Pages

6 December 2008

Sup tulang singapura

Bahan-bahan:
3kg tulang lembu (steak bones)
1 camb rempah sup
3 biji ubi kentang
3 senduk cili kisar
3 senduk sos tomato
1 biji telur - dipukul sedikit
garam, gula, serbuk lada sulah dan ajinomoto secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
6 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1cm halia

cara:
  1. rebus tulang lembu bersama2 dengan rempah sup sehingga lembut dan empuk lebih kurang 2-3 jam
  2. sementara itu kupas ubi kentang dan belah 4, rebus sehingga lembut dan blend bersama dengan sedikit air supaya menjadi puree. ketepikan
  3. panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan cili kisar bersama2 dengan bahan2 kisar sehingga garing
  4. kemudian masukkan tulang lembu yang telah empuk, sos tomato dan juga stok tulang lembu tadi
  5. jangan digunakan kesemua stok tulang lembu tadi kerana kuah sup tulang ini mestilah pekat
  6. masukkan garam, gula, serbuk lada sulah dan ajinomoto. kacaukan sebati
  7. setelah itu masukkan ubi kentang yang telah diblend tadi dan kacau sehingga kuah menjadi pekat
  8. akhir sekali bolehlah dimasukkan telur yang telah dipukul sedikit tadi dan kacau rata
  9. biarkan sekejap sahaja dan bolehlah dimatikan api dapur
  10. angkat dan hidangkan bersama2 roti atau nasi putih

note: very highly recommended. rasa sup tulang ini seperti stew daging

source: rossya

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin