250gm mentega
200gm gula pasir
1 camb kaya
6 biji telur
300gm tepung kek
1 camt baking powder
200gm santan
1/4 camt garam
3 camb tepung susu
1 camt pandan paste/emulco
beberapa titik pewarna hijau
cara:
- pukul mentega dan gula sehingga gebu dan creamy
- masukkan kaya sambil dipukul lagi
- kemudian masukkan telur satu persatu sehingga habis sambil dipukul lagi. pastikan telur telah dipukul sehingga sebati barulah dimasukkan satu biji lagi
- setelah itu masukkan santan dan garam, pukul lagi
- masukkan pandan paste dan pewarna hijau
- akhir sekali masukkan tepung kek, tepung susu dan baking powder sambil dipukul sehingga sebati
- tuangkan ke dalam tin kek yang telah digris dan dilapikkan dengan greaseproof paper
- bakar pada suhu 175C selama 60 min atau sehingga masak
- keluarkan dari oven dan biarkan sejuk barulah dipotong
note: jika inginkan kek lebih gebu, bolehlah ditambahkan 25gm ovalette, 30gm jus pandan dan 3 camb tepung jagung ke dalam bahan2 di atas. caranya - pukul dulu mentega dan garam sehingga creamy, masukkan kaya dan ketepikan. ayakkan tepung kek, baking powder dan tepung susu, ketepikan. di dalam mangkuk lain pukul telur, gula, ovalette dan tepung jagung, ketepikan. kaupbalikkan adunan mentega tadi ke dalam adunan telur sehingga sebati. masukkan pandan paste dan jus pandan, kacau sebati. setelah itu kaupbalikkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam adunan ini sehingga sebati. tuangkan adunan ke dalam tin kek yang telah digris dan dilapik dengan greaseproof paper. bakar pada suhu 175C selama 50-60min atau sehingga masak
source: aunty yochana
0 comments:
Post a Comment