Pages

1 December 2008

Apam blueberry

Bahan-bahan (20 biji bergantung pada size muffin cup):
2 biji telur
1 cawan (225gm) gula pasir
1 camt ovalette
2 camt esen vanila
1 cawan susu segar
2 cawan tepung naik sendiri - diayak
beberapa pewarna
jem bluberry secukupnya - boleh letak ape2 jenis jem yang disukai

cara:
  1. panaskan kukus terlebih dahulu
  2. masukkan telur, gula, esen vanila dan ovalette ke dalam mangkuk adunan
  3. pukul dengan kelajuan yang laju sehingga kembang dan gebu
  4. kemudian masukkan susu segar dan kacau rata
  5. masukkan tepung yang telah diayakkan dan kaupbalikkan adunan sehingga sebati
  6. bahagikan adunan kepada 3 bahagian
  7. masukkan satu warna ke dalam satu adunan dan tinggalkan satu tanpa warna
  8. tuangkan 1 camt setiap adunan yang berwarna ke dalam muffin cup dan letakkan 1 camt jem blueberry
  9. kemudian tutupkan semula dengan 2 camt adunan
  10. kukuskan selama 10-15 min atau sehingga masak

source: masriyah

2 comments:

Aishah @ UmmiAqil said...

yg nih kasi seketui sure nak lagi...

noreen said...

ala bukankan seketul sebakul pun buleh ahak

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin