Pages

14 December 2008

Pandan marble cake

Bahan-bahan:
4 biji telur
100gm gula pasir
1 camb ovalette
25ml pati santan atau susu segar
50gm minyak jagung
100gm tepung gandum
1/2 camt garam
1/2 camt baking powder
1 camt pandan paste
1 camt pandan emulco
1 camt cokelat emulco

cara:
  1. griskan tin kek dan lapikkan dengan kertas minyak. ketepikan
  2. ayakkan tepung gandum, garam dan baking powder. ketepikan
  3. pukul gula dan ovalette di dalam mangkuk adunan sehingga rata
  4. masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi dengan kelajuan yang maksimum sehingga kembang dan pekat
  5. perlahankan kelajuan mixer pada tahap minimum dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga rata
  6. masukkan minyak jagung dan pati santan/susu segar, gaulkan sehingga sebati
  7. bahagikan adunan kepada dua bahagian
  8. satu bahagian dicampurkan dengan pandan paste dan emulco sambil dikacau sehingga sebati. ketepikan
  9. satu bahagian lagi dicampurkan dengan cokelat emulco sambil dikacau sehingga sebati. ketepikan
  10. masukkan kedua2 adunan berselang seli ke dalam tin kek
  11. kemudian ambil chopstick buatkan beberapa pusingan
  12. bakar pada suhu 180C selama 30min atau sehingga masak
  13. setelah masak tutupkan switch oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  14. keluarkan dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan hidangkan

source: r-lin

1 comments:

MyPeriukBelanga said...

aikk..amacam ada resipi tamil & tamil actress kat atas google ads tu? anjat kejap mak!
mano poeii sabtu lalu? org tunggu cam nak rak! podah!

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin