  • kemudian bahagikan doh kepada 4 bahagian dengan setiap satu seberat 70gm
  • bentukkan setiap doh menjadi bulat
  • keluarkan polo pastry dari fridge dan bahagikan kepada 4 bahagian dengan setiap satu seberat 30gm
  • bentukkan setiap satu menjadi bulat (cara membuat sama seperti membuat karipap pusing - lihat dalam gambar)
  • ambil satu polo pastry dan tepekkan di atas tangan
  • setelah itu ambil satu doh dan letakkan di atas polo pastry (jika polo pastry terlalu lembik bolehlah digolekkan ke atas sedikit tepung)
  • tutupkan dengan polo pastry dan bentukkan menjadi bulat - lihat seperti di dalam gambar
  • lakukan sehingga habis dan susunkan ke atas baking tray
  • untuk egg wash bolehlah dicampurkan kedua2 bahan dan kacaukan rata
  • sapukan egg wash ke atas setiap doh tadi dan lorekkan ikut style masing2 atau tekankan dengan pastry cutter - boleh lihat cara di sini
  • setelah itu biarkan ianya naik sekali lagi selama 45min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan baking tray tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan/atas baking tray tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • selepas itu bolehlah dibakar pada suhu 180C selama 15 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk di atas redai

note: rasa polo bun nie sama dengan roti boy

source: kitchen corner

Kuay teow goreng basah

Bahan-bahan:
500gm kuay teow
200gm daging - dihiris nipis
10 ekor udang besar atau 200gm udang size kecil
2 ikat sawi - dipotong selebar 2 inci
taugeh secukupnya
4 biji telur
3 sudu makan sos tomato
5 sudu makan kicap
garam, gula dan serbuk perasa (jika suka) secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
15 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • pecahkan telur dan goreng secara scrambled tetapi jangan terlalu lama
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak lagi dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau
  • masukkan daging dan sedikit air
  • masak sehingga daging empuk
  • kemudian masukkan sos tomato, kicap, garam, serbuk perasa dan gula
  • gaulkan sebati dan tumiskan sehingga rempah bertukar warna kegelapan sikit dengan menggunakan api sederhana besar
  • bila rempah dah ditumis dengan sempurna barulah dimasukkan udang
  • gaulkan sebati dan biarkan sekejap
  • masukkan pula sawi dan gaul rata
  • bubuh pula kuay teow dan telur goreng tadi dan gaulkan rata
  • kecilkan api dan akhir sekali barulah dimasukkan taugeh
  • kacaukan sehingga semua bahan sebati
  • setelah itu bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama2 dengan cili jeruk dan taburkan dengan sedikit bawang goreng

source: FRD

Homemade kaya pandan

Bahan-bahan:
3 biji telur
300gm gula kaster
200ml santan
100ml jus pandan - dari 10 helai daun pandan
beberapa titik pewarna hijau - jika suka

cara:
  • pukul telur dan gula sehingga sebati dengan menggunakan whisker
  • pastikan gula hancur dan adunan pekat
  • kemudian masukkan jus pandan, pewarna hijau dan santan
  • gaulkan rata
  • tapiskan ke dalam periuk non-stick
  • masak dengan menggunakan api perlahan sehingga pekat
  • pastikan ianya sentiasa dikacau selalu
  • kepekatan yang dikehendaki ialah apabila diangkat kaya tidak mudah jatuh
  • setelah siap tutupkan api dan sejukkan

source: puan norzailina nordin

7 May 2009

Ayam percik resepi III

Bahan-bahan:
2kg ayam - dipotong 4 atau ikut suka
3 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
1/2 cawan air asam jawa
1 camt gula
1 camt halba
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
20 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
3cm halia
5 batang serai

cara:
  • masukkan semua bahan termasuk ayam ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana panas
  • kacaukan semua bahan sehingga sebati
  • masak sehingga ayam sederhana masak dan kuah tinggal sedikit
  • keluarkan ayam dan letakkan ke atas baking tray
  • bakar pada suhu 200C dan masak selama 20-30 min
  • sentiasa terbalikkan ayam supaya kedua2 belah ayam masak dan garing sekata
  • pastikan kuah sentiasa dikacau sehingga pekat
  • setelah masak bolehlah dihidangkan dengan nasi atau salad

note: ayam boleh juga digantikan dengan ikan tetapi tidak perlu dimasak bersama2 dengan semua bahan. ikan hanya sekadar dibakar/panggang dan percikkan kuah ke atasnya

source: k.hanieliza

Butter sugar buns

Bahan-bahan (16 biji):
500gm tepung roti
80gm gula kastor
8gm (2 1/2 camt) instant yeast
250gm susu segar - sejuk
50gm telur (lebih kurang 1 biji) - dipukul sedikit
65gm butter atau marjerine
1 camt garam

Bahan2 untuk topping:
200gm mentega
100gm gula pasir
1 biji telur

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap
  • keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • setelah itu bentukkan doh tadi menjadi bulat besar dan rehatkan selama 10 min
  • bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan setiap satu seberat 60gm dan bentukkan setiap doh menjadi bulat
  • susunkan ke atas baking tray dan biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah tin kek tadi disimpan di dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan tin tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • sementara itu bolehlah di campurkan semua bahan2 untuk topping dan gaulkan sebati
  • masukkan ke dalam piping bag
  • selepas itu bolehlah di guntingkan permukaan setiap doh tadi dan pipekan topping ke atasnya
  • lakukan sehingga habis dan bakar pada suhu 190C selama 10-15 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk di atas redai

source: aunty yochana (diubah sedikit)

4 May 2009

Ayam percik lada hitam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dibelah 4 atau ikut suka
2 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 batang serai - dititik
3 keping asam keping
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
1 sudu besar lada hitam
5 tangkai cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5cm halia
2cm lengkuas
2cm kunyit hidup
3 batang serai

cara:
  • masukkan kesemua bahan2 ke dalam kuali dan biarkan sehingga kuahnya mendidih
  • setelah itu keluarkan ayam dan letakkan ke atas dulang pembakar
  • bakar pada suhu 200C selama 20-30 min
  • selepas 10 min terbalikkan ayam supaya kedua2 bahagian garing sekata
  • masaklah kuah sehingga pekat
  • setelah ayam masak bolehlah dituangkan kuah ke atasnya
  • hidangkan bersama2 nasi

source: k.hanieliza

Kuah sate/kacang

Bahan-bahan:
600gm kacang tanah - digoreng dengan sedikit minyak atau boleh jugak dibakar di dalam oven
60gm asam jawa
240gm gula pasir
2 batang serai - dititik
sejari lengkuas - dititik
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
30 batang cili kering
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
8 biji buah keras
sejari kunyit hidup
40gm belacan

cara:
  • kacang tanah yang telah digoreng tadi dikisar kasar jangan terlalu halus
  • asam jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan wangi
  • masukkan serai dan lengkuas
  • tuangkan air asam jawa dan kacaukan rata
  • masukkan pula gula pasir dan garam secukup rasa
  • akhir sekali barulah dimasukkan kacang dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhana
  • kuah sate ini perlu dikacau selalu supaya dasarnya tidak hangus
  • masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan
  • enak dimakan setelah disimpan semalaman

source: rossya

1 May 2009

Nasi beriani ayam

Bahan-bahan:
500gm basmathi - dicuci bersih dan direndam selama 2 jam
6 keping kepak ayam
1 camb rempah beriani
1/4 camt serbuk kunyit
250gm karot - dihiris halus
200-250ml air
800ml air - untuk nasi
100ml susu cair/segar - untuk nasi
30ml minyak
40gm minyak sapi
3 helai daun pandan - dipotong 3cm
garam secukup rasa

Bahan2 A:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan2 kisar/tumbuk:
1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia


Bahan2 hiasan:
1-2 biji buah tomato - dipotong dadu
buah gajus
daun parsli

cara:
  • panaskan minyak dan minyak sapi
  • tumiskan bahan2 A, bahan2 kisar, rempah beriani dan serbuk kunyit sehingga wangi
  • masukkan kepak ayam dan kacau sehingga kering airnya
  • tuangkan air dan tutupkan periuk
  • bila ayam masak, keluarkan
  • kacau rempah tadi sehingga hampir kering
  • masukkan air, susu cair/segar, daun pandan dan garam secukup rasa
  • bila mendidih, masukkan beras dan karot (selepas ini bolehlah dimasukkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa)
  • masak hingga kering air dan kemudian tutup periuk
  • hidangkan nasi dengan ayam dan taburkan dengan bahan2 hiasan

source: puan norzailina nordin

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin