Pages

30 September 2007

Choc chip & walnut cookies

Bahan-bahan:
250gm butter
1 camt esen vanilla
125gm gula kaster
125gm gula perang
1 biji telur
320gm tepung gandum
1 camt soda bikarbonat
200gm choc chips
100gm walnuts - chopped

cara:
  • satukan butter, esen vanilla, gula kaster, gula perang dan telur dlm mixing bowl dan pukul dengan electric mixer sehingga gebu selama 5 min
  • masukkan tepung dan soda bikarbonat yg telah diayak bersama ke dalam adunan. kacau hingga sebati sambil dimasukkan chopped walnuts dan choc chips
  • sudukan 1 camb ke atas baking tray dan bakar pada suhu 180C selama 15 min atau hingga keperangan

29 September 2007

Steamed coconut blossom

Bahan-bahan (28 ketul bergantung pada size muffin cases):
3 biji telur sejuk
250gm gula
280-300gm tepung Hong Kong atau softasilk flour
2 1/2 camt baking powder
1 camb ovalette
130gm santan
30gm air pandan - 6 helai daun pandan dikisar & ditapis
1 camt pandan paste

Bahan2 inti kelapa:
250gm kelapa parut putih
30gm gula kaster
100gm gula melaka
60gm air
1 camt tepung jagung
2 helai daun pandan - disimpulkan

cara:

  • untuk inti: satukan gula, gula melaka dan air dlm kuali and masak hingga gula larut
  • masukkan kelapa parut dan daun pandan dan dikacau hingga sebati
  • taburkan tepung jagung dan dikacau rata dan sejukkan sebelum diguna
  • untuk adunan: pukul semua bahan2 sehingga gebu dan kembang dlm 5 min
  • sudukan 1 camb adunan dlm muffin cases dan sudukan 1 camb inti kelapa dan ditutupkan dengan 1 camb adunan. buat sehingga habis
  • kukus selama 15 min dengan api yg kuat

28 September 2007

Tepung pelita

Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
8 helai daun pandan - dikisar bersama
150ml air
80-90 gm gula pasir
160 gm tepung gandum
400ml santan - dari 1/2 biji kelapa
sedikit pewarna hijau
1/2 camt garam

Lapisan atas:
350ml santan - dari 1 biji kelapa
30 gm tepung beras
20 gm tepung gandum
1/4 camt garam

cara:
  • letak sedikit gula dlm bekas daun pisang. atur atas rak pengukus
  • satukan semua bahan lapisan bawah dan tuang 3/4 penuh ke dlm temalong
  • kukus selama 15 min atau hingga masak (lapisan keras)
  • satukan semua bahan lapisan atas, tuangkan ke atas lapisan hijau hingga penuh
  • kukus lagi selama 10-15 min atau hingga masak

Sambal popia goreng

Bahan-bahan:
100ml minyak
2 labu bawang besar ) di
4 ulas bawang putih ) kisar
5 ulas bawang merah) halus
3 biji cili merah )
2 camb pes cili )
60ml sos cili
3 camb sos tomato
2 camb plum sauce yg merah
1 camb cuka
garam & gula secukup rasa

cara:
  • panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan kacau rata
  • bila terbit minyak dan wangi, bubuh pula semua sos dan gula
  • masak atas api perlahan sampai menggelegak
  • kemudian perlahankan api dan renehkan
  • bila kuahnya agak pekat, tambah garam dan cuka
  • kacau rata dan angkat

source: k.hanieliza

27 September 2007

Nasi lemak

Bahan-bahan utk nasi:
Beras - dibersihkan dan ditos
Santan
garam secukup rasa
daun pandan - disimpulkan

Bahan2 sampingan:
sambal ikan bilis
ayam goreng
timun
ikan bilis goreng
telur rebus atau telur goreng

cara:
  • beras yg telah di toskan tadi dimasukkan didlm rice cooker bersama2 dgn santan, garam dan daun pandan
  • setelah masak bolehlah makan bersama2 bahan2 sampingan

Ayam goreng resepi I

resepi nie di ceduk dari mak dara mmg sodap bangat

Bahan-bahan:
500gm kepak ayam
2 camt serbuk kunyit
2 camb serbuk cili - boleh ditambah kalau nakkan rasa pedas
2 camb serbuk ketumbar
1 camb minyak zaitun
2 camb madu
garam secukup rasa
1 camt serbuk lada hitam
sedikit daun kari atau daun ketumbar - dicincang halus
sedikit tepung jagung
minyak

cara:
  • satukan semua bahan2 dari no. 2 hingga 8 dan masukkan sedikit air utk jadikan paste
  • masukkan kepak ayam dan digaul rata2 dan perapkan selama 1 jam
  • sebelum di goreng ayam, taburkan sedikit tepung jagung dan digoreng hingga garing
  • ayam nie akan nampak kehitaman disebabkan campuran madu

Sambal ikan bilis nasi lemak

Bahan-bahan:
150gm ikan bilis
1 camb asam jawa + 150ml air - nie ikut suka
4 camb gula merah + sedikit gula pasir
3 camb sos cili + sos tomato + sedikit air
2 labu bawang besar - dihiris bulat
minyak utk menggoreng
sedikit garam

Bahan2 blend:
20 tangkai cili kering - direndam sekejap dgn air panas
2 labu bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
belacan - optional

cara:
  • panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak, tumis bahan2 blend dan kacau hingga garing
  • masukkan air asam jawa dan kacau rata
  • bila mendidih, masukkan gula merah dan garam. perlahankan api dan renihkan selama 15-20 min
  • tuangkan pula bahan2 sos, kacau hingga mendidih kemudian renihkan semula selama 20 min
  • masukkan ikan bilis dan bawang besar, kacau rata2
  • masak 3-4 min kemudian angkat dan sajikan

26 September 2007

Agar-agar cendol

Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
400ml santan cair - dari 1 biji kelapa
160gm cendol
100ml air
90gm gula pasir
60gm gula merah
2 helai daun pandan - disiat & disimpul
1/2 sudu makan serbuk agar2
garam secukup rasa

Lapisan atas:
200ml santan pekat - dari 1 biji kelapa
150ml susu cair
30gm gula pasir
1/2 sudu makan serbuk agar2
2 sudu teh tepung jagung
garam secukup rasa

cara:
  • jerang gula merah, gula pasir dan air hingga mendidih dan gula larut. tapiskan ke dalam periuk
  • masukkan santan, serbuk agar2, daun pandan dan garam. kacau atas api sederhana hingga mendidih
  • tutup api dan buangkan daun pandan. biar selama 5 mi
  • bubuh cendol ke dlm agar2 dan kacau sebati
  • tuangkan ke dlm loyang atau bekas agar2 yg sudah dibasahkan terlebih dulu
  • sementara itu, larutkan tepun gjagung dengan sedikit santan. satukan dengan semua bahan lain
  • kacau di atas api perlahan. bila mendidih, tuangkan ke atas lapisan bawah yg sudah keras
  • bila lapisan atas keras, bolehlah disimpan di dlm peti sejuk
note: jgn campurkan cendol ketika agar2 masih mendidih kerana warnanya tidak kekal hijau

Kari sotong

resepi
note: gantikan rempah kari ayam kepada rempah kari ikan

25 September 2007

Cencaru bakar & cencaluk

disebabkan si mat lah den sanggup gi cari cencaluk sampai dapek kalau tak mau je den suruh mat anto guna pos laju. amacam mat steady tak den nie ........

Bahan-bahan:
Ikan cencaru
cencaluk
bawang merah, cili padi, cili merah - dihiris halus
limau nipis - ambil jus

cara:
  • sapukan sedikit minyak pada ikan kemudian panggang di atas bara api
  • atau boleh digril di dlm oven pada suhu 250C selama 10-15 min
  • lepas tu boleh di panggang sekejap di atas gril pan
  • campurkan semua bahan2 hiris, jus limau dan cencaluk dlm bekas

Tom yam campur

Bahan-bahan:
200gm sotong
200gm udang
100gm kepah
3 ulas bawang merah - dicincang halus
2 batang serai - dihiris 5sm & dititik
2sm halia - dihiris nipis
air - ikut suka
2 camb fish sauce
1 kiub tom yam
5 helai daun limau purut
4-5 biji cili padi - dititik
1 camt thai pes cili atau pes cili
3 camb jus limau nipis
4 tangkai daun ketumbar & daun bawang - dihiris halus
garam & gula secukupnya

cara:
  • jerang bawang merah, serai, lengkuas dan air hingga mendidih
  • masukkan pes cili, sotong, udang, kepah, fish sauce, kiub tom yam dan daun limau purut
  • masak lagi sampai mendidih. tambah garam & gula dan bubuh cili padi dan air limau
  • sajikan dengan daun ketumbar dan daun bawang

23 September 2007

Popia goreng

lihat resepi disini

Bubur pulut hitam resepi I

Bahan-bahan:
300gm pulut hitam
200gm gula pasir
3 helai daun pandan
1/2 kg santan
100gm gula melaka

cara:
  • bersihkan pulut hitam dan direbus hingga menjadi empuk
  • kemudian masukkan sebahagian santan, gula melaka, gula pasir dan daun pandan
  • masak hingga mendidih dan kacau secara perlahan2
  • baki santan yg lain digunakan untuk pati santan
  • campurkan sedikit garam ke dalam santan dan kacau
  • hidangkan pulut hitam dengan pati santan

22 September 2007

Kerabu mangga ikan bilis

resepi dari k.liza

Bahan-bahan:
1 biji mangga muda - diparut/sagat
1 batang carot - diparut/sagat
1 batang timun - diparut/sagat
3 sudu besar sos ikan
5 biji limau kasturi - ambil jus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
ikan bilis goreng dan kacang goreng - optional

Bahan2 hirisan:
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
2 pokok daun ketumbar

cara:
  • gaulkan rata semua bahan kecuali ikan bilis dan kacang
  • masukkan dlm pinggan
  • bila nak makan baru ditaburkan ikan bilis dan kacang

Cendol resepi II

Bahan-bahan:
60gm tepung kacang hijau
1 sudu kecil pandan paste
300ml air

cara:
lihat disini

Bahan2 sampingan:
Pulut - dimasak dengan santan yg telah dicampurkan dengan garam hingga masak
Kacang merah - direbus hingga lembut tapi kalau beli yg dlm tin tak payah rebus
Air gula merah
Santan - dicampurkan dengan sedikit garam
















source: lydia

21 September 2007

Taugeh goreng

Bahan-bahan:
300gm taugeh campur - kat sini mmg ada jual dah siap campur dgn sayur2 lain beli kat Tesco
(sayur campur - taugeh, carot, bawang besar yg colour kuning, cabbage)
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
udang atau ayam
1 sudu teh serbuk pati ayam maggi
garam - optional
minyak

cara:
  • panaskan kuali tumiskan bahan2 yg dihiris halus sehingga udang masak
  • masukkan taugeh campur, serbuk pati ayam maggi dan garam jika perlu
  • kacau sehingga sebati
  • masak sayur taugeh nie jgn terlalu lama sgt kalau boleh biar sekejap je agar rasa taugeh tu masih lagi rangup

Sweet sour fillet fish

Bahan-bahan:
600gm fillet fish - apa2 jenis kalau boleh biar ikan dori
1 1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu makan tepung jagung
air secukupnya

Bahan2 utk sos:
4 ulas bawang putih - ditumbuk
5 biji bawang merah - ditumbuk
3 sudu besar cili sauce
4 sudu besar besar tomato sauce
1 sudu teh gula
garam secukup rasa

cara:
  • gaulkan tepung jagung bersama air dan garam hingga sebati
  • masukkan ikan ke dalam campuran tepung dan kacau rata
  • gorengkan ikan hingga rangup dan berwarna kuning keemasan
  • angkat dan ketepikan
  • utk sos: tumiskan bahan2 yg ditumbuk dan masukkan kedua2 sos
  • kacau rata dan bairkan mendidih
  • selepas tu, masukkan ikan yg digoreng tadi dan gaulkan sebati bersama dengan campuran sos
  • akhir sekali tambahkan garam secukupnya

20 September 2007

Hati goreng berempah

resepi dari k.liza

Bahan-bahan:
300gm hati lembu - dipotong nipis
2 biji bawang besar - dihiris bulat2
2 biji tomato - belah 4
5 urat kacang panjang - dipotong pendek
daun kari
minyak
garam

Bahan2 blend:
3 cm halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar jintan manis

cara:
  • panaskan minyak dan tumiskan daun kari. masukkan bahan2 blend dan kacau sehingga naik minyak
  • masukkan hati lembu dan kacau sebati dan biarkan reneh sehingga naik minyak
  • masukkan kacang panjang, bawang hiris, tomato dan garam
  • kacau lagi dan biarkan naik minyak semula
  • angkat dan hidangkan

Ayam rangup

Bahan-bahan:
12 keping ayam
2 biji kuning telur - pukul sedikit
tepung jagung untuk salut ayam
minyak untuk menggoreng

Bahan perap:
1/4 camt lada hitam - ditumbuk halus
1/4 camt serbuk rempah lima (5 spices)
sedikit garam & gula
1 1/2 camb kicap cair

cara:
  • perap ayam dengan bahan perap selama 30 min
  • celup dlm kuning telur dan salut dengan tepung jagung
  • panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak dan rangup
  • angkat dan sejatkan minyaknya
note: supaya proses menggoreng dpt menghasilkan ayam yg keemasan dan masak sekata, pastikan ia tenggelam didlm minyak menggoreng (deep-frying) dan api tidak terlalu kuat. sebaik saja minyak panas, masukkan ayam dan jangan dikacau selalu supaya ia akan masak sempurna

19 September 2007

Ayam masak halia

resepi dari k.liza

Bahan-bahan:
500gm ayam - potong ikut suka
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air bancuh dengan
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji buah tomato - belah 4
minyak
garam secukup rasa

Bahan2 hirisan:
5 sm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah

cara:
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan hirisan hingga layu
  • masukkan ayam dan kacau rata. masukkan sedikit air dan tutup kuali
  • masakkan ayam sehingga lembut
  • masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. biarkan sehingga pekat
  • masukkan buah tomato dan kacau rata
  • dah boleh dihidangkan

18 September 2007

Mee jawa resepi I

Bahan-bahan:
500ml air rebusan udang
150gm keledek - direbus & dilecek
150gm daging - direbus & dihiris nipis
120gm udang - direbus
60ml minyak
1 ltr air rebusan daging
2 biji tomato - dihiris kecil
2 sudu makan tepung jagung dicampurkan dengan
150ml air
2 sudu makan air asam jawa
garam & gula secukup rasa

Bahan sampingan:
500gm mee kuning - dicelur
150gm tauge - dibuang ekor & dicelur
2 keping tauhu - digoreng & dihiris dadu
4 biji telur rebus
bawang goreng
limau kasturi - optional

Bahan2 kisar:
40gm udang kering - direndam
3 biji buah keras
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sm halia
1 sm kunyit hidup
1 sm lengkuas
2 sudu makan kacang tanah goreng
1 sudu makan rempah kari daging
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

cara:
  • panaskan minyak. tumiskan bahan2 blend hingga berbau dan keluar minyak
  • masukkan keledek, air asam jawa, air rebusan udang dan air rebusan daging
  • kacau sekali sekala hingga mendidih
  • kemudian masukkan campuran tepung jagung dan tomato
  • bila kuah mulai pekat, tambah garam dan gula pasir
  • udang dan daging yg telah direbus boleh jugak dimasukkan ke dalam kuah. ini optional
  • apabila kuah mendidih tutupkan api
  • hidangkan mee dengan bahan2 sampingan dan tuangkan kuah panas2

source: puan norzailina nordin

Kuih ketayap

Bahan-bahan:
Bahan kulit:
10 helai daun pandan blend dengan
275-300ml air
sedikit pewarna hijau
125g tepung gandum
garam secukupnya
1 1/2 biji telur - kalau guna telur size yg kecil guna 2 biji
minyak untuk melengser kuali leper

Bahan inti:
60g gula melaka
20g gula pasir
50ml air
1/2 biji kelapa parut putih

cara:
  • untuk membuat inti: jerang gula melaka, gula pasir dan air hingga larut
  • tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut
  • kacau atas api perlahan hingga inti agak kering
  • angkat dan biar sejuk
  • untuk membuat kulit: satukan semua bahan hingga menjadi adunan yg licin dan tidak bergentel
  • panaskan kuali leper, lengser dengan sedikit minyak
  • sendukkan adunan menjadi dadar yg nipis
  • bila sekelilingnya kelihatan masak, terbalikkan sebentar kemudian angkat
  • isikan dengan inti dan gulung kemas

17 September 2007

Ayam sambal kicap

bulan2 posa nie dah tak taw nak masak ape laei sampai dah kering otak nak mikir apo nak masak ... rasanya sambal jugak yg jalan kan lama2 mau muntut berasap tu kang hah amik ko

resepi dari k.liza

Bahan-bahan:
500gm ayam - potong kecil
1 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut - dikoyakkan
3 sudu besar sos tomato
5 sudu besar kicap
minyak
garam dan gula - jika perlu

Bahan2 blend:
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air

cara:
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 blend dengan serai sehingga wangi dan garing
  • masukkan ayam dan kacau. biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak
  • masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap
  • masakkan sehingga naik minyak

Tauhu sumbat

rasanya resepi nie semua org pun tau buat dan ade mcm2 version pun. ada yg suka letak taugeh, carot, timun dan mcm2 laei

Bahan-bahan:
Tauhu putih - digoreng sehingga masak
carot- diparut
timun - diparut
taugeh - dilecurkan dlm air panas ... nie optional kalau suka ler dan kalau buleh sumbat banyak2 dlm tauhu tu letaklah heheehhe

Bahan sos cili (kalau maleh buat tuangkan je sos lingam tu hah abih cito):
cili merah - ikut kepedasan masing2
cili kering - direndam dgn air panas dan ikut kepedasan masing2
1 ulas bawang putih
1-2 sudu makan gula
1 sudu makan cuka
air
1 sudu kecil tepung jagung - dicampurkan dengan sedikit air utk pekatkan kuah
garam

cara:
  • tauhu yg telah di goreng di belah tengah
  • gaulkan semua jenis sayur dan sumbutkanlah dlm tauhu goreng tadi
  • dah buleh makan dgn kuah cili
  • utk sos cili: blend semua bahan kecuali tepung dan masak sekejap dan pekatkan dengan air bancuhan tepung

16 September 2007

Sambal goreng paru


lihat resepi disini

Ayam percik perak

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 8
500ml santan - dari 1 biji kelapa
1 keping asam keping
1 batang serai - diketuk
garam & gula secukup rasa

Bahan2 kisar:
10 ulas bawang merah
4 biji cili merah
1 sudu makan jintan putih - ditumbuk
1 sudu makan jintan manis - ditumbuk
1/2 sudu teh lada hitam

cara:
  • di dalam periuk besar, satukan ayam, bahan2 kisar, santan, gula, asam keping dan garam
  • jerang di atas api sederhana hingga ayam separuh masak. biar kuahnya pekat di atas api perlahan
  • angkat ayam dan panggang di atas bara api atau di gril
  • semasa memasak, percikkan kuah santan dengan serai

15 September 2007

Lontong resepi I

Bahan-bahan:
Nasi impit - dipotong kiub or ikut suka
Telur rebus - optional
sambal
60ml minyak masak - untuk menumis
garam - kalau guna stok ikan bilis tak perlu letak garam

Bahan2 sayur lodeh:
100gm kacang panjang - dipotong 2.5sm
1 batang carot - dipotong 2.5sm
1 batang carot putih - dipotong 2.5sm
2 keping tempe - digoreng & dihiris kecil
2 keping tauhu - digoreng & dibelah 4
1 keping fucuk - direndam hingga lembut
1 cekak suhun - direndam hingga lembut
1/2 biji kubis - dihiris
sedikit ikan bilis
sedikit udang kering - direndam
1 kiub stok ikan bilis - optional
Santan cair dan santan pekat - dari 1 1/2 biji kelapa

Bahan2 kisar:
8 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas - jgn banyak sgt nie utk ambik bau
1 batang serai
1 ketul kunyit hidup
sedikit ikan bilis
sedikit udang kering - direndam

cara:
  • panaskan minyak didlm periuk, tumiskan bahan2 kisar hingga berbau
  • masukkan santan cair dan kacau sekali sekala hingga mendidih
  • masukkan ikan bilis, udang kering, stok ikan bilis, pepper, semua sayur kecuali fucuk dan suhun dan santan pekat
  • kacau sekali sekala sampai mendidih semula dengan api perlahan
  • akhir sekali masukkan suhun dan fucuk dan renihkan 1 min. tutup api
  • isikan nasi impit ke dalam mangkuk dan sendukkan sayur lodeh

14 September 2007

Kuih serimuka pelangi

resepi asal k.liza

Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
2 cawan pulut - direndam 3 jam
2 cawan santan cair
1 sudu teh garam

Lapisan pelangi:
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam
sedikit pewarna hijau, merah, cokelat, kuning

cara:
  • masukkan semua bahan lapisan bawah dlm loyang dan kukus sehingga pulut masak
  • bila telah masak, tekankan pulut dlm loyang sehingga mampat
  • bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan
  • bahagikan adunan kepada 4 mangkuk
  • masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna
  • lapiskan dahulu dengan warna hijau dan kukus selama 10 min dengan api perlahan
  • buat lapisan seterusnya sehingga habis
  • biarkan kuih betul2 sejuk dlm 4 jam baru dipotong

Asam pedas daging

Bahan-bahan:
300gm daging lembu - dipotong kiub
1 sudu teh halba campur
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh rempah kari
2 batang serai - diketuk
air secukupnya - untuk mengempukkan daging
60ml air asam jawa secukup rasa
minyak
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
10 tangkai cili kering - direndam
6 ulas bawang merah
4 ulas bwang putih
3 sm halia
3 sm kunyit hidup
sedikit belacan

cara:
  • panaskan minyak dlm periuk, tumiskan bahan2 kisar hingga garing dan berbau
  • masukkan serbuk kari, jintan manis, halba campur dan serai. kacau hingga garing
  • kemudian masukkan daging dan dikacau rata. tuangkan air asam jawa secukupnya
  • masak hingga daging empuk. tambah air lagi jika perlu
  • kemudian masukkan garam dan dikacau rata. tutup api

13 September 2007

Kari kepala ikan resepi I

Bahan-bahan:
1 keping kepala ikan senangin/tenggiri/salmon - dlm gambar guna ikan salmon
900ml santan - dari 1 biji kelapa
150ml air
12 biji bendi - dibuang pangkal
3 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan asam jawa di campurkan dengan
60ml air dan di tapis
3 biji cili hijau - dibelah 2
1-2 biji limau nipis - ambil jusnya
daun sup dan daun bawang - dihiris
garam secukup rasa

Bahan tumis:
100ml minyak
1 biji bawang merah ) dihiris
2 ulas bawang putih ) halus
2 tangkai daun kari
1/2 sudu teh halba campur

cara:
  • bersihkan ikan dengan jus limau nipis dan sedikit garam. toskan
  • panaskan minyak, goreng bahan tumis hingga kekuningan
  • masukkan rempah kari dan serbuk cili
  • apabila garing, masukkan 150ml air
  • masak hingga keluar minyak
  • kemudian masukkan santan, air asam jawa dan garam
  • bila mendidih, bubuh kepala ikan. biar mendidih semula baru perlahankan api dan tutup periuk
  • bila kepala ikan sudah masak, angkat dan letak di dalam mangkuk
  • seterusnya masukkan bendi dan rebus selama 3 min. angkat dan letak disekeliling kepala ikan
  • bila kuah mendidih semula, masukkan daun bawang, daun sup dan cili hijau
  • tutup periuk dan padamkan api. biar selama 5 min
  • tuangkan kuah kari ke atas kepala ikan tadi

Tempe goreng

Bahan-bahan:
Tempe - dipotong ikut suka
serbuk ketumbar ) sukatan
serbuk jintan putih ) bergantung
serbuk kunyit ) pada
tepung jagung ) berapa
garam secukup rasa ) banyak tempe digunakan

cara:
  • satukan semua bahan kecuali tempe dan letakkan sedikit air utk dijadikan paste
  • campurkan tempe dan gaulkan sebati dan perapkan selama 1/2 jam dan gorengkan
  • kalau nakkan tempe crispy lebihkan tepung jagung
note: tempe pun boleh digantikan dengan kepak ayam

12 September 2007

Kuih koci

Bahan-bahan (20 biji size seperti dlm gambar):
Bahan inti:
60gm gula merah )
50gm gula pasir ) masak
2 helai daun pandan ) hingga
50ml air ) larut
2 sudu makan tepung gandum
1/2 biji kelapa parut putih

Bahan doh:
200gm tepung pulut
50gm tepung pulut hitam
220-240ml santan cair - dari 1 biji kelapa
garam secukup rasa
daun pisang - dilayurkan

Bahan santan:
150ml santan pekat - dari 1 biji kelapa
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak
garam

cara:
  • untuk inti: kacau air gula merah dengan kelapa parut hingga hampir kering
  • masukkan tepung dan kacau lagi 3-4 min baru diangkat. biar sejuk
  • untuk doh: gaul tepung pulut, tepung pulut hitam dan garam
  • masukkan sedikit demi sedikit santan dan uli menjadi doh
  • untuk santan: satukan semua bahan di dlm mangkuk kecil
  • ambil sedikit doh, leperkan dan isikan dengan inti kelapa. letak di atas daun pisang
  • sudukan sedikit campuran santan kemudian bungkus kemas
  • kukus selama 20-25 min atau hingga masak
cara membungkus kuih koci:
  • lipat bahagian atas dan bawah daun pisang ke tengah kemas2 kemudian buat 2 lipatan kecil di bahagian kiri atas dan bawah baru dilipat ke sebelah bawah (bahagian kiri daun)
  • angkat seluruh kuih, pusingkan sedikit supaya bahagian daun yg terbuka ke sebelah atas (menganga ke atas), sudukan santan ke dalam kuih kemudian buat 2 lipatan kecil di bahagian kanan atas dan bawah sebelum dilipat bahagian itu ke bawah kuih dan terus letak di atas rak pengukus

11 September 2007

Laksa kedah

Bahan-bahan:
500gm laksa basah - kat sini tak ada jual so pakai je lah laksa ape2 pun buleh
500gm ikan kembung - direbus, diambil isi & ditumbuk
1.8ltr air
4 keping asam gelugur
5 tangkai daun kesum
garam & gula secukup rasa

Bahan2 kisar:
7-10 tangkai cili kering - direndam
4 biji bawang merah
2sm belacan

Bahan sampingan:
4 biji cili merah - dihiris halus
2 biji bawang besar - dihiris halus
2 biji timun - dihiris halus
1 pokok daun salad - dihiris halus
2 biji limau nipis - dibelah
sedikit daun pudina
telur rebus - kalau suka

cara:
  • rebus ikan dengan air dan sedikit garam hingga masak. asingkan isi dari tulang ikan. tumbuk isi ikan hingga hancur
  • ketepikan
  • tapis air rebusan ikan ke dalam periuk. masukkan bahan2 kisar, asam gelugur, daun kesum, garam, gula dan isi ikan
  • masak dan kacau hingga menggelegak
  • perlahankan api dan renihkan selama 10 min
  • bubuh laksa di dlm mangkuk
  • aturkan cili merah, bawang besar, timun, daun pudina dan salad di atasnya
  • curahkan kuah panas
  • jika suka masam lagi, perah air limau nipis

source: puan norzailina nordin

10 September 2007

Rendang tok resepi II

ari tu dah cuba resepi rendang tok makdara kali nie cuba resepi lain lak. yo lah kita nie mesti selalu kena cuba resepi2 org lain dan pelbagaikan resepi

Bahan-bahan:
600gm daging pinang - boleh jugak di campurkan dengan paru dan pedal
100ml air dicampurkan dengan
1 sudu makan asam jawa
150gm kelapa parut - dibuat kerisik
2 liter santan - nie ikut masing2
100ml minyak masak
3 sudu makan gula melaka - dihancurkan
garam & gula secukup rasa

Bahan2 kisar:
3 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu teh lada hitam
18 tangkai cili kering - direndam
4 batang serai
4sm halia
2.5sm lengkuas
3 biji buah keras
2 biji bawang besar

Bahan tumis:
4 ulas bawang putih - dihiris
4 ulas bawang merah - dihiris
3sm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

cara:
  • perap daging dengan bahan2 kisar, gula melaka, air asam jawa, sedikit santan dan garam selama 4 jam
  • panaskan minyak, bubuh bahan penumis, kacau sampai berbau
  • masukkan daging dan kacau selama 15 min. kemudian tuangkan baki santan
  • kacau sekali sekala hingga santan tinggal separuh baru masukkan kerisik. kacau lagi hingga kering
  • masak dengan api perlahan sambil dikacau tanpa henti hingga kering

9 September 2007

Mee goreng mamak resepi II

Bahan-bahan:
500gm mee kuning
300gm tauge - dibuang ekor
60ml minyak masak
60ml sos tomato
30ml sos cili
8 tangkai sawi - dipotong 3cm
1 labu bawang besar - dihiris halus
2 biji telur
2 biji cili hijau - dihiris serong
1 biji tomato - dihiris baji
1 keping tauhu - digoreng & dihiris
1 biji kentang - direbus & dihiris
2 keping cucur udang - dihiris
garam secukup rasa

Bahan perisa:
2 sudu makan kicap pekat
1-2 sudu teh serbuk cili
3 sudu makan air

Diperap 1jam:
200gm daging - dihiris nipis
1 sudu teh kicap manis
1 sudu teh kicap pekat
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

cara:
  • panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan
  • masukkan daging, kacau hingga kering airnya
  • kemudian bubuh bahan perisa, sos tomato dan sos cili
  • digaul rata
  • bubuh mee, sawi, tauge dan telur. kacau rata2 dan bila sawi layu, masukkan pula cili, cucur, tomato, tauhu dan kentang
  • tambah sedikit garam jika perlu
  • sajikan panas dengan taburan bawang goreng dan daun bawang

source: puan norzailina nordin

Roti jala

Bahan-bahan:
750-850ml air
410ml susu cair
600gm tepung gandum
2 biji telur
3-4 sudu makan minyak
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
2 helai daun pandan - utk merenjis

resepi kuah durian
resepi kari ayam

cara:
  • bahan adunan; ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. buatkan lubang ditengahnya
  • masukkan telur dan pukul dengan hujung garfu
  • tuangkan susu, letak sedikit pewarna kuning dan air. bancuh sampai larut. kemudian tapiskan
  • panaskan kuali leper, celup daun pandan di dlm minyak dan renjiskan ke atas kuali
  • tuangkan adunan roti jala menggunakan acuan bercorong. bila masak, lipat empat kemudian angkat
note: bila letak adunan dlm acuan kalau keluar tak laju tambahkan sikit air dlm adunan

Telur asin

Bahan-bahan:
10 biji telur itik - jangan gunakan telur ayam
1kg garam kasar (coarse salt)
air secukupnya
bekas kaca / pasu bertutup











cara:

  • jerang garam dengan air (sukatan air sama paras dengan garam) hingga mendidih atau pun jerangkan air panas hingga masak dan tuangkan ke dalam bekas berisi garam
  • kacau sekali-sekala hingga garam larut
  • padamkan api, biar sejuk
  • tuangkan air garam ke dalam bekas kaca / pasu
  • masukkan telur itik satu persatu (pastikan kulitnya sudah dilap dengan kain lembab, diikuti kain kering)
  • tutup bekas tadi dan letak di tempat yg gelap (dlm kabinet yg jarang dibuka atau stor)
  • biar selama 14 hari atau lagi lama lagi bertambah masin
  • ambil sebiji rebus dan lihat hasilnya















  • jika belum cukup masin, bolehlah ditunggu lagi 2-3 hari baru diambil dan direbus
  • kalau org yg tahap kesabarannya tinggi bolehlah dibiarkan selama 1 bulan
note: jika ingin menambah telur, buat tanda dengan "waterproof marker" tarikh dimasukkan kerana nanti anda tidak terambil telur yg belum cukup masin. jika ingin disimpan (setelah cukup masin), keluarkan telur dan basuh kemudian lap dan simpan di dlm peti sejuk (rak bawah), tidak perlu disalut dengan tanah/sekam padi seperti yg dijual (utk tahan berbulan2)

source: puan norzailina nordin

8 September 2007

Char kuetiau resepi II

Bahan-bahan:
500gm kuetiau
300gm udang
200gm kerang atau mussel utk org susah nak dpt kerang
150gm tauge - dibuang ekor
3 ikat daun kuchai - tak ada pun tak apa
100ml minyak masak
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 keping fish cake or fish ball - dihiris halus
4 sudu makan bawang goreng - option kalau suka
3 biji telur
4 tangkai daun bawang (option) - dihiris 2cm
2 sudu makan cili kisar
garam secukup rasa

Bahan2 sos dicampurkan:
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan kicap manis
5 sudu makan kicap masin
sedikit air

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali, goreng dulu telur dan pecah2kan dan ketepikan
  • satukan udang, kerang, fish cake/fish ball gorengkan sekejap dan ketepikan
  • satukan bahan2 sos, gorengkan sekejap dan ketepikan
  • satukan kesemua sayur, gorengkan sekejap dan ketepikan
  • letakkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan
  • masukkan cili kisar dan goreng hingga garing
  • bubuh kuetiau dan kacau cepat2
  • masukkan bahan2 sos dan gaul sebati
  • masukkan semua bahan gorengan dan gaulkan semuanya sekali hingga rata
  • perasakan garam
  • akhir sekali masukkan bawang goreng kalau suka
  • angkat dan boleh dihidangkan

Nasi dagang perantauan

tak tau ler nasi dagang nie ada ke special beras utk masak ...... tapi nie je yang ada utk org berdagang cam den nie

Bahan-bahan:
800gm beras siam ) dicampurkan & rendam
200gm beras pulut ) selama 4 jam dan toskan
10 ulas bawang merah ) dihiris
2 sm halia ) dihiris
1 sudu makan halba
1 1/2 ltr santan - dari 2 biji kelapa
garam & gula pasir secukup rasa

cara:
  • campurkan garam dan gula pasir ke dalam santan
  • satukan halba dengan bawang merah dan halia
  • kukus beras selama 15 min. kemudian bilas beras nie dengan air biasa dan kukus lagi selama 25 min atau hingga masak
  • kemudian angkat dan tuangkan ke dalam mangkuk besar
  • gaul dengan santan dan campuran halba hingga rata
  • nasi ini hendaklah digaul rata dengan santan tadi hingga berkilat
  • sedia untuk dihidangkan dengan gulai nasi dagang lihat resepi

Gulai nasi dagang

Bahan-bahan:
500gm ikan tongkol (tuna) - direbus hingga masak
600ml santan - dari sebiji kelapa
60ml minyak
2 sudu makan ketumbar - disangai dan ditumbuk halus
1 sudu teh jintan putih - disangai dan ditumbuk halus
1 batang serai - diketuk
1 keping asam keping
1 sudu makan kerisik
2 biji cili hijau - dibelah dua
2 biji cili merah - dibelah dua
garam & gula pasir secukupnya

Bahan2 kisar:
7-8 tangkai cili kering - direndam
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm lengkuas
1 biji buah keras

cara:
  • panaskan minyak, tumis bahan2 kisar, rempah tumbuk dan sedikit garam hingga berbau dan terbit minyak
  • masukkan santan, serai, asam keping, gula pasir dan kerisik. kacau hingga mendidih dan keluar minyak
  • biar selama 2 min kemudian perlahankan api. masukkan ikan
  • kacau kerap hingga mendidih sekali lagi. tambah garam secukup rasa dan bubuh cili hijau serta cili merah
  • angkat dan hidangkan bersama2 dengan nasi dagang

Keropok lekor resepi III

Bahan-bahan (5-6 ketul):
1kg ikan kembung/selayang/mackerel
240-260ml tepung kanji/sagu/ubi
air utk merebus
minyak utk menggoreng
garam secukup rasa
serbuk perasa - optional

Bahan sos:
400ml air
150gm gula merah
3 sudu makan cili kisar
60ml air dicampur dengan
1 sudu makan asam jawa
2cm kiub belacan
garam secukup rasa

cara:
  • asingkan isi dari tulang ikan
  • kalau guna ikan mackerel kena siatkan dulu kulit ikan supaya senang untuk blend
  • siat dari kepala hingga ke ekor ikan
  • kisar isi ikan hingga hancur
  • campurkan isi tadi dengan tepung dan garam
  • uli sebati dan bentukkan memanjang
  • jerang air hingga mendidih kemudian rebus hingga keropok timbul
  • angkat dan toskan sebelum dihiris nipis dan goreng keropok hingga masak
  • untuk sos: jerang semua bahan hingga mendidih
  • perlahankan api dan renihkan hingga pekat kemudian angkat

7 September 2007

Kuih lopes

Bahan-bahan:
beberapa helai daun pisang - dilayurkan

Bahan kuih:
520gm beras pulut - direndam 8 jam
560ml air
350gm kelapa parut putih
200ml jus pandan - dari 10 helai daun pandan
garam secukup rasa
sedikit pewarna hijau

Bahan sirap:
200gm gula melaka
100gm gula pasir
350ml air
1 helai daun pandan - disimpulkan

cara:
  • tanak pulut bersama air, garam, jus pandan dan sedikit pewarna hijau hingga spearuh masak
  • bahagikan ke tas daun pisang dan bentukkan seperti silinder. ikat kedua2 hujungnya supaya padat. kukus selama 20-30 min atau hingga masak
  • buka bungkusan daun pisang, hiris 1sm tebal. salut dengan kelapa bercampur sedikit garam
  • untuk sirap: jerang semua bahan hingga mendidih. perlahankan api dan kacau sekali-sekala hingga air gual agak pekat
  • sajikan kuih lopes tadi dengan air gula

6 September 2007

Gulai labu ikan masin

Bahan-bahan:
150gm ikan kurau masin atau ikan talang masin
2 biji cili merah - dibelah 2
6-8 biji cili padi - diketuk
1 batang serai - diketuk
1 biji labu - dipotong kiub
10gm lada hitam - ditumbuk
4 ulas bawang merah - ditumbuk
600ml santan - dari 1 biji kelapa
1 helai daun kunyit - disimpulkan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa

cara:
  • jerangkan santan. kemudian masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan bawang merah tumbuk
  • apabila mendidih, masukkan labu, daun kunyit, serai, cili merah, cili padi dan ikan masin
  • masak lagi hingga labu empuk. tutupkan api
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin