Pages

16 December 2008

Pandan coconut chiffon cake


Bahan-bahan:
Bahan2 A:
110gm (3 biji) putih telur
55gm gula kastor
5gm tepung jagung

Bahan2 B:
40gm (2 biji) kuning telur
50gm santan + 1 camt pandan emulco - dikacau rata (kalau nak letak pandan paste pun boleh untuk menaikkan lagi warna hijau)
36gm minyak sayur/ganola oil
55gm tepung gandum
10gm gula kastor
24gm dessicated coconut (kelapa kering)

cara:
  1. dengan menggunakan electric mixer pukul putih telur sehingga kembang
  2. kemudian masukkan gula (55gm) sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga kental
  3. setelah itu barulah dimasukkan tepung jagung. pukul cukup sekadar sebati. ketepikan
  4. di dalam mangkuk adunan yang lain satukan bahan2 B dan pukul dengan menggunakan whisker sehingga sebati
  5. kemudian masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan bahan2 B. kaupbalikkan sehingga rata
  6. masukkan lagi 1/2 adunan putih telur dan ulangi sehingga habis. kaubalikkan adunan sehingga rata
  7. akhir sekali barulah dimasukkan dessicated coconut ke dalam adunan. cukup sekadar dikacau sehingga sebati tetapi jangan diputar
  8. tuangkan adunan ke dalam chiffon tin bersaiz 18cm atau 17cm dan bakar pada suhu 160C selama 40 min atau sehingga masak
  9. setelah masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  10. kemudian barulah dikeluarkan dan biarkan kek betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin dan potong

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

1 comments:

Lady Vanilla said...

Look so soft and yummy !

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin