Pages

31 March 2008

Bun kelapa

Bahan-bahan (20 biji):
500gm tepung roti
240ml air
20gm tepung susu
1 bij telur - dipukul sedikit
80gm lemak sayur (shortening)
100gm gula halus
1/2 camt garam
2 camt yis
1 camt bread improver
1 camt bread softener

Bahan2 inti kelapa:
2 1/2 cawan kelapa parut putih
60gm gula melaka - dipotong kecil2
50gm gula pasir
2 helai daun pandan - disimpul
1/4 cawan air

cara:

1. untuk doh: masukkan semua bahan2 dalam bread maker dan tekan setting doh dan tunggu hingga siap
2. kalau tak ada bread maker, satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemak sayur, gaul rata dan uli selama 10 min. gaulkan dengan lemak sayur sedikit demi sedikit hingga habis sambil diuli lagi dalam 10-15 min atau hingga doh menjadi kenyal, elastik dan tidak melekat ditangan. setelah itu bentukkan doh menjadi bulat dan letakkan di dalam mangkuk yg telah digriskan dan tutup dengan kain basah atau cling film. biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45-1 jam
3. setelah siap (nie utk kedua2 kaedah uli tangan dan bread maker) keluarkan doh dan tumbuk2kan dan uli sekejap dalam 5 min. bahagikan doh kepada 50gm setiap satu dan bentukkan menjadi bola. leperkan dan masukkan 1/2 camb inti dan cantumkan semula menjadi bentuk bola
4. susunkan di dalam loyang yg telah digriskan dan tutupkan. biarkan doh naik sekali lagi dalam 45 min. kemudian bakar pada suhu 180C selama 7-10 min atau hingga permukaan roti keperangan. setelah masak keluarkan roti dan sapukan dengan mentega
5. untuk inti kelapa: masukkan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan di dalam periuk dan masak sehingga gula cair. tapiskan dan biarkan sejuk. kemudian masukkan kelapa parut di dalam kuali dan tuangkan air gula tadi dan gaulkan rata. masak sehingga inti kelapa sedikit kering tapi masih lembap dengan api sederhana

source: mat gebu

29 March 2008

New York cheese cake resepi III

Bahan-bahan:
Bahan2 untuk base:
85ml mentega cair
140gm biskut digestive - blend
1 camb gula

Bahan2 untuk cheese cake filling:
3 x 300gm philadelphia cream cheese
250gm gula kastor
3 camb tepung
1 camt esen vanila
1 biji lemon - parut ambil yang kuning sahaja dalam 2 camt
2 camb jus lemon
3 biji telur + 1 biji kuning telur
284ml soured cream
secubit garam

Bahan2 untuk soured cream topping:
142ml soured cream
1 camb gula kastor
2 camt jus lemon

cara:

1. panaskan oven pada suhu 160C. letakkan parchment paper ke dalam 23cm springform cake tin dan ketepikan
2. untuk base: campurkan mentega cair, gula dan biskut dan gaulkan rata. tekankan adunan tadi ke dalam springform cake tin dan bakar selama 10 min. letakkan tin in the middle shelf of the oven. setelah itu biarkan ianya sejuk dan ketepikan
3. sementara itu naikkan suhu oven pada 200C. pukul cream cheese pada suhu yang rendah hingga creamy selama 2 min. masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul. kemudian masukkan pula tepung dan secubit garam
4. setelah itu masukkan esen vanila, parutan dan jus lemon, pukul lagi. masukkan telur dan telur kuning satu persatu sambil dipukul lagi
5. dengan menggunakan whisk pukul 284ml soured cream dan tuangkan cuma 200ml soured cream tadi ke dalam adunan. pukul lagi tapi jangan over-beat. the batter should be smooth, light and somewhat airy
6. sapukan mentega cair pada tepi tin kek dan lekatkan dengan baking sheet. tuangkan adunan ke atas base yang telah dibakar terlebih dahulu dan bakar selama 10 min. setelah itu turunkan suhu oven pada 110C dan bakar lagi selama 25 min
7. setelah itu turn off the oven dan biarkan pintu oven terbuka sedikit. biarkan cake sejuk di dalam oven sekurang2nya 2 jam
8. sementara itu campurkan lebihan soured cream yang digunakan untuk cheese cake filling tadi dengan 142ml soured cream dengan jus lemon dan gula. pukul sedikit sehingga sebati dan tuangkan ke atas cheese cake. ratakan soured cream topping dan tutup tin kek dengan foil . simpan di dalam fridge sekurang2nya 8 jam atau semalaman
9. pastikan pisau yang digunakan untuk memotong kek sentiasa direndam ke dalam air panas dan lapkan dengan kitchen towel. lakukan untuk setiap potongan kek dan hidangkan

27 March 2008

Mexican chicken fajitas

Bahan-bahan:
4 keping tortilla
200ml susu cair
100ml double cream
300gm cheddar cheese
2 sudu besar minyak zaitun
200gm chicken breast - dipotong panjang
garam dan lada putih secukupnya
4 helai daun bawang - dirampai
1 biji capcisum merah - dipotong panjang (optional kalau suke)

Salsa souce:
2 biji tomato - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
5 sudu besar daun ketumbar - dirampai
5 batang lada hijau - dirampai
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar jus lemon

cara:
  • panaskan oven pada suhu 220C
  • panaskan susu cair, krim dan cheese di dalam mangkuk sehingga cheese cair dan sebati
  • ketepikan
  • sementara itu panaskan minyak zaitun dalam kuali dan masak ayam selama 2-3 min. selepas itu masukkan pula capsicum dan taburkan garam dan lada putih secukup rasa
  • masukkan daun bawang dan masak untuk seminit lagi
  • letakkan tortilla di atas dulang pembakar dan bahagikan isi ayam ke pada 4 bahagian. isi ayam dibungkus rapi dalam tortilla
  • tuangkan sos cheese dan 1 sudu kecil salsa sauce (kalau suke)
  • bakar selama 10 min atau hingga warnanya keperangan. hidangkan bersama2 dengan salsa sauce dan makan sewaktu tortilla masih panas n crispy
  • salsa sauce: gaulkan kesemua bahan2, garam dan jus lemon digunakan mengikut rasa masam atau manisnya tomato

26 March 2008

Ayam roast berempah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 12 dan digoreng dengan 1 sudu makan minyak zaitun untuk mematikan darahnya. angkat dan ketepikan
1 batang serai - dititik
1 biji bawang besar - dihiris
sedikit hirisan daun pudina/daun ketumbar - untuk ditaburkan atas ayam
sedikit minyak canola untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 kisar:
10 biji lada kering - buang biji dan rendam sehingga kembang
20 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 sudu makan ketumbar biji - disangai dahulu
1 sudu teh jintan halus - disangai dahulu
1/2 sudu teh jintan manis - disangai dahulu
1 batang serai - ambil bahagian putihnya sahaja
1/2 jari lengkuas
5 biji kacang gajus

cara:

1. panaskan minyak di dalam kuali. tumis serai sehingga wangi. masukkan hirisan bawang besar dan tumis lagi sehingga bawangnya lembut dan garing sedikit
2. masukkan semua rempah kisar, garam, gula dan kacau sebati. masak sehingga wangi dan sebelum terbit minyak masukkan ayam
3. balik2kan sebentar sehingga ayam bersalut rata dengan rempah
4. kemudian tuang ke dalam dulang pembakar dan bakarlah dengan kepanasan suhu 180C. masak sehingga ayamnya masak dan rempahnya kering. sentiasa balikkan2 ayam supaya kedua2 permukaan masak sekata
5. semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina dan daun ketumbar. enak disajikan dengan nasi dan sebarang roti

note: enak dimakan setelah disimpan semalaman

Sate

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
1 kg kambing/isi ayam/lembu
250gm gula pasir
garam secukup rasa
lidi sate secukupnya

Bahan2 dikisar halus:
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
sejari halia
sejari kunyit hidup
2 batang serai
4 biji bawang putih

Bahan2 B - dibancuh:
1 biji buah keras - ditumbuk
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makan air
1 sudu makan minyak masak

Bahan2 kuah sate:
600gm kacang tanah - digoreng dengan sedikit minyak
60gm asam jawa
240gm gula pasir
2 batang serai - dititik
sejari lengkuas - dititik
minyak untuk menumis

Bahan2 dikisar halus:
30 batang lada kering
3 biji bawang besar
6 biji bawang putih
8 biji buah keras
sejari kunyit hidup
40gm belacan

cara:

1. cara untuk buat sate: daging/ayam/kambing dicuci bersih dan ditoskan. hiris daging/ayam/kambing mengikut cita rasa masing, tetapi setelah dihiris jangan dicuci lagi
2. gaul hirisan daging/ayam/kambing ini dengan rempah kisar, gula dan garam sehingga rata. perap selama 2 - 3 jam atau semalaman supaya rempahnya meresap
3. barulah dicucuk dengan lidi sate. bakar di atas tempat pembakar sate atau atas grill pan. renjiskan dengan Bahan2 B yang telah dibancuh dan bakarlah sehingga garing dan masak
4. hidangkan dengan kuah sate, ketupat/nasi impit, hirisan timun dan bawang besar
5. cara untuk buat kuah sate: kacang tanah dikisar jangan terlalu halus. asam jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis
6. panaskan minyak, tumis rempah kisar sehingga garing dan enak baunya. masukkan serai dan lengkuas. tuangkan air asa dan kacau rata
7. masukkan pula gula pasir dan garam. akhir sekali masukkan kacang tanah dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhana
8. kuah sate ini perlu dikacau selalu supaya dasarnya tidak hangus. masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan
9. kuah sate enak dimakan setelah disimpan semalaman

24 March 2008

Tau fu fah

Bahan-bahan:
300gm kacang soya - direndam selama 5 jam dan air mestilah digantikan sekerap yang mungkin kalau boleh setiap 1 jam
3 liter air
3 camb tepung jagung
3/4 camt gypsum powder
125ml air mendidih

Bahan2 sirap gula putih:
350gm gula pasir
250ml air
2 helai daun pandan - disimpulkan

Bahan2 sirap gula merah:
150gm gula merah
50gm gula pasir
250ml air
2 helai dan pandan - disimpulkan

cara:

1. sejatkan kacang soya dan ramas untuk menanggalkan kulitnya
2. kisar dengan 1 1/4 liter air kemudian tapis menggunakan kain jarang (maslin/kain kasa)
3. perah untuk mengambil patinya. selepas itu kisar semula pati tersebut dengan baki air dan perah sekali lagi
4. satukan air mendidih dengan gypsum powder. biar sejuk kemudian campurkan dengan tepung jagung dan kacau supaya ianya betul2 larut dan sebati. kemudian tapiskan ke dalam bekas/periuk yang besar
5. jerang air soya hingga mendidih. pastikan ia dikacau selalu. bila airnya sedang mendidih, tuangkan cepat2 ke dalam bekas berisi campuran gypsum dan tepung jagung tadi
6. buangkan buih yang timbul di permukaan. bungkus penutup bekas dengan kain tebal kemudian tutuplah bekas kemas2
7. biar selama 1 jam sehingga ianya menjadi keras. hidangkan dengna sirap gula putih atau gula merah
8. untuk bahan2 sirap, jerang semua bahan hingga gula larut kemudian tapiskan

source: puan norzailina nordin

Tahu goreng

Bahan-bahan:
6-8 keping tahu - dicuci bersih dan digoreng
200gm tauge - buang kepala dan ekor
2 biji timun - dicuci bersih dan diparut/dihiris macam mancis
100ml kicap pekat manis
50ml kicap lemak manis
75gm gula tanjung atau gula pasir
10 biji atau lebih limau kasturi - kalau tak ada boleh digantikan dengan asam jawa
300-500gm kacang tanah - digoreng dan ditumbuk kasara
sedikit air masak
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
8 biji cili merah
8 ulas bawang putih
12 biji cili padi

cara:

1. gaul bahan2 kisar dengan kacang tanah
2. masukkan kedua2 jenis kicap, gula, garam, jus limau kasturi dan secukup air
3. bahan2 nie hendaklah dimasukkan sedikit2 terutama sekali gula, garam dan jus limau kasturi. sambal tahu goreng tidak boleh cair. ia harus pekat kerana air tahu adakalanya akan banyak mengalir keluar
4. cara menghidang: tahu yang baru digoreng, dipotong dadu kasar. letak dipinggan dan toskan airnya. hias dengan tauge dan timun. kemudian tuang sambal kacang diatasnya
5. enak dimakan semasa tahunya masih panas

Char kuetiau resepi III


Bahan-bahan (5 org):
500gm kuetiau
300gm udang
200gm kerang atau kepah - direbus
150gm taugeh - dibuang ekor
5 ulas bawang putih - dicincang
1 keping fish cake/fish ball - dihiris nipis
3 biji telur
4 sudu makan bawang goreng
garam secukup rasa
100ml minyak masak

Bahan2 sos (disatukan):
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap cair
1-2 sudu makan cili kisar
1 sudu teh kicap pekat
100ml air

cara:
  • panaskan minyak dalam kuali. goreng bawang putih hingga kekuningan
  • masukkan udang, fish cake dan dikacau rata
  • ketepikan
  • bubuh kuetiau dan kacau cepat2. masukkan bahan2 sos dan digaul sebati
  • kaup bahan gorengan ke tepi
  • pecahkan telur ditengahnya
  • biar selama 1 min sebelum menggaul semuanya sekali
  • bolehlah diletakkan garam sekiranya rasa kurang memuaskan
  • akhir sekali, masukkan kerang/kepah, tauge dan taburkan bawang goreng

22 March 2008

Pasembur resepi II


Bahan-bahan (1 family):
Bahan2 sampingan:
taugeh - dicelurkan dengan air panas
sengkuang - dihiris memanjang macam mancis
timun -dipotong bulat2 dan dihiris memanjang macam mancis
tauhu - digoreng dan dipotong dadu/wedges
ubi kentang - direbus, kupas kulit dan potong dadu
paru - rebus, dihiris, lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit serbuk, goreng

Bahan2 untuk cucur udang:
300gm udang
100gm tepung gandum
20gm tepung beras
1 biji telur
140ml air - nie agak2 supaya adunan tepung tidak terlalu cair
segenggam taugeh - dibuang ekor
2 pokok daun kucai - dipotong 1" panjang
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

cara:
1. satukan kesemua bahan kecuali minyak dan kacau sebati
2. panaskan minyak, ambil sesenduk adunan dan tuangkan ke dalam kuali. goreng terendam hingga kekuningan
3. toskan di atas kitchen towel dan biarkan sejuk. selepas itu bolehlah dipotong dadu besar2

Bahan2 untuk kuah:
250gm keledek - rebus hingga empuk, kupas kulit dan blend hingga lumat
200gm kacang tanah - disanggar, kupas kulit dan blend/tumbuk jangan terlalu halus
5 helai cili kering - goreng sedikit dengan minyak dan tumbuk. kalau blend tak perlu goreng
8-10 biji bawang kecil - tumbuk/blend
4 cawan air asam jawa dari sengenggam asam jawa
1 ketul gula melaka - dihiris halus
2 camb bijan - disangar, ketepikan
4 camb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

cara:
1. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk/blend hingga wangi
2. masukkan keledek dan kacau sebentar. selepas itu masukkan air asam jawa lalu kacau hingga sebati. tutupkan periuk sebentar
3. apabila hampir mendidih, masukkan pula gula melaka dan perasakan dengan garam. jika terlalu pekat, bolehlah ditambahkan air
4. akhir sekali masukkan kacang tanah dan bijan. gaulkan hingga semua bahan sebati. tutup api apabila mendidih
5. bolehlah di tuangkan ke atas bahan2 sampingan dan cucur udang

note: bahan2 untuk kuah nie memang cukup untuk satu family tapi adunan cucur udang hendaklah di tambahkan menjadi dua kali ganda

source: k.nis

21 March 2008

Sugar plait

Bahan-bahan (1 family):
400gm tepung roti
7gm (2 sudu kecil) yis
1 sudu kecil garam - paras rata
50gm mentega - dicairkan
60gm gula
1 biji telur
100ml susu segar suam
110ml air suam

sedikit gula - untuk taburan
1 sudu besar susu segar - untuks sapuan

cara:

1. masukkan semua bahan kecuali gula untuk taburan dan susu untuk sapuan ke dalam bread maker. tekan untuk doh setting dan tunggu sehingga siap
2. untuk kaedah lain - campurkan tepung, yis, garam dan gula ke dalam mangkuk besar. buat lubang ditengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur. gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yang lembut. uli selama 15 min sehingg doh menjadi licin tidak melekat di tangan dan elastic. walaupun doh nie agak melekit pada mulanya, jangan tambah sebarang tepung. bulatkan doh kemudian letakkan ke dalam mangkuk yang telah dilengser dengan sedikit minyak dan tutup dengan cling film. letak ditempat yang suam selama 1 1/2 - 2 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda
3. setelah siap keluarkan doh dan tumbuk2kan untuk keluarkan angin (kaedah nie diguna samada menggunakan bread maker atau uli tangan)
4. kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian A dan B
5. ambil bahagian A bahagi 3 dan gentelkan setiap satu memanjang menjadi saiz bentuk sosej sepanjang 6-8 inci kemudian jalinkan ketiga2nya seperti jalin rambut
6. ulangi untuk bahagian B pula. kemudian masukkan ke dalam loyang yang berlapik dengan kertas minyak atau disapu dengan marjerin/butter
7. kemudian tutup loyang tersebut dengan cling film selama 40 min - 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula
8. panaskan oven pada suhu 190-200C. sapukan doh tadi dengan sedikit susu kemudian taburkan gula ke atasnya dan bakar selama 15 min atau sehingga keperangan. bolehlah ditambahkan lagi masa sekiranya roti tidak begitu perang
9. setelah masak sejukkan di atas wire rack dan tutup dengan kain bersih untuk mendapatkan soft crust

note: sesuai dihidangkan untuk minum petang

20 March 2008

Opor ayam merah

Bahan-bahan (1 family):
1 ekor ayam - dibuang kulit dan segala lemaknya, dipotong 8
1 sudu makan kerisik
1 cawan bawang goreng - ditumbuk halus
1/2 tin tomato puree
2 biji tomato - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dihiris
1/2 biji kelapa - untuk ambil 1-2 cawan santan
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 dikisar halus:
10 tangkai cili kering
3 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
8 hiris halia
3 hiris lengkuas
5 biji bawang merah/kecil

cara:

1. gaul rata ayam dengan rempah kisar. perap sebentar
2. panaskan minyak, tumis bawang hiris sehingga kuning
3. masukkan ayam yang bergaul rempah. balik2kan sebentar
4. kemudian masukkan pula bawang goreng yang telah ditumbuk halus dan tumislah sehingga rata
5. selepas itu masukkan tomato puree, tomato dadu dan kerisik. masak sehingga kering
6. apabila sudah kering, masukkan pula santan, garam dan gula secukup rasa
7. biarkan sehingga naik minyak dan ayam masak
8. sedap di makan dengan sebarang nasi dan roti

note: lauk nie elok masak malam dan dihidangkan keesokkan harinya

19 March 2008

Pandan chiffon cupcakes


Bahan-bahan (6-8 biji bergantung pada size muffin cups):
80gm tepung kek
1/4 camt baking powder
3 biji telur - diasingkan putih & kuning
75gm gula
1/8 camt cream of tartar
30gm santan
1-2 camt pandan emulco - kalau tak ada letakkan 35gm jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau
1 camb minyak jagung
1 camb susu cair (evaporated milk)

cara:

1. panaskan oven pada suhu 175C dan susunkan muffin cups ke dalam muffin mould. ketepikan
2. pukul putih telur bersama2 dengan cream or tartar dan masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi kembang dan creamy macam mayonis (ada bentuk tanduk)
3. kemudian di dalam mangkuk lain pukulkan kuning telur dengan whisk dan tuangkan ke dalam adunan putih telur tadi
4. setelah itu masukkan santan, pandan emulco, susu dan minyak ke dalam adunan tadi sambil dikacau sebati
5. masukkan pula tepung kek yang telah diayakkan bersama2 dengan baking powder sedikit demi sedikit
6. bolehlah di masukkan adunan ke dalam muffin cups dan bakar selama 20 min atau sehingga masak
7. keluarkan dari oven dan sejukkan ke atas wire rack

18 March 2008

Ayam hakimi

Bahan-bahan (1 family):
Bahan2 A:
1 ekor ayam - dipotong 12
2 biji bawang besar - dihiris dan dijadikan bawang goreng, ketepikan
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih

Bahan2 B:
3 biji buah tomato - dipotong dadu
3 biji lada merah - dibelah dua jangan putus
2 sudu besar tomato puree
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar yogurt
5 biji badam - dikisar halus
5 biji gajus - dikisar halus
5 biji buah pelaga - dipecahkan
5 kuntum bunga cengkih
1 jari kulit kayu manis
1/2 cawan daun pudina - dihiris
1/2 cawan daun ketumbar - dihiris
2 cawan air
garam secukup rasa

cara:

1. gaul rata semua bahan2 B dalam mangkuk dan ketepikan
2. panaskan 1/2 cawan minyak bekas menggoreng bawang dan tumiskan pes halia dan pes bawang putih hingga naik aromanya
3. masukkan ayam, kacau rata dan masak sebentar. masukkan bahan2 B dan gaul rata. masak selama 20-30 min
4. setelah itu barulah dimasukkan bawang goreng. kacau rata dan biarkan sehingga ayamnya empuk dan kuahnya pekat
5. kecilkan api dan biarkan sehingga minyaknya naik. perlahan2 keluarkan minyaknya dan buang
6. enak di makan dengan sebarang roti atau nasi

16 March 2008

Chicken tortilla wrap

Bahan-bahan (3-4 org):
6 keping tortilla
2 keping chicken breast
1 biji capsicum merah - dipotong memanjang berukuran 4cm
1 labu bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang halus
sedikit serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
sedikit minyak untuk menumis

Bahan-bahan sampingan:
mayonis atau sour cream kalau suka
daun salad - dipotong ikut suka
timun - dipotong ikut suka
sos tobasco - optional kalau tak letak pun ok

cara:
  • chicken breast dipotong memanjang berukuran 4cm panjang dan 1cm lebar
  • perapkan ayam bersama2 dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk ketumbar
  • panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi
  • masukkan ayam yang telah diperap tadi dan goreng hingga masak
  • akhir sekali masukkan capsicum, kacau seketika dan bolehlah diangkat
  • cara menghidang: ambil tortilla, sapukan dengan sedikit mayonis, letakkan salad, timun, campuran ayam dan sedikit sos tobasco
  • lipatkan tortilla menjadi seperti poket dan sedia untuk dimakan

note: tortilla wrap elok disimpan di dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam fridge kalau tak habis

source: normasri

15 March 2008

Cook the perfect steak

Rare, medium or well-done? Steak to order is not a problem with these helpful tips.

1. Heat a frying pan over medium-high heat before adding the steak (this seals the surface, trapping in juices).
2. Rather than oiling the pan, brush the steak with oil to prevent it sticking.
3. Cook a 2cm-thick piece of steak for 2-3 minutes each side for rare, 4 minutes each side for medium, and 5-6 minutes each side for well-done.
4. Turn the steak only once, otherwise it will dry out. Always use tongs to handle steak as they won't pierce the meat, allowing the juices to escape.
5. To test if your steak is done, press the centre with the back of the tongs. The steak will feel soft if it's rare, slightly firmer and springy when it's medium and very firm when it's well-done.
6. Transfer steak to a plate, cover with foil and set aside for 3-5 minutes to rest. This allows the juices to settle and the muscle fibres to relax, which ensures the steak is tender.

13 March 2008

Pandan chiffon cake resepi II


Bahan-bahan:
Bahan2 A:
6 biji telur kuning
1 camb emulco pandan
150gm santan
1/4 camt garam
4 camb minyak jagung
80gm gula kastor
140gm tepung kek

Bahan2 B:
6 biji telur putih
1/4 camt cream of tartar
100gm gula kastor

cara:

1. griskan tin chiffon dengan mentega dan taburkan sedikit tepung, ketepikan
2. putar bahan2 A hingga sebati
3. dalam mangkuk lain pukul telur putih dengan cream of tartar sambil di masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis. pukul sehingga kental dan gebu
4. kaupbalikkan 1/3 bahagian B ke dalam A hingga rata. kemudian bubuh pula 1/3 lagi dan ulangi hingga habis adunan putih telur tadi
5. masukkan ke dalam tin dan ratakan permukaannya dengan menghentakkan sedikit tin
6. bakar pada suhu 170C selama 40-45 min
7. setelah masak keluarkan tin kek dari oven dan biarkan selama sejuk barulah boleh dipotong

source: aunty yochana

11 March 2008

Mee goreng resepi I

Bahan-bahan (2-3 org):
300gm mee kuning
100gm udang basah
100gm isi ayam - dipotong nipis
100gm sotong - dipotong bulat
100gm taugeh - dibuang ekor
5 tangkai sawi - dipotong
50ml air rebusan ayam
1 biji cili merah - dihiris
tomato & timun - dihiris
60ml minyak masak
garam secukup rasa

Bahan2 sos:
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan kicap pekat

Bahan2 rencah:
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk

cara:
  • panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan2 rencah hingga berbau wangi
  • masukkan ayam, sotong dan kacau hingga ia masak
  • bubuh udang, bahan2 sos, air rebusan ayam dan garam
  • kacau rata-rata
  • kemudian masukkan mee, sawi, taugeh dan cili merah. kacau lagi hingga sawi layu
  • angkat
  • hiaskan dengan timun dan tomato sebelum dihidangkan

note: kalau nakkan mee basah ada kuah lebihkan air rebusan ayam

9 March 2008

Cream scones with strawberry jam


Bahan-bahan (8-10 biji):
340gm tepung
1 camb baking powder
75gm gula kastor
1/2 camt garam
125gm mentega tanpa garam - yang sejuk dan dipotong kiub
150ml double cream
50-75ml susu segar
1/2 camt esen vanila
50gm mentega - dicairkan untuk disapukan ke atas scones
gula kastor - untuk ditaburkan ke atas scones

to serve:
250ml clotted cream atau double cream - dipukul menggunakan whisk sehingga pekat/keras
strawberry jam - atau apa2 perasa pun boleh
gula aising - untuk ditaburkan ke atas scones

cara:
  • ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan masukkan ke dalam mixer fitted with paddle attachment bersama2 dengan garam dan gula
  • kemudian masukkan mentega sejuk. mix lagi. selepas itu masukkan cream yang telah dicampurkan dengan susu dan esen vanila
  • mix lagi tetapi jangan over-mix nanti scones akan menjadi keras. cukup sekadar sebati
  • kalau tak ada paddle attachment boleh digaulkan tepung yg telah diayak bersama2 dengan baking power bersama dengan garam dan gula hingga sebati
  • setelah itu masukkan pula mentega sejuk dan gaulkan rata seperti breadcrumb
  • kemudian tuangkan campuran cream, susu dan esen vanila sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga tidak melekat di tangan
  • taburkan papan canai dengan sedikit tepung dan keluarkan adunan tadi dari mixer
  • leperkan doh dengan tangan jadi bentuk empat segi setebal 2cm
  • biarkan doh tadi rehat selama 10 min. selepas itu potong mengguna round cutter 4-5cm dan susunkan ke atas parchment-lined baking sheet. simpankan di dalam fridge selama 10 min
  • sementara itu panaskan oven pada suhu 200C
  • keluarkan scones dari fridge dan sapukan dengan mentega cair dan taburkan sedikit gula kastor
  • bakar selama 12-15 min atau sehingga keperangan
  • scones bolehlah dihidangkan bersama2 dengan cream, strawberry jam dan taburkan sedikit gula aising

8 March 2008

Masala butter chicken

Bahan-bahan:
1 kg ayam - dipotong kecil
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 1/2 sudu besar serbuk kari ayam
2 sudu besar pes bawang putih
2 sudu besar pes halia
1 1/2 sudu kecil garam
100gm mentega
2 sudu besar minyak
2x4sm kulit kayu manis
6 biji bunga cengkih
6 biji buah pelaga
2 helai daun bay
1 biji bawang besar - dihiris halus
2 biji cili hijau - dibelah tengah jangan sampai terputus
300gm buah tomato - dipotong dadu
200ml susu cair
100ml air
2 sudu besar daun ketumbar - dirampai

cara:

1. gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, garam, serbuk kari, pes bawang putih dan pes halia hingga sebati. perapkan selama 15 min
2. panaskan minyak dan mentega. masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan daun bay. tumis hingga wangi
3. masukkan hirisan bawang besar dan cili hijau. tumis hingga bawang garing. masukkan buah tomato dan tumis hingga lembut
4. masukkan ayam, susu dan air. kacau hingga sebati
5. tutup periuk dan biarkan mendidih. digaul sekali sekala hingga ayam empuk
6. taburkan daun ketumbar dan hidangkan

7 March 2008

Make thin vegie chips

Thin chips made from potatoes, parsnips or sweet potatoes make a tasty garnish or snack. Here's how to thinly slice them before baking or deep-frying.

Method 1: Use a sharp knife to trim the base of the potato. This helps to keep it stable on the work surface. Use the knife to thinly slice.

Method 2: Run a vegetable peeler down the length of the parsnip from root to tip to thinly slice. This also works well for carrots.

Method 3: Use a mandolin to cut vegies, such as sweet potato, into thin slices. Hold the mandolin over a bowl to catch the slices.

6 March 2008

Strawberry cupcakes

Bahan-bahan (12 biji bergantung pada size muffin cases):
2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan susu segar
125gm mentega - dicairkan dan dibiarkan sejuk pada suhu bilik
2 biji telur - dipukul sedikit
1 camt esen vanila
250gm strawberries - potong kecil dan chopped

cara:

1. panaskan oven pada suhu 200C dan susunkan muffin cases ke dalam muffin pan. ketepikan
2. satukan tepung dan gula ke dalam mixing bowl dan gaul rata. buatkan lubang ditengah2
3. sementara itu satukan susu, mentega cair, telur dan esen vanila ke dalam jug dan kacaukan sebati. setelah itu tuangkan ke dalam adunan tepung tadi dan masukkan strawberries. kacaukan adunan sehingga sebati tetapi jangan terlalu overmix nanti cupcakes menjadi keras
4. sudukan adunan ke dalam muffin cases dan bakar selama 12-15 min atau sehingga masak

5 March 2008

Pau resepi II



Bahan-bahan:
500gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil dough softener
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
2 sudu besar shortening (crisco)
250gm air suam

cara:

1. gaul rata semua bahan kecuali air
2. masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis sambil diuli sehingga licin dan tak melekat di tangan
3. tutupkan doh dengan kain lembab dan biarkan naik 2 kali ganda. setelah itu tumbuk2kan doh tadi dan bahagikan menjadi bebola kecil
4. kemudian canaikan dan masukkan inti dan tutupkan semula. letakkan ke atas lapisan kertas yg telah disiap dipotong bulat
5. rehatkan sebentar sehingga naik sekali lagi
6. sementara itu panaskan kukus dan masukkan pau. kukuskan selama 10-12 min atau sehingga masak. pastikan penutup kukus dibalut dengan kain supaya air tidak menitis di atas pau

4 March 2008

Beriani daging resepi I

Bahan-bahan:
1 kg daging
4 sudu besar rempah beriani - dibancuh dengan sedikit air
1 cawan yogurt
3 sudu besar tomato puree
3 biji ubi kentang - dipotong kecil
2 biji buah tomato - dibelah 4
3 biji buah tomato ranum - diblend dengan 2 cawan air
3 biji cili merah - dibelah 2 jangan terputus
2 biji cili hijau - dibelah 2 jangan terputus
2 labu bawang besar - dibelah 4
1 pokok daun ketumbar - dipotong kasar
garam secukup rasa
minyak

Bahan2 tumbuk:
5 ulas bwang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia

Bahan2 tumis:
2cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bung alawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari

cara:

1. daging dipotong kecil dan cuci bersih2. toskan
2. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumis sehingga wangi
3. masukkan bahan tumbuk, daging dan rempah beriani. kacau rata sehingga naik minyak
4. masukkan buah tomato yang telah diblend dan jugak tomato puree. biarkan sehingga lembut
5. masukkan kentang dan yogurt. masakkan sehingga kuah pekat dan naik minyak
6. kemudian masukkan pula tomato buah, cili merah, cili hijau, bawang besar dan daun ketumbar. rasakan garamnya
7. bila dah nampak layu boleh tutupkan api dan hidangkan dengan nasi beriani, nasi putih atau roti

source: k.hanieliza

2 March 2008

Trifle


Bahan-bahan:
1 tin buah2an dalam tin (fruit cocktail) - disejat dan simpan jusnya

Bahan2 kastard:
25gm tepung kastard
400ml susu segar/UHT
2-3 camb gula kaster
1 camt esen vanila

Bahan agar2:
5 gm serbuk agar2 perasa strawberry - atau perasa yg disukai
30gm gula pasir
400ml air

Bahan2 cream:
250ml whipping cream
2-3 camb gula
1/2 camt esen vanila

untuk hiasan:
buah ceri/strawberry

cara:

1. jerang semua bahan agar2 hingga larut. ketepikan dari api, biar suam sedikit (hendaklah dikacau sekali sekala supaya tidak beku). setelah itu disimpan di dalam fridge sehingga beku
2. untuk membuat kastard: larutkan tepung kastard dengan sedikit susu, tapiskan ke dalam periuk. campurkan dengan bahan lain dan kacau atas api sederhana sehingga pekat. ketepikan
3. untuk membuat cream: satukan semua bahan dan pukul sehingga gebu dan kembang. ketepikan
4. cara untuk menghias: ratakan fruit cocktail ke dalam mangkuk kaca yang besar dan titiskan jusnya. sudukan agar2 ke dalam buah dan susun supaya menutupi permukaan. kemudian tuangkan kastard ke atas agar2 beku tadi dan ratakan. hiaskan trifle dengan krim yg telah diisikan ke dalam piping beg dan letakkan buah ceri atau strawberry ke atasnya. simpan ke dalam fridge sekurang2nya 2-4 jam sebelum dihidangkan

note: base boleh jugak diletakkan dengan trifle sponges

1 March 2008

Separate an egg

When making certain dishes, such as mayonnaise and meringues, you have to separate egg yolks from the egg whites. It's a bit tricky (and messy) at first, but once you get the hang of it you'll be eggstatic!

Step 1: Using a single, sharp movement, crack the egg on the side of a bowl, as close to the middle of the shell as possible

Step 2: Hold the egg in both hands and use your thumbs to gently break the shell in half over the bowl. Turn the shells upright and allow the white to fall into the bowl

Step 3: Tilt the shells towards each other and slip the egg yolk from one shell to the other so that any remaining egg white falls into the bowl, taking care not to break the yolk. Continue until only the yolk remains. Tip the yolk into a separate bowl and discard the shells

Note: If you're separating whites for meringues, make sure you don't get any of the yolk in the egg whites as this may prevent them from whisking successfully
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin