Pages

2 September 2007

Bubur pengat keladi

Bahan-bahan:
300gm keladi - dipotong kiub
300gm santan cair - sukatan boleh dikurangkan ikut masing2
200gm santan pekat - sukatan boleh dikurangkan ikut masing2
200gm gula pasir
160gm gula merah
1 cawan sago
3 helai daun pandan
garam secukup rasa

cara:
  • buang kulit keladi dan dipotong kiub
  • setelah dibersihkan, rebus dengan air hingga separuh masak. kalau org2 perantauan yg menggunakan frozen taro jgn rebus terlalu lama sekejap sahaja sbb frozen taro tu dah lembut
  • kemudian masukkan gula pasir, sago, gula merah dan daun pandan
  • kacau sebati dan masukkan santan cair biarkan ia mendidih
  • selepas itu, masukkan santan pekat dan sedikit garam
  • gaulkan hingga sebati dan boleh dihidangkan
  • kalau tak habis boleh disimpan didlm fridge

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin