Pages

8 September 2007

Nasi dagang perantauan

tak tau ler nasi dagang nie ada ke special beras utk masak ...... tapi nie je yang ada utk org berdagang cam den nie

Bahan-bahan:
800gm beras siam ) dicampurkan & rendam
200gm beras pulut ) selama 4 jam dan toskan
10 ulas bawang merah ) dihiris
2 sm halia ) dihiris
1 sudu makan halba
1 1/2 ltr santan - dari 2 biji kelapa
garam & gula pasir secukup rasa

cara:
  • campurkan garam dan gula pasir ke dalam santan
  • satukan halba dengan bawang merah dan halia
  • kukus beras selama 15 min. kemudian bilas beras nie dengan air biasa dan kukus lagi selama 25 min atau hingga masak
  • kemudian angkat dan tuangkan ke dalam mangkuk besar
  • gaul dengan santan dan campuran halba hingga rata
  • nasi ini hendaklah digaul rata dengan santan tadi hingga berkilat
  • sedia untuk dihidangkan dengan gulai nasi dagang lihat resepi
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin