Bahan-bahan:
Bahan2 A:
250gm tepung gandum
600ml santan
100gm mentega cair
5 biji telur
1 camt garam
Bahan2 B:
200gm daging cincang - kalau nak guna ayam pun boleh ikut suka masing2
1 camt jintan putih
1 camt serbuk lada sulah
secubit garam
sedikit oregano
Bahan2 C:
100ml santan
50gm keju cheddar parut
1 camt tepung gandum
Bahan2 hiasan:
5 batang cili merah - dihiris
daun bawang dan daun sup - dihiris
bawang goreng
cara:
- alaskan loyang saiz 9"x9" dengan aluminium foil dan sapukan dengan sedikit mentega. ketepikan
- Bahan2 B: kisarkan jintan putih bersama2 dengan serbuk lada putih sehingga halus. kemudian panaskan kuali, tumiskan bahan2 kisar dan masukkan daging cincang bersama2 dengan garam dan oregano. kacau sehingga daging bertukar warna tetapi jangan sampai terlalu kering nanti bila bakar tak cantik. biar berminyak sedikit. ketepikan
- Bahan2 A: masukkan kesemua bahan2 A ke dalam blender dan kisarkan sehingga sebati. kemudian tapiskan ke dalam mangkuk tahan panas. masak di atas api yang sederhana sehingga naik wap. proses ini hendaklah sentiasa dikacau supaya adunan tidak menjadi keras. tutupkan api
- cara membakar: tuangkan Bahan2 A tadi ke dalam loyang dan taburkan separuh Bahan2 B ke atas Bahan2 A dan bakar pada suhu 180C selama 30 min atau sehingga masak
- sementara menunggu bingka masak bolehlah di sediakan bahan2 C
- Bahan2 C: masukkan kesemua bahan2 C ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau sehingga ianya sebati dan pekat. matikan api dan ketepikan
- setelah bingka tadi masak bolehlah di tuang dan ratakan bahan2 C tadi ke atas bingka dan taburkan lagi separuh bahan2 B. akhir sekali taburkan bahan2 hiasan dan bakar lagi selama 5-10 min
- setelah masak bolehlah dikeluarkan dari oven
- potong dan hidangkan panas2
source: rashidah (telah diubah sedikit)
0 comments:
Post a Comment