Pages

29 February 2008

Mihun goreng belacan

Bahan-bahan (4 org):
200gm mihun - direndam
200gm taugeh - dibuang ekor
3 pokok sawi - dipotong
200gm udang
200gm isi ayam
50ml air
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
1-2 sudu makan kicap manis
3 tangkai daun bawang - dipotong
1 biji cili merah - dihiris
4 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
3 biji cili merah
5-6 biji cili padi - kalau suka pedas lebihkan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan

cara:
  • panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar hingga wangi
  • masukkan udang, isi ayam, sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap dan air
  • kacau sebati
  • bila mendidih, masukkan sawi, taugeh, mihun, cili merah dan garam
  • kacau hingga sebati dan sawi layu
  • angkat dan taburkan daun bawang sebelum disajikan

Pandan muffin

Bahan-bahan (6 biji):
90gm butter
70gm gula
1 biji telur - dipukul sedikit
40ml susu segar
1/2 camt esen vanila
110gm tepung gandum/tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pandan emulco atau pandan paste
cara:

1. panaskan oven pada suhu 180C dan susunkan muffin cup cases ke dalam muffin pan. ketepikan
2. pukul butter sehingga lembut. kemudian masukkan gula dan pukul sehingga putih
3. masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan pukul sehingga semuanya sebati. kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi sehingga sekata
4. masukkan pula tepung yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang-seli dengan susu segar sambil dikacau (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
5. bahagikan adunan kepada dua. ambil satu bahagian adunan masukkan pandan emulco dan kacau sehingg sebati
6. isikan cup muffin dengan kedua2 adunan berselang-seli dan bakar selama 25-30min

source: yani, myr

28 February 2008

Pajeri nenas

Bahan-bahan:
1 biji nenas - dibelah 2 dan dipotong setebal 2cm
1 mangkuk santan pekat
1 paket serbuk kari daging - dibancuh dengan sedikit air panas
1 sudu besar kerisik
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 dihiris/ditumbuk/diblend:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sejemput udang kering - direndam

Bahan2 untuk menumis:
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari

cara:

1. panaskan minyak, masukkan bahan2 penumis dan bahan2 tumbuk masak sehingga terbit baunya
2. masukkan daun kari masak sehingga wangi
3. kemudian masukkan pula serbuk kari, garam dan kerisik. kacau dan masak dengan api perlahan sehingga naik minyak
4. setelah itu bolehlah dimasukkan santan dan gula. bila kuah hampir pekat baru masukkan nenas
5. masak hingga nenas lembut

27 February 2008

Teh tarik



Bahan-bahan:
serbuk teh wangi

susu pekat (condensed milk)
susu segar (fresh milk)
air panas mendidih
sedikit garam
penapis teh - seperti di dalam gambar


cara:
  • rendamkan sudu di dalam air panas bercampur dengan sedikit garam
  • masukkan serbuk teh di dalam bekas tapis teh dan rendamkan dengan air panas mendidih dalam lebih kurang 5 min untuk mendapakan kepekatan teh
  • boleh juga di masakkan teh tadi dengan dicampurkan dengan air dan biarkan ianya mengelegak dan tapiskan tehnya
  • sementara itu di dalam bekas air tuangkan sedikit susu segar dan campurkan dengan susu pekat
  • ini bergantung pada kemanisan atau kurang manisnya teh yang dikehendaki
  • tuangkan sedikit air panas mendidih dan kacaukan supaya susu larut bersama2 dengan air
  • setelah itu campurkan rendaman teh tadi ke dalam bekas air yang bercampur dengan susu dan kacaukan dengan menggunakan sudu yang telah direndamkan tadi
  • bolehlah di tuangkan ke dalam cawan sambil ditarik untuk mendapatkan buih

26 February 2008

Tiramisu



Bahan-bahan:
1 1/2 camt instant/strong black coffee
175ml air mendidih
150ml jus oren
3 biji telur - asingkan putih dan kuning
1/3 cawan gula kastor
250gm keju mascarpone
300ml thickened cream - lightly whipped
1 large packet of sponge fingers
serbuk koko untuk ditaburkan atas tiramisu
cara:

1. larutkan kopi dengan air dan satukan dengan jus oren. ketepikan
2. pukul telur kuning telur dan gula di dalam mixing bowl sehingga gebu
3. masukkan keju mascarpone dan cream, pukul lagi sehingga sebati. ketepikan
4. di dalam mangkuk lain pukul putih telur sehingga gebu dan kaup balikkan ke dalam adunan keju tadi dan kacau sebati
5. ambil satu persatu sponge fingers dan celupkan sekejap ke dalam campuran kopi tadi dan susunkan ke dalam ceramic dish
6. setelah siap taburkan 1/3 campuran keju di atasnya dan ulangi lagi proses no. 5 dan 6 sehingga habis
7. kemudian tutupkan ceramic dish tadi dengan cling film dan simpan di dalam fridge sekurang2nya 4 jam atau lebih sebelum boleh dipotong
8. taburkan sedikit serbuk koko di atas tiramisu sebelum dihidangkan

note: kalau nak pastikan potong tiramisu cantik pastikan pisau yg digunakan direndam dulu dengan air panas dan lapkan, setelah itu baru potong. ulangi proses ini untuk setiap potongan tiramisu

25 February 2008

Kari ayam bombay


Bahan-bahan (1 family):
Bahan2 A:
3 biji bawang besar - dikisar
1 camt pes halia & pes bawang putih
4/5 camb rempah kari daging
4 biji lada hijau - dibelah memanjang jgn putus
2 biji tomato buah - didadu
1 genggam daun pudina yang segar
5 cm kayu manis
5 biji buah pelaga
2 cawan air
1/2 cawan minyak canola

