Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap atau kerapu - bersihkan dan kelar2
Bahan2 hiris:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5 tangkai cili api
sedikit garam - jika perlu
1 sudu besar sos nampla (sos ikan)
Bahan2 hiasan:
daun ketumbar/daun sup - dipotong kecil
hirisan carrot
jus limau kasturi/lemon/limau nipis secukupnya
cara:
- Sediakan bekas untuk mengukus
- Bersihkan ikan dan letakkan ke atas manguk kaca (tahan panas)
- Taburkan bahan2 yang telah dihiris ke atas ikan tadi
- Taburkan sos nampla dan sedikit garam (jika perlu)
- Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus
- Masak/biarkan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit
- Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jus limau, perasakan
- Hidangkan dengan nasi putih
source: k.hanieliza
0 comments:
Post a Comment