Bahan2 B:
1 ekor ayam - potong 8/10 buang kulit, cuci bersih & toskan
2 biji kentang atau lebih jika suka
1 batang karot - potong ikut suka
1/2 cawan yogurt
garam secukup rasa
sedikit air jika perlu

cara:

1. masukkan semua bahan2 A ke dalam periuk & gaul rata

2. tutup periuk dan masak dengan api sederhana hingga buah tomato kembang dan naik minyak

3. gaul rata lagi lalu masukkan ayam, karot, kentang dan garam. kacau perlahan hingga semua bahan sebati dengan kuah

4. setelah ayam, karot dan kentang 1/2 empuk, masukkan yogurt dan gaul lagi

5. renihkan hingga ayam, karot dan kentang benar2 empuk dan tampak naik minyak

6. matikan api, keluarkan minyak yg berlandung dari kuah, jika ada dan taburkan daun ketumbar dan bawang goreng

note: resepi nie kena ada minyak canola kalau guna minyak masak biasa nanti tak menendang kari ayam bombay nie. sedap dimakan bersama2 dengan nasi putih, roti naan, roti canai dan semakin sedap kalau disimpan semalaman

source: k.nis

24 February 2008

Bun pandan resepi I

Bahan-bahan (16 biji):
400gm tepung roti (strong white bread flour)
2 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
50gm mentega - dicairkan & pada suhu bilik
70-80gm gula
1 biji telur
100ml susu segar suam
110ml air pandan suam - boleh dicampurkan dengan sedikit pandan paste supaya colour hijau lagi cantik

1 sudu kecil mentega cair - untuk sapuan atas roti
1 sudu besar susu segar - untuk sapuan atas roti

cara:

1. campurkan tepung, yis, garam dan gula ke dalam mangkuk besar
2. buat lubang ditengah2nya, tuangkan mentega, susu, air pandan dan telur
3. gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yang lembut. uli selama 15 min sehingga doh menjadi licin tidak melekat dijari dan elastik (walaupun doh nie agak melekit pada mulanya jangan tambah sebarang tepung)
4. bulatkan doh kemudian letakkan ke dalam mangkuk yang telah dilengser dengan sedikit minyak dan tutup dengan cling film
5. letak ditempat yang suam selama 1 1/2 - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda
6. ataupun boleh letakkan kesemua bahan2 kecuali untuk sapuan atas roti ke dalam bread maker dan tekan setting untuk doh dan tunggu doh siap
7. setelah itu tumbuk2kan doh tadi supaya keluar angin selama 1 min. kemudian bahagikan doh tersebut kepada beberapa bahagian seberat 50-60gm setiap bahagian. selepas itu bulat2kan dan susu dalam loyang yang dilapik dengan kertas minyak atau disapu marjering. jarakkan antara satu sama lain jangan terlampau jauh supaya bila kembang doh akan bercantum sesama sendiri. kalau boleh guna tin kek bentuk 4 segi yang agak tinggi sedikit
8. kemudian tutup loyang tersebut dengan cling film selama 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula
9. panaskan oven pada suhu 190-200C dan sapukan roti dengan susu kemudian bakar selama 15-20 min atau sehingga keperangan
10. keluarkan dari oven dan sapukan pula mentega cair ke atas roti dan biarkan ianya sejuk di atas redai besi dan tutup dengan kain bersih untuk mendapatkan soft crust

source: noormasri

23 February 2008

Old fashioned chocolate cake



Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung
1 cawan superfine sugar
1 camt baking powder
1/2 camt soda bikarbonat
1/3 cawan serbuk koko
1 1/2 sticks (1 1/2 cawan) unsalted butter - suhu bilik
2 biji telur saiz besar
2 camt esen vanila
2/3 cawan sour cream

frosting:
6 oz (170gm) semisweet chocolate - broken into small pieces
3/4 stic (85gm) unsalted butter - suhu bilik
2 1/2 cawan gula aising
1 camb light corn syrup or golden syrup
1/2 cawan sour cream
1 camt esen vanila

cara:

1. panaskan oven pada suhu 180C. setelah itu griskan 2 tin kek size 8" dan taburkan sedikit tepung dan ratakan permukaannya supaya kek tidak melekat apabila dikeluarkan
2. masukkan tepung, gula, baking powder, soda bikarbonat, serbuk kok, mentega, telur, esen vanila dan sour cream ke dalam food processor dan blend kesemuanya sehingga sebati. jangan terlalu lama sebab kalau over mix kek akan menjadi kering tak berapa moist
3. setelah tuangkan adunan tadi ke dalam 2 tin kek dan hentakkan sedikit tin sebelum dibakar selama 25-35min atau sehingga masak
4. keluarkan kek dan letakkan di atas wire rack dan biarkan sejuk sekurang2nya dalam 10 min sebelum dikeluarkan dari tin
5. untuk membuat frosting: cairkan chocolate dan mentega dengan menggunakan kaedah double boiler atau masukkan ke dalam microwave. biarkan sejuk pada suhu bilik
6. ayakkan gula aising ke dalam mangkuk dan ketepikan. satukan corn/golden syrup, sour cream dan esen vanila ke dalam mangkuk lain dan gaulkan sekata. setelah itu masukkan gula aising tadi dan gaulkan sebati. pastikan frosting tidak cair dan bila diangkat ianya tidak mudah jatuh
7. letakkan satu keping kek di atas 4 parchment paper yang telah disusun di atas pinggan. kemudian sapukan 1/3 frosting ke atas kek tadi dengan menggunakan pallette knife atau spatula sehingga menutupi kesemua bahagian. setelah itu letakkan satu keping lagi kek ke atas kek yang pertama dan sapukan lagi frosting sehingga habis. apabila kesemua bahagian kek telah disapukan dengan frosting biarkan seketika sebelum ditarik keluar parchment paper tadi
8. bolehlah dipotong kek tadi dan hidangkan

source: by nigella lawson

Fold ingredient

Learn how to fold with these simple step-by-step instructions.

Step 1: Folding is designed to combine ingredients without knocking air out of the mixture. Start by selecting the utensils you need. Rubber spatulas and large metal spoons are ideal.

Step 2: Add the lighter mixture (such as beaten eggwhites or cream) to the heavier mixture (such as chocolate). Make sure the heavier mixture comes no further than halfway up the mixing bowl to allow plenty of room for folding in the lighter mixture.

Step 3: In a single action, run the spatula or spoon around the side, then along the base, of the bowl. Now fold the mixture over onto itself. Rotate the bowl 90°. Repeat until just combined.

21 February 2008

Sardine rolls


Bahan-bahan (16 ketul):
Bahan2 doh:
400gm tepung roti (strong white bread flour)
7gm (2 sudu kecil) yis kering
1 sudu kecil garam - paras rata
50gm mentega - dicairkan dan biarkan pada suhu bilik
2 sudu besar gula
1 biji telur
100ml susu segar suam
110ml air suam

1 biji telur - dipukul sedikit untuk disapukan ke atas roti
1 sudu kecil mentega cair - untuk disapukan ke atas roti

Bahan-bahan inti:
1 tin sardin - dilenyekkan
1 labu bawang besar - dipotong dadu/chopped
1-2 biji ubi kentang - dipotong dadu kemudian dicelur hingga empuk
1 sudu kecil serbuk cili atau mengikut tahap kepedasan yg disukai
1 susu besar minyak
garam secukup rasa

cara:

1. untuk membuat inti: panaskan minyak, tumiskan bawang sehingga layu dan wangi. masukkan serbuk cili goreng sebentar dan masukkan pula sardin. apabila hampir kering, masukkan kentang dan garam secukup rasa. kacau sekata kemudian sejukkan dan ketepikan
2. untuk membuat doh: campurkan tepung, yis, garam dan gula ke dalam mangkuk besar. buat lubang ditengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur. gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yang lembut
3. uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin (tidak melekat dijari) dan elastic. bulatkan doh kemudian letakkan ke dalam mangkuk yang telah dilenserkan dengan sedikit minyak dan tutup dengan cling film
4. letak di tempat yg suam selama 1 1/2 - 2 jam sehingg doh mengembang 2 kali ganda. kalau mengunakan breadmaker, masukkan kesemua bahan2 dan tekan setting doh. tunggu hingga siap. setelah itu keluarkan dan tumbuk2kan doh supaya keluar angin
5. kemudian canaikan doh menjadi bentuk segiempat dengan ketebalan 1.5cm. potong 2 (tengah2) kemudian potong jadi bentuk segitiga

6. ambil satu bahagian segitiga kemudian canai supaya menjadi nipis serta lebar di atas dan tirus di bawah. ambil inti letakkan di bahagian yang lebar kemudian gulung doh tersebut kemas2 sehingga penghujung. ulangi sehingga habis doh
7. susun di dalam loyang yang telah disapu minyak. pastikan masih ada ruang antara setiap doh untuk mengembang. kemudian tutup loyang tersebut dengan cling film selama 40 min - 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula
8. panaskan oven pada suhu 190C, bakar selama 12 min kemudian keluarkan sapu dengan telur permukaannya kemudian masukkan semula dalam oven selama 4-5 min atau sehingga keperangan
9. angkat dan sapukan dengan mentaga cair. sejukkan atas redai besi dan tutup dengan kain bersih (untuk mendapatkan soft crust)

note: filling boleh jugak digantikan dengan sosej, tuna, cream cheese

source: noormasri

20 February 2008

Mee rebus resepi I

Bahan-bahan:
500gm keledek - direbus & dilecek
450gm daging
air untuk merebus secukupnya
4 sudu makan minyak
2 sudu makan tepung jagung dicampur dengan
3 sudu makan air
garam & gula secukup rasa

Bahan2 sampingan:
600gm mi kuning - dicelur
400gm taugeh - dibuang ekor & dicelur
5 biji telur - direbus & dibelah 2
3 keping tauhu - dihiris dadu & digoreng
3 tangkai daun ketumbar - dihiris
6 biji cili hijau - dihiris
10 ulas bawang merah/kecil - dihiris & digoreng untuk dijadikan bawang goreng
10 biji limau kasturi - dibelah 2 (optional pada yg susah utk mendapatnya)

Bahan2 rempah dikisar halus:
15 tangkai cili kering = direndam
4 biji buah keras
3cm lengkuas
2.5cm halia
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sudu makan taucu
2 sudu makan udang kering - direndam
1 sudu teh serbuk lada hitam

cara:
  • rebus daging dan air
  • bila daging empuk, ketepikan
  • sejukkan dah dihiris halus
  • masukkan daging ke dalam air rebusannya
  • tambah air hingga menjadi 2 liter
  • panaskan minyak dan tumis bahan2 rempah sampai berbau
  • tuangkan air rebusan dan keledek
  • kacau hingga menggelegak
  • bubuh bancuhan tepung jagung dan kacau hingga pekat
  • tambah garam dan gula pasir
  • apabila mendidih, tutupkan api
  • sajikan mi dan bahan sampingan bersama2 kuahnya

source: puan norzailina nordin

Keep asparagus crisp


Asparagus is at its best in spring and early summer, so here's a simple tip for keeping it fresh for longer.
Stand the spears upright in a glass containing 1-2cm of water, cover with a plastic bag and store in the fridge. If space is an issue, wrap the spears in a clean, damp tea towel and store in the crisper section of the fridge. This way your asparagus spears will stay crisp for up to three days.
Before using, snap or cut off the woody ends, then steam, boil, stir-fry or bake asparagus for 3-4 minutes or until bright green and tender crisp.

19 February 2008

Chocolate chip cookies resepi II


Bahan-bahan (4 dozen - 3" round cookies):
226gm mentega tanpa garam - pada suhu bilik
150gm granulated sugar
160gm gula perang
2 biji telur
1 1/2 camt esen vanila
315gm tepung
1 camt soda bikarbonat
1/2 camt garam
270gm chocolate chips
100gm walnuts/hazelnut/pecans - cincang (optional)

cara:
  • panaskan oven pada suhu 190C dan letakkan parchment paper di atas baking tray
  • ketepikan
  • pukul mentega dengan electric mixer dan masukkan pula gula dan gula perang sambil dipukul lagi sehingga menjadi kembang
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul sebati
  • kemudian masukkan pula esen vanila dan pukul lagi hingga sebati
  • setelah itu drop about 2 tablespoons of dough atas parchment papers dan bakar selama 12-14 min atau sehingga keperangan

18 February 2008

Hull strawberries


The hull or calyx is the green leafy top of the strawberry, which is generally removed before cooking or serving.

Step 1: Angle a small sharp knife and cut, in a circular motion, around the green leafy top of the strawberry and into the pale flesh directly underneath

Step 2: Remove the hull and discard. Wash strawberries thoroughly under cold running water before using

Mini party buns



Bahan-bahan:
500gm tepung roti
10gm yis
1 camt garam
80gm gula
20gm susu tepung
280gm air sejuk
50gm telur - dalam 1 biji size kecil
50gm mentega

filling (mix together):
150gm mentega
100gm raisins

topping:
almond nibs
sunflower seeds
pumpkin seeds
chocolate rice
poppy seeds

cara:

1. masukkan kesemua bahan2 kecuali mentega di dalam mangkuk dan pukul/uli sehingga menjadi bentuk doh dalam sekurang2nya 10 min. masukkan pula mentega dan pukul lagi dalam 5 min sehingga doh menjadi kental dan tidak melekat di tangan. boleh jugak masukkan kesemua bahan2 ke dalam breadmaker dan tekan setting utk doh. tunggu sehingga siap. keluarkan dan tumbuk2kan doh supaya keluarkan angin. setelah itu ikut step no. 3 hingga habis

2. setelah siap bentukkan menjadi bulat dan letak di dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembab atau dengan cling flim sehingga ianya naik dua kali ganda dalam sekurang2nya 45 min atau tambahkan lagi 10 min jika doh tak berapa naik

3. potong doh kepada setiap satu seberat 30gm dan bentukkan menjadi bulat dan rehatkan selama 10 mins. setelah itu leperkan setiap doh di atas tangan dan letakkan filling dan tutupkan semula menjadi bentuk bola. susunkan ke atas baking tray and leaving space about a finger's width apart

4. kemudian biarkan doh naik sekali lagi dan setelah itu sapukan dengan telur yg telah dipukul sedikit dan taburkan topping di atasnya

5. bakar pada suhu 190C selama 10-15 min atau sehingga bahagian atas menjadi keperangan. biarkan sejuk di atas cooling rack sebelum dihidangkan

source: yochana

17 February 2008

Kerisik perantauan


1. goreng dessicated coconut (kelapa kering) hingga keperangan tanpa menggunakan minyak tapi jangan pulak sampai hangus

2. kelapa goreng tu hendaklah sentiasa dikacau supaya warnanya sekata

3. selepas itu bolehlah diblend sehingga mengeluarkan minyak dan simpan di dalam bekas kedap udara

16 February 2008

Pretzels


Bahan-bahan:
0.25 oz (1 1/2 camt) yis
2 camb gula perang
1 1/8 camt garam
1 1/2 cawan air suam
3 cawan tepung
1 cawan tepung roti
2 cawan air suam
2 camb soda bikarbonat
2 camb mentega - cairkan

coating:
sesame seed
cinnamon sugar - gula kastor + serbuk kulit kayu manis
garlic salt
coarse salt
toasted almond

cara:
  • di dalam mangkuk yang besar, satukan yis, gula perang dan garam di dalam 1 1/2 cawan air suam dan kacau sehingga semuanya benar2 larut.
  • masukkan pula kedua2 tepung dan kacau rata.
  • bolehlah diuli adunan tadi sehingga menjadi kental dan tidak melekat di tangan.
  • setelah itu letakkan doh tadi ke dalam mangkuk yg telah digris dan tutup dengan kain lembab atau cling film sehingga naik dua kali ganda sekurang2nya 1 jam.
  • boleh juga di masukkan 6 bahan pertama ke dalam breadmaker dan tekan setting untuk doh. setelah itu keluarkan dan tumbuk2kan doh untuk keluarkan angin
  • sementara itu campurkan soda bikarbonat dengan 2 cawan air suam ke dalam square pan dan kacau sehingga larut.
  • ketepikan
  • setelah doh siap potong kepada 12 dan rollkan setiap satu sepanjang 1/2" x 36" (lebih kurang size jari).
  • shape dough strip into a "U" on the counter. cross the ends, then cross them again.
  • connects the end to the bottom of the "U" about 2" apart.
  • kemudian celupkan pretzel tadi ke dalam air soda bikarbonat dan letakkan ke atas baking tray yang telah di alaskan dengan parchment paper.
  • biarkan ianya naik selama 15 - 20 minit sebelum dibakar pada suhu 230C selama 8 - 10 min atau sehingga keperangan
  • sapukan pretzel yang telah dibakar tadi dengan mentega cair dan bolehlah ditaburkan dengan cinnamon sugar, sesame seeds, garlic salt, toasted almond atau course salt


Cut mango cheeks

Love mango but don’t like wearing it? Follow these steps and you can enjoy this juicy fruit without getting sticky.

Step 1: Hold the mango in a vertical position and use a small sharp knife to cut down either side of the stone to remove the "cheeks".

Step 2: Hold a mango cheek, skin-side down, in the palm of your hand and use a small sharp knife to cut the flesh in a diamond pattern (taking care not to cut all the way through).

Step 3: Turn the cheek inside out and cut the cubes from the skin. Repeat with the remaining cheek and use as required.

15 February 2008

Tomyam ayam

Bahan-bahan:
Bahan A:
500gm ayam - dipotong kecil
1 batang karot - dipotong bulat atau pendek
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 batang serai - diketuk
8 biji cili padi - diketuk
2 cm lengkuas - diketuk
1 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery - potong kecil
3 helai daun limau purut - dikoyak2kan
air & garam secukupnya

Bahan B:
100gm bung kobis
2 biji tomato - dibelah 4
2 biji limau nipis - ambil jus
1 pokok daun ketumbar - cincang

cara:

1. masukkan semua bahan A dan renehkan sampai lembut
2. kemudian masukkan pula bunga kobis dan buah tomato. biarkan mendidih dan tutup api
3. setelah itu masukkan air limau nipis dan daun ketumbar
4. bolehlah dihidangkan bersama2 dengan nasi putih

note: balance kuah tomyam jangan dibuang bolehlah dimakan dengan mihun

source: k.liza

14 February 2008

Remove orange zest



Sometimes beauty is only skin deep – the zest of one orange can add pizazz to everything from cakes to cocktails.

Step 1: Using a vegetable peeler or a small sharp paring knife, remove the rind and white pith from the orange.

Step 2: Carefully slide the paring knife between the rind and the pith to separate. Discard pith. (It's best to remove the pith as it can taste quite bitter.)

Step 3: Slice the rind into long, thin strips and use as desired.Step 4: Alternatively, run a citrus zester down the length of the orange, removing the rind in long, thin strips. (Citrus zesters are available from specialty kitchen stores.)

Juicy citrus facts & tips

1. Orange zest can be frozen for up to six months. Seal in a plastic bag and store in the freezer.

2. You should be able to obtain three to four teaspoons of grated zest from one medium-sized orange (slightly more if the zest is cut into thin strips).

3. Orange zest not only adds flavour to dishes, it also makes a pretty decoration. Candied zest (which has been boiled in sugar syrup, then spread out to dry) is great sprinkled over cakes and muffins, while fresh zest looks nice floating in a fruit punch or cocktail.

4. Orange peel is also used to make fragrances and liqueurs (such as Cointreau).

5. One orange will supply you with enough vitamin C to last two-and-a-half days.

6. Orange peel and pith are rich sources of pectin (a soluble fibre that scientists believe helps lower cholesterol) and flavonoids (potent anti-oxidants). Pectin is also what makes jam jell. This is why orange marmalade sets so well and a thickening agent may need to be added to preserves made from other fruits.

Tags

depa nie mmg jeles tul taw ngan den nie ... dah ler busy giler ngan keje umah yg never ending story laei kasi homework yg panjang berjele2 tu ... si shamen nie mmg taw saje nak dere den tapi tak apo lah kekadang2 asyik update resepi je nak jugak kita masuk ruangan membaca ... tu bace je jangan lak dok kutuk2 den taw apa2 yg ditulis di sini tidak ada kene mengena pada yg mati atau yg idup cume kene pada den sorang je ahak

1. Name one person who made you laugh last night? den lotakkan date 13 Feb
sapo laei kalau tak si mak daro tu hah sampai pocah2 perut siap nangis2 laei

2. What were you doing at 0800?
was making a cuppa tea ...

3. What were you doing 30 minutes ago?
solat...

4. What happened to you in 2006?
so many nice and bad things ...

5. What was the last thing you said out loud?
sorry totally can't remember ...

6. How many beverages did you have today?
2 ...

7.What color is your hairbrush?
black ...

8. What was the last thing you paid for?
groceries at morrison ...

9. Where were you last night?
at home ...

10. What color is your front door?
brownish ...

11. Where do you keep your change?
inside my LV wallet ...

12. What's the weather like today?
very gloomy ...

13. What's the best ice-cream flavor?
vanilla ...

14. What excites you?
be with my family in msia ...

15. Do you want to cut your hair
nope at the moment as I wanted to keep it long ...

16. Are you over the age of 25?
yep ...

17. Do you talk a lot?
depends on the situation and a person ...

18. Do you watch the O.C?
yes ...

19. Do you know anyone named Steven?
yes my HR director ...

20. Do you make up your own words?
sometimes if I have too ...

21. Are you a jealous person?
not really ...

22. Name a friend whose name starts with the letter ' A '?
adnan (mat gebu) ...

23. Name a friend whose name stars with the letter ' K '?
kay culley ...

24. Who's the first person on your received call list?
if today (14 feb) it was my landlady ...

25. What does the last text message your received say?
please let me know how you get on with the plumber, audrey ...

26. Do you chew on your straw?
nope ...

27. Do you have curly hair?
nope ...

28. Where's the next place you're going to?
if today nowhere ...

29. Who's the rudest person in life?
can't remember ...

30. What was the last thing you ate?
hotdog bread ...

31. Will you get married in the future?
never thought about it ...

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
haven't watched any movies at all ...

33. Is there anyone you like right now?
of course my hubby ...

34. When was the last time you did the last wishes?
during my solat (asar) ...

35. Are you currently depressed?
not depressed but homesick ...

36. Did you cry today?
nope ...

37. Why did you answer and post ni?
sebab suke2

kene tag dari hani ngan k.e memang dah lame cume mase je begitu jeles ngan den tu pasai projek nie asyik tertangguh je ....

5 things in my beg :-
- keys
- wallet
- mobile phone
- office badge
- lip balm

5 things in my wallet :-
- money
- llyods debit card
- hsbc debit card
- driving license
- AA breakdown card

5 thing i wish to do :-
- menambahkan lagi amal ibadat
- mengerjakan haji bersama2 asben
- travel
- move back to msia
- do charity works

5 things that i am doing now :-
- dok melanguk depan pc nak menghabihkan homework nie karang kene rotan sapa yg susah den gak
- tongah donga lagu2 yg download semalam
- tongah dok pikir apo laei nak lotak nie
- tongah dok blur n blank
- dok tongah menari cam lamo tak buek kojo nie

Prepare a capsicum

Here's the best way to prepare strips of capsicum for stir-fries, salads and many other dishes.

Step 1: Use a sharp knife to remove the top and base of the capsicum then stand it upright on the work surface

Step 2: Cut down the length of the capsicum to open. Remove the central seeds and membrane. Cut into wedges

Step 3: Place the capsicum, cut-side up, on a work surface. Cut along the inside to remove the remaining membrane

13 February 2008

Hotdog bread

Bahan-bahan (6 biji):
160ml air
250gm tepung roti
14gm (1 1/2 sudu besar) gula
4gm (1 sudu kecil) garam
8gm (1 sudu besar) lemak sayur
2.4gm (3/4 sudu kecil) yis
16gm (3 sudu besar) susu tepung

cara:

1. masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker dan tekan dough setting. biarkan sehingga siap
2. bila dah siap keluarkan dan tumbuk2kan doh untuk keluarkan angin. kemudian bahagian doh kepada 6 bahagian dan buatkan bentuk bulat untuk setiap satu. rehatkan sekejap selama 15 min
3. selepas itu buatlah bentuk panjang seperti bentuk hotdog bread lebih kurang 13 cm
4. setelah itu biarkan roti naik dua kali ganda selama 45 min dengan cara menutupkannya dengan cling flim atau kain lembab dan simpan di dalam oven dengan meletakkan 2 cawan air panas. jangan on kan oven. atau boleh juga di masukkan dalam oven dengan suhu 30C selaam 50 min
5. kemudian bakar pada suhu 180C selama 10-12 min atau sehingga roti kelihatan perang

source: yani, myr

Make smooth and creamy mash

The perfect mash is smooth and creamy with a fluffy finish and no lumps. Here's how to achieve a perfect result.

Step 1: Drain cooked potatoes and return to the pan over medium heat. Stir until the potato is floury and all the moisture has evaporated

Step 2: Use a potato masher to mash until almost smooth, then use the back of a spoon to press the mash through a fine sieve into a bowl

Step 3: Return the mash to the pan over medium heat. Add butter and hot milk, and stir with a wooden spoon until smooth and creamy

12 February 2008

Vanilla cupcakes with lemon icing

tadi cam buntu je pale otak tak taw nak baking ape untuk bawak bekal pi opis esok. mula2 nak buat roti tapi nengok susu tepung lak dah abis lepas tu cam maleh je nak pi tesco malam2 nie. bila bukak je frige cam cak hah sudah nampak lemon so ape laei cepat2 ler pi bukak kitab ajaib yang dah semakin menebal ... sebenarnya pale den nie dari tadi kat opis dah denyut2 tapi cam kesian lak kat peminat2 kat luar sane tu yg tertunggu resepi2 den yg seterusnya

preparation time: 20mins
cooking time: 20 mins

Bahan-bahan (12 biji seperti size di dalam gambar):
125gm mentega - lembutkan jangan lak guna yg keras berdentum kalau boleh biar pada suhu bilik
155gm (3/4 cawan) gula kastor
3 biji telur
1 camt esen vanilla
100gm (1 cawan) almond meal (serbuk almond)
200gm (1 1/3 cawan) susu

lemon icing:
195gm (1 1/4 cawan) gula aising
1 - 1 1/2 camb fresh jus lemon - kalau guna yg dalam botol tak berapa nak menendang pinjam jap peberet word mak daro
2-3 titis pewarna kuning - ape2 warna pun boleh kalau nak buat rainbow pun tak ado sapo nak marah

cara:

1. cam biasa panaskan dulu oven pada suhu 200C atau 180C bergantung pada oven masing2. selepas itu susunkan paper cases ke dalam muffin pan dan ketepikan
2. dengan menggunakan electric beater pukul kan mentega dan gula sehingga kembang dan ringan. setelah itu masukkan pula telur satu persatu sambil dipukul rata. masukkan pula esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati
3. kemudian masukkan almond meal, tepung dan susu berselang seli sambil dikacau dengan menggunakan spatula. tuangkan adunan ke dalam muffin pan dan bakar selama 18-20 min atau sehingga masak. keluarkan dari oven dan biarkan di dalam muffin pan sehingga sejuk
4. untuk membuat lemon icing: ayakkan gula aising di dalam mangkuk adunan dan masukkan jus lemon dan kacaukan sebati sehingga terjadinya paste. sapukan lemon icing ke atas cupcakes dan hidangkan

note: pastikan cupcakes benar2 sejuk sebelum disapukan dengan lemon icing. cupcakes boleh bertahan selama 4 hari jika disimpan di dalam bekas kedap udara

11 February 2008

Sweet bun

Bahan-bahan:
Bahan A:

500gm tepung roti (hi-protein)
30gm susu tepung
80gm gula
11gm serbuk yis (1 paket kalau guna yis mauripan)
1 camt pelembut roti - kalau tak ada pun ok jugak
1 biji telur
1/2 camt garam

Bahan B:
250ml air
80gm mentega/marjerin

Bahan C:
Inti kacang merah - kalau maleh beli je yg paste punya dlm tin
Sosej
Inti cream cheese - 200gm cream cheese + 100gm gula aising, pukul kedua2nya sehingga menjadi macam krim atau mayonis dan simpan di dalam fridge sementara tunggu doh siap

cara:

1. masukkan semua bahan A dan gaulkan rata. kemudian campurkan bahan B dan gaulkan sebati
2. keluarkan dari mangkuk dan ulikan di atas papan pencanai. uli selama 10-15 minit. uli sehingga tak melekat di tangan
3. bila dah siap, masukkan semula ke dalam mangkuk. tutupkan dengan plastik wrap atau kain basah dan biar naik 2 kali ganda lebih kurang 20 minit
4. "Finger test". celup jari ke dalam tepung. kemudian tekan pada roti untuk uji sama ada naik ke tidak. bila nampak lubang maknanya doh dah naik
5. tumbuk roti untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kepada 8 dengan setiap satu adunan dalam 50gm. kemudian buat bulat2. tutup rapat-rapat pada bahagian bawah dan rehatkan 10 minit
6. selepas itu ambik sebiji roti, leperkan di atas tapak tangan dan isikan inti. kemudian buat bentuk bulat semula. penaikkan saiz roti sekali ganda atau 10-15min
7. sapukan roti dengan kuning telur dan bakar pada suhu 200C selama 12-15 min

note: kalau ada breadmaker masukkan kesemua bahan2 dan tekan setting doh. selepas siap keluarkan doh dan tumbuk2kan untuk keluarkan angin. dan ikuti proses seterusnya seperti di atas dari no. 5 ke bawah

source: k.liza

Dice an onion

Simple cutting techniques, and a large sharp knife, make this everyday task a breeze.

Step 1: Cut onion in half lengthways from bulb end to tip. Remove papery skin, leaving bulb intact.

Step 2: Using the tip of a knife, cut onion lengthways into even slices, leaving slices attached to bulb.

Step 3: Holding the onion securely, carefully cut horizontally from tip to bulb (but not all the way through).
Step 4: Cut onion crossways into thin slices for small dice. For larger dice, cut thicker slices. Discard bulb.

10 February 2008

Chocolate marble cake

another version of marble cake

Bahan-bahan:
2/3 cawan (170gm) mentega tanpa garam
2 cawan granulated sugar
4 biji telur - dipukul sedikit
3 cawan tepung - ayak
4 camt baking powder
1/2 camt garam
1 cawan susu
1 oz/ unsweetened chocolate, cairkan - boleh subsitute ngan 3 camb serbuk koko + 1 camb mentega atau minyak
1 camt esen vanila
1 camb ovalette - dalam resepi asal tak ada tapi boleh letak utk lembutkan laei kek

cara:

1. panaskan oven pada suhu 180C. griskan 10" bundt or tube pan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung supaya tidak melekat
2. pukul mentega dan gula hingga kembang dan ringan. masukkan pula ovalette, pukul rata. setelah itu masukkan pula telur dan pukul lagi
3. masukkan pula tepung yg telah diayak bersama2 dengan baking powder dan garam diselang selikan dengan susu
4. ambil 1/3 adunan tadi dan dicampurkan dengan chocolate dan gaulkan sebati
5. masukkan esen vanila ke dalam adunan biasa dan kacau rata
6. setelah itu tuangkan adunan biasa dan aduanan chocolate berselang-seli ke dalam bundt pan dan bakar selama 1 jam
7. biarkan kek sejuk sekurang2nya 1 jam sebelum dikeluarkan dari pan dan hidangkan

note: marble cake nie cantik kalau dibakar di dalam bundt pan

Whip cream

Whether you're serving up afternoon tea, enjoying a nice warm drink on a cold day, or indulging in dessert, whipped cream can add a special touch to just about anything

Step 1: Use pouring cream or thickened cream for whipping. For best results, chill the cream. On a warm day, chill the beaters and bowl in the freezer until icy cold (deep metal bowls are better than shallow glass or plastic ones)

Step 2: Start whipping cream on slow speed, then increase speed as cream begins to thicken. If serving cream as a 'dollop', whip to soft peaks. If piping or using to sandwich cakes and biscuits, whip until it is thick and holds its shape

Step 3: If sweetened cream is required, fold sifted icing sugar into cream once it has been whipped. If adding flavour such as vanilla, stir into cream with the icing sugar, then whip with a hand whisk until it comes back to the desired consistency

Blueberry swirl cheesecake

Bahan-bahan (12 biji):
1 cawan (dalam 10 keping) biskut oreo - blend hingga halus
40gm mentega tanpa garam - cairkan
1/2 cawan frozen blueberry/raspberries - biarkan lembut
2 camb gula aising - ayak
375 gm cream cheese - pada suhu bilik
1 cawan (220gm) gula kastor
3 biji telur
1 camt esen vanila

cara:

1. panaskan oven pada suhu 170C
2. susunkan muffin pan dengan muffin paper cases dan ketepikan
3. satukan biskut oreo dengan mentega dan gaul rata. masukkan ke dalam muffin paper cases dan tekan supaya ianya sekata. bakar selama 5 min dan biarkan sejuk
4. lenyekkan blueberry/raspberries dengan garpu dan masukkan gula aising. kacau sebati
5. sementara itu pukul cream cheese sehingga kembang dan ringan. masukkan gula kastor dan pukul lagi
6. setelah itu masukkan pula telur satu persatu sambil di pukul sehingga sebati dan masukkan pula esen vanilla
7. tuangkan adunan tadi ke atas biskut yg telah dibakar tadi dan masukkan pula 1/2 camt blueberry puree atas adunan cheese. dengan menggunakan chopstick carefully swirl through adunan cheese tadi
8. bakar selama 10-15 min atau sehingga masak. biarkan ianya sejuk di dalam oven dengan merenggangkan pintu oven

9 February 2008

Bake perfect biscuits

Discover the secret to delicious, evenly baked biscuits.

Step 1: Line a flat baking tray with non-stick baking paper. The tray can have a small lip (slightly raised edges), but biscuits will not brown evenly in a tray that is too deep.

Step 2: Do not crowd biscuits - it's important for air to circulate for even cooking. Place biscuits in rows, lining up each row to sit behind the gaps formed by the biscuits in front.

Step 3: When biscuits are baked, remove from oven and stand on tray for 5 minutes before transferring to a wire rack to cool completely. Standing time allows biscuits to firm, so they won't break.

7 February 2008

Sup daging


Bahan-bahan:
500gm daging - dipotong kecil atau ikut suka
1 biji karot - dipotong bulat2
1 paket cendawan
2 biji ubi kentang - dipotong kecil
bunga kobis - dipotong kecil
1 sudu makan rempah sup adabi
1 kiub pati ayam
sedikit lada sulah
2 mangkuk air
bawang goreng
sedikit daun bawang dan daun sup - dihiris nipis
garam secukup rasa

Bahan2 tumbuk:
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 inci halia

cara:

1. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk sehingga naik bau
2. masukkan daging, ubi kentang dan air, biarkan mendidih atau sehingga daging lembut
3. masukkan pula lada sulah, kiub ayam dan rempah sup. kacau sebati
4. setelah daging lembut, masukkan pula cendawan, karot dan bung kobis
5. biarkan lebih kurang 2 min, kemudian boleh dihidangkan. taburkan sedikit bawang goreng, daun bawang dan daun sup

Ice a cake

Learn how to ice a cake like a professional with this easy technique.

Step 1: After baking, set the cake aside to cool. Use a large serrated knife to remove the top of the cake to create a flat surface.

Step 2: Turn the cake upside down and place on a serving platter. Use a clean, dry pastry brush to remove any crumbs from the platter.

Step 3: Pour icing onto the centre of the cake. Use a pallet knife to spread the icing towards the edges, allowing it to run over the sides.

6 February 2008

Double chocolate cupcakes

Bahan-bahan (12 biji bergantung pada size):
1 1/2 cawan tepung naik sendiri - diayak
3/4 cawan gula kastor
3/4 cawan susu segar
125gm mentega - dicairkan dan dibiarkan pada suhu bilik
2 biji telur - dipukul sedikit
1 camt esen vanila
1/2 cawan serbuk koko - diayak
3/4 cawan dark or milk choc chips/bits

Chocolate icing:
1/2 cawan cream
200gm dark/milk/plain chocolate - chopped
1 camb serbuk koko - unutk ditaburkan ke atas cupcakes

cara:

1. panaskan oven pada suhu 200C. Susunkan 12 biji muffin cases ke dalam muffin pan dan ketepikan
2. satukan tepung, gula, serbuk koko dan choc chips dan gaul rata. setelah itu buatkan lubang ditengah2
3. sementara itu satukan susu, mentega, telur dan esen vanila ke dalam jug dan whiskkan sekejap. setelah itu dituangkan ke dalam adunan tepung tadi dan kacau sebati dengan menggunakan spatula. jangan terlalu over mix nanti cupcakes menjadi keras cukup sekadar adunan sebati
4. masukkan adunan ke dalam muffin cases dan bakar selama 12-15 min atau sehingga masak. biarkan cupcakes di dalam muffin pan selama 5min sebelum dipindahkan ke atas wire rack dan dibiarkan sejuk
5. untuk membuat icing: masukkan chocolate dan cream ke dalam mangkuk tahan panas dan di masak secara kaedah double boiler. kacau sehingga chocolate cair dan pekat. selepas itu simpankan icing ke dalam fridge selama 30 min. setelah itu bolehlah disapukan/decorate ke atas cupcakes dan ditaburkan sedikit serbuk koko sebelum dihidangkan

Make shortcrust pastry

If you don't have a food processor, here's how to make pastry by hand. Make sure your ingredients, equipment and hands are cool before you start.

Step 1: Rub chilled chopped butter into the flour using your fingertips. For a lighter texture, keep palms face-up to lift and aerate the flour.
Step 2: Add iced water. Using a round-bladed knife in a cutting motion, mix until incorporated and the mixture begins to hold together.
Step 3: Bring the dough together. Transfer to a lightly floured surface. Knead until smooth. Don't overwork the pastry or it will toughen.

5 February 2008

Nasi goreng kampung resepi II

Bahan-bahan (4 org):
5 senduk nasi - lagi sedap kalau guna nasi sejuk
200gm dada ayam - dipotong kecil2/kiub
secekak sayur kangkung - dipotong 3cm
5 sudu besar air masak
3 sudu besar minyak

Bahan2 B:
1 sudu besar garam
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis - direndam sekejap
7 biji cili api - kalau nak pedas boleh tambah


cara:

1. tumbuk semua bahan2 B tapi jangan terlalu lumat dengan menggunakan batu tumbuk. jangan letak air sewaktu menumbuk cukup sekadar baki air basuhan ikan bilis dan bawang yang melekat pada bahan2 tersebut
2. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk tadi hingga bawang menjadi kekuningan dan naik bau dengan api yg sederhana besar
3. masukkan pula ayam dan goreng sehingga ayam empuk
3. setelah itu masukkan air dan masukkan kangkung (masukkan batang dahulu supaya cepat empuk). masak selama 1 minit dan kecilkan sedikit api. boleh ditambahkan garam jika perlu
4. masukkan nasi dan gaul hingga sebati
5. setelah itu bolehlah dihidangkan bersama2 telur goreng mate kerbau
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin